Sunday, January 29, 2012
Ulasan: BATHORY Requiem (1994)
Tentu ada sesuatu yang tidak kena pada pandangan Bathory, selepas dikenali sejak beberapa album sebelum ini sebagai pioneer dan pemangkin kepada perubahan untuk menjadi retro. Mungkin situasi muzik Metal ketika itu atau mungkin saja Bathory sudah kering idea. Yang pasti, retro ini juga menjadi aspirasi kepada pendamba Bathory untuk mengambil langkah yang sama; paling terkenal - DarkThrone. Album ini adalah album Thrash Metal kental, lebih kental dari band Thrash Metal ketika itu yang terpinga-pinga tidak ketahuan apa yang hendak dibuat dihentam oleh muzik Death Metal dan trend global kepada muzik Metal yang lebih alternatif. Kepada mereka yang sedang khayal dengan 2-3 album Bathory sebelum ini, Requiem menjadi satu tamparan hebat kepada mereka. Ada yang mencebik, ada yang lari terus. Tetapi ramai juga yang setia. Mereka mahu tahu apa selepas ini. Hakikat Bathory semakin tidak boleh dijangkakan.
No comments:
Post a Comment