NGO bimbang pengajar dari Amerika Syarikat bawa budaya BaratPertamanya, kita tidak perlu menunggu guru dari Amerika untuk masuk ke dalam negara ini untuk budaya Barat akan masuk. Budaya Barat telah masuk sejak puluhan tahun lagi melalui media elektronik dan cetak. Sila buka siaran TV anda dan juga ruangan hiburan di media cetak/elektronik.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan menyarankan Kementerian Pelajaran mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) lebih menarik bagi membolehkan murid memperoleh asas linguistik kukuh pada peringkat rendah.
Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), meminta penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan memanfaatkan makmal komputer supaya subjek berkenaan lebih menyeronokkan.
Presidennya, Mohd Sabri Arsad, berkata langkah membawa masuk guru dari Amerika Syarikat (AS) bukan tindakan bijak kerana guru asing dikhuatiri membawa masuk budaya Barat yang bercanggah dengan cita rasa tempatan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, maklum balas daripada guru dan pelajar di Terengganu yang mempunyai English Teaching Assistant (ETA) menunjukkan kehadiran ETA dari AS tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan BI pelajar.
“Pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris yang disampaikan ETA kerana sebutannya sukar difahami, ” katanya. [LINK]
Keduanya, mereka yang terlibat dengan ETA itu adalah golongan mereka yang terpilih. Program ini adalah satu program elit (Fullbright). Antara kriteria calon pengajar adalah "Applicants should be mature and articulate graduating seniors, recent graduates, or Master’s students. Candidates should be unmarried and without dependents. Candidates must be native English-speakers. No previous teaching experience is required. Candidates must be adaptable, flexible, independent, and enjoy working with children. [LINK]".
Jika seorang pelajar dari Malaysia mendapat tajaan Fullbright untuk belajar di USA, ia dikira sebagai seorang pelajar elit kerana untuk mendapatkan tajaan ini sangat kompetitif. Begitulah sebaliknya.
Ketiganya, guru ETA ini, tanggungjawab mereka adalah "assisting English teachers and in participating in or leading school-related activities. ETAs will teach conversational English to high school students aged 12 to 17." Sila perhatikan, mereka sekadar membantu guru English yang sedia ada dan mengajar cara komunikasi English dengan betul. Walaupun sukar untuk difahami, tetapi ianya betul. Bermulalah dari awal dengan benda yang betul. Memang sukar pada awalnya tetapi lama-lama sekurang-kurangnya kita menghampiri kepada yang betul. Bandingkan kita belajar dari awal lagi dengan kesalahan. Mana yang lebih baik?
Bukankah antara rungutan kita sekarang ialah kurangnya guru English yang berkaliber? Dan tidakkah juga sebutan English kita boleh dikatakan buruk juga? Saya fikir, kedatangan mereka sangat-sangat membantu.
Mungkinkah timbul rasa rendah diri dari guru English tempatan? Sepatutnya tidak kerana sebaik mana pun guru tempatan dengan English, ia tetap menjadi bahasa kedua. Bagi guru ETA, English adalah bahasa utama - mereka sedar dan mimpi dalam English. Mungkinkah timbul rasa irihati kepada murid-murid yang lebih menyukai guru ETA yang berkomunikasi dengan lebih tepat dan jelas? Sepatutnya tidak, kerana guru tempatan patut ambil manfaat dari kelebihan mereka.
Satu pengajaran yang saya dapat dari Australia ialah mereka memahami bahawa kita tidak lancar English dalam komunikasi sebab itu mereka tidak akan mentertawakan kita. Sebaliknya mereka mahu mengambil intipati komunikasi itu.
Ataupun jika sesekali ketawa dengan cara sebutan kita yang tak betul - kita juga patutnya boleh ketawa juga terhadap sebutan Melayu mereka yang tidak betul.
Saya berpendapat bahawa, memperbaiki sesi pembelajaran English pada peringkat rendah perlu sekali datang dengan kelebihan yang ada pada guru ETA ini. Barulah English bertambah mantap. Buatlah dua-duanya beriringan.
Apakah yang menyebabkan program ETA di Terengganu tidak banyak memberi kesan positif? Mungkin laporan yang detail perlu dikeluarkan untuk sama-sama kita memperbaikinya. Kita risau kalau ini semata-mata berpunca dari kelemahan kita sedangkan kita dengan mudah menuding jari kepada arah yang lain.
baik ambil tenaga pengajar dari UK....bahasa sopan....kalau marah pun berlapik
ReplyDeletedorang teriak pun dalam bahasa inggeris.nahu,soraf,mutalaah dan segala jenis asas dalam bahasa inggeris adalah makanan mereka.sehebat2 org kita berbahasa inggeris ttp apabila mengajar mereka lari tajuk dan buang karan juga.bukan tidak hebat tp kalau ada 10 orang dalam 100 tak guna juga.kita mahu ramai.
ReplyDeletepakai je mat/minah salleh dtg mengajar sini.gua sokong bebenor.pasal NGo yang bangang memikirkan pasal budaya barat tuh is the faking shit minded super bodoh.54 tahun dah berlalu mana ada lagi org melayu berkemban tepi sungai.sume pakat pakai baju nampak puting payudara bukak cleavage,tu binatang apa namanya.budaya melayu asli ke tu?dr mana dtgnya?its started from 50 yeras agolah..ni gua hangin tak tentu nih..baghal..!
bagus tu,
ReplyDeleteambil lah orang yang pakar dalam bidang yang dipakarinya..