Tuesday, November 27, 2012

Lawatan ke USA Nov-Dec 2012: Bertolak

Berbeza dengan lawatan yang sebelumnya pada tahun lepas, kali ini lebih banyak bandar tetapi masa yang singkat.

Houston, Texas  (4 malam) - Jacksonville, Florida (3 malam) dan Bethlehem, Pennsylvania (6 malam).

Di Houston dan Jacksonville melawat student UTP yang sedang buat praktikal di sana. Di Bethlehem untuk meneruskan hubungan MoU dengan Lehigh University. Dan kalau jadi, lawatan ke Princeton University juga.

BERTOLAK
Persiapan ala kadar tetapi sempat juga beli dua luggages baru; satu checked baggage dan satu carry. Harga sale di Jusco (RM300 dan RM240). Tiada baju sejuk kerana recycle baju sejuk yang dibawa dari Adelaide, Australia dulu.

Paling sedih, anak-anak nak ikut sedangkan tiada daya saya untuk bawa mereka. Mereka tahu di USA banyak benda yang exciting. InsyaAllah, jika ada rezeki satu hari nanti. Congak-congak dalam kepala; mak bapak dengan 5 orang anak flight ticket saja dah RM25K (hahaha... gelak dulu).

Bertolak dari rumah ke Medan Gopeng dan ambil bas Star Shuttle yang sangat reliable. Sampai ke KLIA 10 minit awal dari yang dijangkakan. Saya terus ke check-in Qatar Airways. Agak menarik kerana Qatar Airways telah menerima anugerah penerbangan antarabangsa untuk tahun 2011 dan 2012.

Carry luggage 12kg melebihi 7kg, terpaksa pindahkan notebook ke checked luggage. Harap-harap tak ranap notebook tu.

Tepat 344am, bertolaklah saya ke Doha, Qatar sebagai destinasi transit.

 2 luggages and a walking stick?

Touchdown Doha.

Doha adalah airport yang sibuk sebab transit dari Timur ke Barat.
Duty free Doha.

QATAR AIRWAYS - Airbus 330
Memang layak menang awards tu. Antara sebab paling ketara ialah seat yang sangat-sangat selesa. Dengan duduk tegak pun boleh lena tanpa sakit tengkuk.

Perjalanan mengambil masa lebih 6jam.

Sampai di Doha pertama kali. Lapangan  terbang tengah padang pasir. Sayup kelihatan disana bangunan pencakar langit (bandar Doha). Malangnya transit hanya lebih kurang 2 jam, jadi tak boleh nak jalan sangat.

Lapangan terbang Doha sedang dalam renovation jadi keadaan sedikit tidak teratur tetapi transit penumpang ke bangunan transit dan flight seterusnya tidak terjejas. Good management.

Ramai pekerja dari India di sini sebagai balaci. Orang Arab kebanyakannya menjadi security officer yang agak bossy.

IRAN MABOK
Flight seterusnya ke Houston, Texas mengambil masa 17 jam!

Saya duduk sebelah aisle. Disebelah saya (kiri) seorang makcik tua dari India dan dihujung sana sebelah tingkap seorang pakcik Iran.

Pakcik Iran ni asalnya nampak peramah dan baik hati. Beliau bersembang dengan makcik India ni. Oleh kerana gap usia agak jauh, saya tak masuk campur. Layan flight entertainment je.

Beberapa jam kemudian saya mula strecth out sikit kerana penat duduk. Saya berdiri di hadapan lavatory (bukan kumpulan Death Metal dari Malaysia itu). Tak lama kemudian datang seorang Iran yang telah menetap di Houston selama 20 tahun. Dia tanya saya, tak minum ke (arak)? Saya katakan tidak.

Lelaki Iran itu kata, Houston adalah bandar yang tak berapa cantik untuk hidup. Nak cari duit OK, tapi life quality one of the worst.

Tak lama kemudian datang pakcik Iran tu pula layan sembang. Mula-mula dengan saya, kemudian dah tau ada kawan senegara, dia pun tinggalkan saya.

Sebelum tu, dia bertanya sambil di tangan scotch whisky, "Are you a Moslem?"

"Yes" jawab saya.

"You don't drink?"

"No" jawab saya lagi.

"Take my hand to heaven" katanya.

Apabila dua Iran dengan arak bersembang, saya pun tinggalkan le.

--------------

Pakcik Iran tu rupa-rupanya minum sampai mabok. Bila dan mabok aduhhh...

Kesian makcik India tu melayan sembang. Entah apa bersembang tak tau. Tapi makcik India tu bisik kat saya "I am having a headache talking to him."

Pakcik Iran tu sebab dah mabok bercakap tak berhenti. Sekali-sekala menyanyi Hossein... Hossein... ntah pebende. Nasib baik suara tak kuat kalau tak rasanya mau kena restraint dengan flight attendance.

Paling kelakar dia explain kat makcik India tu pasal Islam (syiah) sedang dia mabok.

Beberapa kali dia minta more alcohol dari flight attendance, tapi tidak dilayan sebab mereka dah tau yang dia dah mabok. Jalan pun terhuyung-hayang.

Moralnya: Jangan mabok sebab 1. Anda menyusahkan orang lain. 2 Anda mengaku Moslem tetapi minum arak?

9 comments:

  1. mabuk dalam flight? huh..

    apa dlm Syiah boleh mabuk kah? hahaha

    ReplyDelete
  2. mm

    Ko jangan terkejut si mabok tu suruh kejutkan dia bila masuk waktu haha.

    ReplyDelete
  3. tudia....iran punya pukulan...

    ReplyDelete
  4. Moslem jenis taqwacores ni...bangang!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. nasib baik la dia tak kena karate ngan aci tu..hehe

    ReplyDelete
  7. karate tak apa...kena jadi Rajnikanth...terbang sana sana mamat iran tu

    ReplyDelete
  8. tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T

    ReplyDelete
  9. dekat kelas gua ni..student popuan iran pukul abis bab dressing..gua boleh rumuskan sebagai..org yg culture-shock utk menyeksi..
    yg jantan plak..pakai smart mcm nak pegi exco meeting..kah kah kah..

    ReplyDelete