Walaupun elemen moody, depressive dan melankoli ini seringkali menjadi resepi dan metodologi banyak band Black Metal yang lain tetapi gagal menyamai gubahan AGALLOCH. Ia digubah dengan skil muzik yang baik, susunan melodi dan perinciannya sangat memuaskan hati. Saya kira, sekadar menyusun melodi mana dan apa elemen yang mahu disalurkan sudah cukup memeningkan kepala yang saya kira hanya AGALLOCH saja yang bisa melakukannya.
Berbeza dengan album sebelumnya, produksi album ini lebih kering dan sekali harung kita akan mendapati bahawa produksi yang kurang polished kali ini bahkan amat sesuai dengan lagu-lagunya. Distort gitarnya berkahak tanpa membersihkan kerak-kerak yang terhasil akibat interferens antara amp dan efek gitar. Jika ada yang bersih, mungkin instrumen akustiknya. Ini memberikan contrast yang sangat baik.
Ditolak lagu pertama yang lebih berbunyi seperti sebuah intro, 4 dari 5 lagu yang selainnya melebihi 10 minit jangka mainnya. Dua hal negatif yang mungkin terhasil dari lagu-lagu sepanjang ini. Satu, lagu menjadi meleweh dan kedua ada kemungkinan lagu-lagunya tidak dapat dibezakan di antaranya. Nyata, tiada satu pun dari dua ini berlaku.
Jika anda menggilai muzik Black Metal tetapi terasa kemachoan anda akan jatuh jika meminati muzik post-rock yang pada nilaian anda kurang-Metal, maka dengan AGALLOCH anda akan mendapatkan kedua-duanya. Muzik yang anda minat pun dapat, macho pun dapat.
1. | "They Escaped the Weight of Darkness" | 3:41 |
2. | "Into the Painted Grey" | 12:25 |
3. | "The Watcher's Monolith" | 11:46 |
4. | "Black Lake Niðstång" | 17:34 |
5. | "Ghosts of the Midwinter Fires" | 9:40 |
6. | "To Drown" | 10:27 |
album ni blom dengar tapi Ashes Against the Grain memang melekat!
ReplyDelete