Monday, January 30, 2012

Ulasan: EXODUS Bonded By Blood (1985)

Bersama METALLICA Kill Em All, MEGADETH Killing Is My Business.., SLAYER Reign In Blood dan ANTHRAX Among The Living; Bonded By Blood adalah album yang turut sama mendifinisikan muzik Thrash Metal - ia melengkapkan apa yang tertinggal oleh album-album yang disebutkan tadi. Peristiwa yang berlaku ketika album ini dirilis seperti satu skrip yang cantik - gitaris asal Exodus, Kirk Hammett menganggotai Metallica dan Dave Mustaine ditendang keluar lantas menubuhkan Megadeth. Tiga album tersohor Thrash Metal terhasil akibat dari ini. Pada zaman itu, dari segi kemasan permainan, album ini letaknya paling atas antara Kill Em All dan Killing Is My Business... Permainan drum Tom Hunting senang-senang saja menenggelamkan Lars Ulrich. Thrash Metal yang dikenali ketika itu lebih dapat diterima daripada suntikan progresif Killing Is My Business... yang agak janggal bunyinya. Tanpa prejudis, vokalis Paul Baloff sangat kena dengan serangan melodi gitar oleh Rick Hunolt dan Gary Holt. Hampir semua lagu di dalam album ini adalah anthem, meletakkan mereka pada satu garis yang mula bersama dengan Kill Em All. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka ditambah dengan album-album yang tidak konsisten selepas ini menyebabkan mereka ketinggalan. Mungkin kita boleh berangan apa jadinya jika tempat Metallica sekarang ini diganti oleh Exodus?

2 comments:

  1. benar, sy sangat suka album ini.. tapi sayangnya Exodus , album album selepas album ini agak kurang sengatnya.... huhhuhu

    Megadeth - Killing Is My Business album ni pada saya, ternyata terlampau dikuasai oleh rasa amarah dan darah muda/dendam kesumat yg keterlaluan oleh Mustaine..

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pendapat Dr Ben...
    Selalu bila dengar lagu Another Lesson in Violence..part riffing di blkng solo yg terakhir feelnya mcm Metal Militia Metallica...

    ReplyDelete