Monday, September 19, 2011

Mat Metal = defensif

Jika anda ada rakan yang minat muzik Metal pada tahap yang lebih dari biasa, anda boleh bagi beberapa soalan kepada beliau.

Sebelum itu, perlu diberi definisi dulu - siapakah Mat Metal yang saya maksudkan ini. Antara lain, hingga 80% dari muzik yang beliau dengar adalah muzik Metal. Beliau juga mengikuti beberapa band kegemaran beliau dengan cara hampir fanatik - membeli semua albumnya dan menambah koleksi band tersebut seperti baju, keratan media dan mengetahui perkembangan band tersebut secara up-to-date. Dengan lain perkataan, sama seperti peminat kelab bola MU atau Liverpool.

Jika anda jumpa dengan mereka, tanyakan soalan-soalan ini.

1. Kenapa banyak band Metal ekstrim tulis lirik sembah syaitan dan membenci Tuhan? Dan kenapa kamu masih mengikuti band ini?
2. Kenapa ada Mat Metal yang Muslim dalam gig di Malaysia yang tonggang arak di khalayak ramai?
3. Kenapa dalam gig ramai yang tak solat?

dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.

Lihat cara mereka menjawabnya - biasanya mereka akan cuba mencari alasan untuk membenarkannya - biasanya dengan menuding jari ke tempat lain. Dengan lain kata - tu, diorang boleh buat, kenapa tak tanya mereka dulu? - atau sewaktu dengannya.

Silap-silap, anda pula yang akan disoal kembali.

Saya tahu kerana I've been there, done that. Malah kadang-kadang saya juga menggunakan taktik ini. Saya betul dan anda (bukan Mat Metal) walau macamana pun - salah (atau tiada hak untuk mengkritik).

17 comments:

  1. Kalo dalam usia muda mungkin boleh jadi defensif, tapi dalam usia macam ni..ah lantaklah apo nak jadi..

    ReplyDelete
  2. Kalo metal hati bertaman bunga camno plak bro??

    ReplyDelete
  3. Takde plak kawan dgn org cmni...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Teringat nak tengok langsuyr (dengan bentara guru) perform sekali dengan silent death. sorang tabligh, seorang lagi badan bertatu sambil minum beer atas stage. Perghhh!!!

    ReplyDelete
  5. tak layan pun lagu yg sakit telinga untuk didengari

    ReplyDelete
  6. "...tu, diorang boleh buat, kenapa tak tanya mereka dulu?"

    +1!

    ReplyDelete
  7. dulu masa muda2 dok layan gak Black Sabbath nie

    ReplyDelete
  8. haha.biasanya ayat defennsif yang saya guna "aku dengar muzik je, vokal aku tak amik pot pon" hahaha. silent death punye vokalis, Stone tu mmg bertatu. Joe Slaughter sil-khannaz pon bertatu.entahlah, pada saya, buang yang keruh(stanis, anti relegion stuff),ambil yg jernih(the beauty of speed, heaviness n distortion of metal).

    ReplyDelete
  9. tak pernah terminat muzik cenggini.. so far tak pernah lagi terjumpa sesiapa yang dalam kategori minat gilerr ngan muzik metal ni..

    ReplyDelete
  10. defence kena kuat..hehe

    ReplyDelete
  11. bekas pemuzik metal kah ..

    sejujurnya kita tak suka
    muzik yg bigitkan telinga :)

    ReplyDelete
  12. Aku masih melayan muzik metal dengan band. Masih main lagu-lagu seperti Holy Diver dan The Last In Line yang terang-terang macam syaitan tapi setakat nak melalak dalam studio sahaja. Tidak dibawa dalam hati pun.

    ReplyDelete
  13. Yang paling dahsyat saya boleh layan, hanya lah Metallica...Iron Maiden...yang lebih ganas dari itu, telinga saya tak boleh terima.

    Kenapa metal suka hitam? Haha

    ReplyDelete
  14. Ramai yang tanya saya soalan yang sama.. Dan asyik mengaitkan dengan agenda yahudi 6s

    apakah jawapan yg plg relevan utk dijawab?

    Please Help.. :)

    ReplyDelete
  15. errrr....soalan yang payah nak jawab nih....memang benar peminat tegar AKAN putar belit bila terima soalan macam tu....jawapan mudah : "ala bro dulu pun sama jugak...kasi can kat kita orang pulak...."hehehhe

    ReplyDelete
  16. orang tengok bola tinggal solat, pegi pasar malam tinggal solat, peniaga pasar malam tinggal solat, pegi shooping tinggal solat, pegi jom heboh tinggal solat, pegi mancing tinggal solat,pegi fun fair tinggal solat, pegi bercuti tinggal solat,lukis potret/karikatur tinggal solat, masa bekerja tinggal solat, masa belajar tinggal solat, lepak sengeh2 senang hati kat rumahpun tinggal solat, besukan tinggal solat, kenduri kawen tinggal solat, jammin tinggal solat, dating tinggal solat, merempit tinggal solat, masa musafir tinggal solat... ya, hangguk kepala tengok konsetpun tinggal solat!

    ayuh! mari dirikan solat dan jauhi perkara2 yang mungkar/maksiat dan yang dilarang ALlah.

    ReplyDelete
  17. sy suka lagu metallica ada 2-3 buah..unforgiven 1 & 2 dan nothing else matter..yg lain hadoiii..ptt ah ms anak dara dulu sy beli kaset metallica org kedai tu pandang semacam kat sy (awek ayu bertudung tp nk head banging kah?)

    bg sy nak minat muzik metal tak salah tp jgn terikut dgn cara hidup mereka yg agak lari dr landasan agama..

    ReplyDelete