Friday, November 09, 2012
Ulasan: NAPALM DEATH Harmony Corruption
Album ini mengejutkan ramai orang kerana sebagai band pioneer dalam muzik grindcore, album ketiga ini seolah-olah meninggalkan apa yang mereka cipta. Sebenarnya tidak. apa yang mereka lakukan ialah menggabungkan dua muzik ekstrim ketika itu; grindcore dan death metal dalam satu. Yang dipertikaikan mungkin album Altars of Madness (Morbid Angel) telah diriliskan 1989, setahun lebih awal yang dilihat sebagai album pertama yang menggabungkan kedua-dua muzik tersebut. Ini sebenarnya tidak boleh dielakkan akibat teknologi ketika itu tidak memungkinkan muzik grindcore diterokai lebih dari apa yang ada. Lagipun jika kita memperincikan kedua-dua album ini, memang terselah bezanya terutama dari segi feel, produksi dan intipatinya yang agak melarat untuk diperbincangkan. Album dimulakan dengan intro sebelum lagu Vision Conquest yang meremangkan bulu roma dan lagu itu sendiri menjadi abstrak kepada apa yang akan disajikan seterusnya; grindcore dan death metal yang digabungkan secara fundamental yang memberi ruang kepada band lain untuk meneroka ruang yang baru. Namun tiada siapa yang boleh menafikan tarikan lagu Unfit Earth, Mind Snare dan Suffer The Children yang selamanya menjadi lagu klasik Napalm Death. Dan Napalm Death itu sendiri masih kekal hingga ke hari ini, 22 tahun selepas Harmony Corruption.
wow! Napalm Death - Harmony Corruption! Seriously memang tahap legend dan x seharusnya dipandang remeh. Kalo ada terniat nak jual cd ni,habaq ajer kat saya tuan...saya ingin membelinya hehehe...
ReplyDeleteexperimen ni dah buat masa album Mentally Murdered EP...tapi sayang Lee Dorrian keluar untuk tubuhkan Cathedral dan Bill Steer pulak Carcass....
ReplyDeleteantara album terbaik.. album yg membuka minda orang bahawa lagu grindcore boleh di buat dalam durasi yang panjang...
ReplyDelete