Saturday, January 28, 2012
Ulasan: BATHORY Twilight of the Gods (1991)
Apa nak dikatakan tentang innovasi pada album ini, selepas kejutan yang dibuat pada album Hammerheart? Yang mampu dibuat ketika itu ialah ternganga. Sambil meremang bulu roma. Jadi ini rupanya muzik Heavy Metal? Boleh diolah dan dimanipulate sebegini rupa, rupa-rupanya. Viking Metal disuntik dengan elemen falsafah. Bathory yang dahulunya dikenali dengan lirik yang ditulis oleh seorang radikal hasil dari hormon jerawat usia remaja bertukar menjadi sesuatu yang memerlukan telahan yang mendalam. Hendak pula ia disadur dengan muzik yang begitu intense dari segi komposisi dan struktur. Ini adalah album intelek. Ia bukan saja membuka ruang kepada satu lorong kecil untuk band Metal untuk mengharungi jalanan yang lebih intelek malah ia membuka mata kepada pengkritik muzik ini yang selama ini menganggap ini adalah muzik bagi orang yang tiada pendidikan. Sampai sekarang, remang bulu roma itu masih terjadi setiap kali alunan Under The Runes dimainkan.
No comments:
Post a Comment