Wednesday, November 07, 2012
Ulasan: WARRANT Cherry Pie
Di zaman kegemilangan WARRANT, mereka agak terkeluar dari radar pendengaran saya. Saya tau kewujudannya dan saya tau akan lagu pom-pom rock Cherry Pie tetapi selain dari itu, yilek, zero. Oleh itu, harapan saya tidaklah tinggi sangat ketika pertama kali mendengar CD ini. Ramuan hard rock glam generasi kedua Sunsetstrip memang secukup rasa. Lagu-lagu dengan korus yang anthemic seperti tajuk album, Uncle Tom's Cabin dan Mr Rainmaker memang sudah diformulakan begitu. Lagu-lagu baladanya pula agak kurang mencengkam. Dan lain-lainnya pula tidaklah dikenali mahupun disebut ramai. Seolah-olah mereka bergantung kepada lagu Cherry Pie sahaja. Ditambah pula kredibiliti band hanya bergantung kepada mendiang Jani Lane sedangkan gitarisnya juga agak kurang dikenali sedangkan ia adalah antara faktor paling penting - Vito Bratta bersama White Lion, C.C. Deville bersama Poison dan Slash bersama Guns N Roses, contohnya. Tingginya tangga album ini di tangga ke-7 Billboard pada waktu rilisnya memang diakui tetapi tidak juga menafikan kelewatan mereka untuk berbuat sesuatu untuk menyelamatkan diri dengan kedatangan muzik grunge tidak berapa lama selepas itu.
Nice! Tapi saya masih stuck dgn Thin Lizzy itu hari hahaha....much more stoner than others!
ReplyDeletedah keluar ek...aku punya masih dalam draf...heheh..
ReplyDelete..masa zaman band jambu glam nihh aku dah beralih ke muzik bawah tanah..huhuu..
ReplyDeleteterbaik! cuma kawe lagi minat album yang kedian, Dog Eat Dog
ReplyDeleteglamrock...tahu GNR aje...lain tahu nama band...lagu haram tak tahu...
ReplyDeleteNi 2nd album ni kan.. I saw red haha.
ReplyDelete