CHARRED WALLS OF THE DAMNED adalah sebuah band yang diilhamkan oleh pemain drum Richard Christy yang pernah bersama dengan lagenda Death Metal, DEATH. Jika tidak kerana DEATH, kemungkinan besar CHARRED WALLS OF THE DAMNED tidak akan menarik perhatian saya untuk mendengar album pertama mereka.
Yang sebenarnya agak tidak adil kerana CHARRED WALLS OF THE DAMNED memang sebuah band yang sangat menarik. Sepatutnya peluang untuk mereka didengar tidak sepatutnya menjadi kurang disebabkan pemain drumnya tidak dikenali.
Album pertama CHARRED WALLS OF THE DAMNED meninggalkan jejak yang berkesan di dalam minda saya. Bukan saja cara permainan Richard yang teknikal bersih bahkan gabungan muzik Death Metal dan Heavy Metal yang digabungkan pada tahap advanced. Manakan tidak, ahli yang lain juga tidak kurang hebatnya.
Sekarang sudah sampai masanya CHARRED WALLS OF THE DAMNED muncul dengan album kedua dan kali ini bertajuk "Cold Winds On Timeless Days". Bagi mereka yang tertinggal sampan, boleh prebiu dengar keseluruhan album ini dengan mengarah skrin anda kepada JALAN INI (cepat sebelum link ditutup).
Masih tidak berminat? Cuba lihat ini:
CHARRED WALLS OF THE DAMNED's recording lineup:
* Richard Christy - Drums (DEATH, CONTROLLED DENIED, ICED EARTH)
* Jason Suecof - Guitar, Producer
* Tim "Ripper" Owens (JUDAS PRIEST, YNGWIE MALMSTEEN, ICED EARTH) - Vocals
* Steve DiGiorgio (DEATH, SADUS, TESTAMENT) – Bass
Jika masih tidak berminat juga, maka tidak ada apa lagi yang boleh saya lakukan untuk meyakinkan anda.
Tetapi lukisan album mereka tetap hampeh seperti album sebelumnya. Seseorang perlu memberitahu mereka tentang hal ini!
Dr.ben mmg arif betul muzik2 metal ni. steady ahhh..
ReplyDeleteWaqheh,
ReplyDeleteSpecializing in Rock/Metal reviews local and international.
;)
oh tidak..kenapa saya tidak mengenal mereka2 ini....hehe
ReplyDeleteapa beza death metal, heavy metal dan black metal? hehehehe...
ReplyDeletehahahaha...
ReplyDeleteayat last tu macam merajuk je?