Tuesday, November 06, 2012

Ulasan: THIN LIZZY Jailbreak


What a bloody fine album!

Thin Lizzy mengambil masa 5 tahun dan 5 album sebelum dikenali dengan album Jailbreak ini. Mula mereka agak tidak konsisten. Mungkin disebabkan asal mereka dari Ireland yang agak ketinggalan maka tidak hairanlah album awal mereka bercelaru dengan berbagai jalan dan cara. Sememangnya, mereka dikenali sebegitu hatta album ini sekalipun cuma mereka telah mendapat formula yang betul ditambah dengan double lead guitar harmony yang telah dikuasai sepenuhnya. Walaupun stail gitar ini diasalkan sebenarnya dari Wishbone Ash dan Lynyrd Skynyrd tetapi mereka membawa ia ke satu tangga yang lebih tinggi menjadikan Thin Lizzy idola kepada band heavy metal yang kemudian; Iron Maiden (mereka cover lagu Massacre), Def Leppard dan Metallica (Whiskey in a jar) antaranya. Album ini menawarkan lagu proto-heavy metal Jailbreak, Warriors dan Emerald. Juga lagu rock melodik dengan Angel From The Coast, Romeo and the Lonely Girl dan The Boys are Back In Town. Maukan sedikit rock country dari Ireland? Dengarkan lagu Running Back dan Cowboy Song. Balada? Dengarkan Fight Or Fall (tidak meleweh). Hampir mustahil untuk tidak menyukai album ini melainkan anda buta dan tuli muzik rock/metal.

6 comments:

  1. 70's Hard Rock Rules!

    ReplyDelete
  2. Era John Sykes walaupun hanya 1 album pun best jugak...

    ReplyDelete
  3. selepas doc rekomen aku dgr lagu Emerald itu hari dlm FB,hampir setiap masa aku repeat mp3 yg sama masa aku buat kerja di opis ni hehe....duduk buat kerja sambil layan Thin Lizzy....memang Epic!

    ReplyDelete
  4. Suka lagu bad reputaition tapi tak tau dari album thin lizzy yg mana

    ReplyDelete
  5. Adi Herman... try layan Rush - Working Man pulak.. baru sesuai buat kerja :)

    ReplyDelete