Thursday, January 05, 2012

Demonstrasi mahasiswa

Semenjak dua menjak ini berlaku beberapa insiden di mana mahasiswa berdemonstrasi.

Dua perkataan penting seperti pada tajuk artikel ini, demonstrasi dan mahasiswa.

Demonstrasi adalah lumrah negara yang mengamalkan demokrasi. Lain halnya kalau di Arab Saudi yang mengamalkan sistem monarki. Di Arab Saudi, ikut laporan mereka yang pernah menunaikan haji/umrah, jangan sekali-kali berkumpul tak tentu pasal, walaupun sekadar sembang-sembang. Anda mungkin akan ditangkap.

Saya tidak pernah menghadiri demonstrasi di Malaysia tetapi di Australia saya pernah jadi penonton. Demonstrasi cikgu sekolah yang mahu kenaikan gaji. Seminggu sebelum demonstrasi dibuat, surat dihantar kepada ibubapa oleh persatuan guru-guru menyatakan bahawa pada tarikh sekian-sekian mereka akan berdemonstrasi. Sekolah akan ditutup.

Pada hari demonstrasi, mereka berarak di tengah-tengah bandar Adelaide. Ramai guru-guru dan penyokong mereka yang ambil bahagian. Mereka melaungkan slogan-slogan dan membawa sepanduk dan berarak mengikut jalan yang telah ditetapkan. Jalan tersebut telah ditutup dan polis mengawal trafik.

Contoh guru ini sangat berkait dengan mahasiswa. Untuk menjadi guru, sekurang-kurangnya mereka perlu ada segulung ijazah dari kolej ataupun universiti. Mereka berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka diharapkan menerapkan budaya kolej dan universiti. Ya, di dalam kolej ataupun universiti, memang ada budaya tertentu yang diharapkan dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah.

Sudah tentu bukan maki hamun, panjat pagar dan baring terlentang di atas jalan untuk mendatangkan hujah.

Maki hamun, panjat pagar dan terlentang di atas jalan mungkin layak dibuat oleh golongan yang lain tetapi bukan untuk mahasiswa. Apatah lagi merosak harta benda awam tanpa hak.

Sememangnya mahasiswa adalah harapan negara. Mereka diharap berani. Berani tanpa membuang kecerdikan. Pada seorang mahasiswa, kecerdikan itu adalah maruah mereka.

Mahasiswa diharap kehadapan membawa isu-isu masyarakat, sosial, politik, negara dan agama. Mereka perlu kehadapan. Tapi tidak perlu terlentang di atas jalanraya.

Pemimpin negara sekarang (kerajaan atau pembangkang) yang mungkin menjadi idola sesetengah mereka, bukanlah jenis yang terlentang di atas jalan raya. Bukan juga yang memaki hamun apatah lagi merosakkan harta benda awam. Jika pernah, sekarang mereka tidak melakukannya lagi. Jika masih juga pe'el begitu, adakah pemimpin jenis ini yang kita mahu?

Maki hamun, terlentang di jalan raya dan merosakkan harta benda awam bukanlah satu budaya yang diterapkan di dalam institusi pengajian tinggi, apatah lagi institusi yang akan mengeluarkan mereka yang akan mendidik anak bangsa. Nasib baik, jumlah yang sebegini tidak sepuluh kali ganda bilangannya. Jika tidak, kita jadi risau.




20 comments:

  1. doctor.i'm just curious dgn mahasiswa kita ni bila part berdemo punya la semangat berkobar.tapi when it comes to pegi ceramah agama/usrah/qiamullail punya lah liat especially yg muslim coz mostly yg bgitu muslim ye tak?musykil...

    ReplyDelete
  2. salam dr.

    aku sendiri pun xpernah serta memana demo...btol kata dr, kalo nak demo, demolah secara aman dan berakal...

    ReplyDelete
  3. sya sangat sokong demo
    secara berhemah dan bukan seperti orang yang tidak sekolah.

    ReplyDelete
  4. Pada sayalah, anak muda sekarang samada tak nak fikir maksud sebenar ataupun dah salah tafsir pengertian hak dan jugak kebebasan suara.

    ReplyDelete
  5. thats obviously true doc!

    ReplyDelete
  6. entri yang bernas!!!! mohon copy ya doc...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    sy sokong enteri ini doc..

    jangan sesekali kita campakkan diri kita ke lembah kehinaan..maki hamun, baring atas jalanraya itu adalah jalan mencampakkan diri kita menjadi insan yang hina dan tidak membantu meningkatkan nilai maruah seseorang...

    ReplyDelete
  8. biasalah kalau dah nama demo.....kena pulak BUKAN mahasiswa masuk dalam group demo...mesti ada problem..tak percaya tengok demo yang lepas....

    ReplyDelete
  9. padat. terima kasih untuk ulasan, pendapat dan pendirian.
    Saya hormat pendirian bro. tq

    ReplyDelete
  10. aku suka baca pandangan ko pasal ni.
    Sebab tu aku suka kerja ada banyak cctv, memang aku takde freedom dan tak bleh monkey around, tapi apa2 jadi, hah playback aje. Tak yah nak tuduh menuduh sampai tahap boleh binasakan pihak lain.

    ReplyDelete
  11. mahasiswa bakal pemimpin harapan negara..kalau berdemo dgn ikut cara 'orang utan' mcm mana nk jd pemimpin kelak..

    ReplyDelete
  12. Lembu buat tahi, sapi juga yang terkena, mahasiswa buat hal, bukan mahasiswa juga yang disalahkan.

    ReplyDelete
  13. ..Pandai tak semestinya cerdik..aku jadi speechless dalam perkara ini..cuma geleng kepala dan sokong 120% dengan apa yang ko cakap..

    ReplyDelete
  14. Aku pernah juga join demo masa di Universiti dulu. Demo mintak air sbb kolej mengalami masalah bekalan air paip yg tiada penghujung. Kami bawa sepanduk dan kami tak baring tengah jalan, cuma tak mandi pagi dan gosok gigi sahaja. Itu pun masuk surat khabar juga.

    ReplyDelete
  15. Tapi kalau bole janganla sebab nila setitik rosak susu sebelanga.... fikir - fikirkan...

    ReplyDelete
  16. errr...bagaimana caranya saya boleh mendapatkan demo tape died?

    ReplyDelete
  17. Demonstrasi tu mengikut tafsiran aku berasal dari perkataan demon (baca: menurut tafsiran aku), jadi bila dah banyak demon dalam badan tu nak di release maka jadilah demonstrasi...jangan gunakan fakta aku ini untuk tujuan ilmiah kerana ia tidak pun established.

    ReplyDelete
  18. Aku sangat suka dengan komen zulazahari (10:30AM), very mind boggling..hehe

    ReplyDelete