Sunday, September 18, 2011

Ulasan: AU REVOIR Engine Of My Heart


Agak sukar untuk member kategori kepada Au Revoir untuk album kedua mereka ini. Namanya kedengaran seperti sebuah band gothic rock/metal sesuai dengan nama band dan tajuk album juga gambar album. Yang sebenarnya ini adalah luahan perasaan dan hati penggeraknya, Rammy. Lagu mula iaitu tajuk album ini ada tempekan gothic rock/Metal ala Sentenced pada album Frozen dan Down. Pada lagu keduanya Shattered, ia lebih kepada Heavy Rock dan seterusnya Edul Fitri Night kembal kepada elemen goth rock/Metal. Namun pada lagu Perisher, ia kedengaran seperti sebuah garage rock/punk tanpa gitar (hanya drum, vokal dan bass). Five-A-Night pula kedengaran seperti Wings terlebih berat. Begitulah keseluruhan album ini. Produksinya agak kasar dan kurang seimbang dalam mixing yang mana gitarnya terlampau kehadapan dan distortion gitarnya mungkin terlampau kembang untuk konsep album sebegini. Namun ideanya agak segar dan menyeronokkan. Ianya adalah album Metal yang berada di garisan sempadan antara beberapa genre jadi ianya lebih bebas. Sesuai kepada mereka yang dah letih dengan Black/Death Metal yang melata.

FAITHCRAFT
Au Revoir Myspace
Au Revoir Reverbnation


5 comments:

  1. Thank you Dr. Ben di atas ulasan ini. Ya memang kami takda genre khas, Heavy Metal sahaja pada asasnya...

    ReplyDelete
  2. cover album ka tu...ganaz betol

    ReplyDelete
  3. tapi saya tetap pilih album "su'ul khatimah sbgai yg terbaik dr mereka

    ReplyDelete
  4. takut gua tgk cover album dia...ganazzz...huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:59 PM

    terkejut tgk cover album...!!!!

    ReplyDelete