Proses sekuriti dan imigresen berjalan lancar. Beratur je ambil masa lebih kurang 20 minit kerana orang ramai. Di kaunter passport, saya ditanya akan tujuan datang ke USA. Agak gagap juga menjawabnya kerana tonasi Texan penjaga kaunter menyebabkan saya pun mau menjawab dengan mulut senget-senget.
Saya tanya awek imigresen bagaimana nak ke hotel saya. Beliau kata ambil shuttle dan beliau menunjukkan arah ke kaunter. Ianya adalah MPV yang mengumpulkan cukup orang baru bergerak. Untuk itu saya perlu menunggu sekejap (5 minit) untuk mencukupkan korum. Hasilnya, tambang lebih murah dari George Bush Airport ke Downtown Houston - $24. Jika naik teksi anggarannya adalah antara $40-50.
Di dalam shuttle MPV itu saya bersama beberapa orang antaranya students awek dari Rice University yang baru balik dari menyambut Thanksgiving. Seolah-olah memberi amaran kepada saya supaya tidak membuat langkah pertama, seorang awek bertanya kepada seorang yang lain, "How's your Thanksgiving?" Jawab, "Good, I went to my boyfriend's parents." OK I got you, I'll keep quiet.
Perjalanan adalah lebih kurang 25 minit. Hari pun dah gelap.
Hotel saya ialah Magnolia Hotel, Houston. Saya pilih hotel ini selepas beberapa jam membuat perbandingan. Saya rasa keselesaan hotel ini OK dengan harga yang berpatutan.
Nice and big.
Pantri sebelah pintu je.
Super big bath and toilet.
Magnolia Hotel.
Tiada kelihatan kelibat King Diamond.
Maupun Absu.
Hidangan ala kadar sarapan. Hotel di Malaysia jauh lebih mewah.
Hotelnya best..
ReplyDeleteIs it apartment style hotel?
Terlupa nak tanya dlm entri sebelum ni, bertongkat sebab apa ya? :)
ps: any racial/religious bias masa di airport?
Pakcik king diamond bz la tu..hehe
ReplyDeleteKD - mungkin tengah beli barang dapur
ReplyDeleteAbsu - kerja ofis kot...