Tuesday, August 09, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KELAPAN

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Dalam facebook tadi, seorang sahabat komplen, semua orang asyik tayang apa yang dimakan waktu berbuka. Saya faham kerana bulan Ramadan bukan masanya nak bersedap-sedap dengan makanan sehingga maksud sebenar bulan Ramadan dilupakan. Bertambah malang bila waktu berbuka macam pesta dan kenduri.

Namun saya teringat sebuah hadith tentang dua kegembiraan waktu berpuasa. Pertama, sewaktu berbuka dan kedua ketika berjumpa dengan Tuhannya. Mungkin kegembiraan pertama ini telah dilakukan secara terlebih.

Apapun, mungkin saya berhak untuk letak gambar berbuka saya semalam. Ini kerana, masakan agak special. Setelah dua bulan tidak pernah masak lauk ikan. Jadi semalam masak ikan masak pedas (segera, rempah paket) dan makan ikan selepas 2 bulan mungkin adalah kegembiraan yang betul?

8 comments:

  1. dah nama pun diari ramadhan, kan?

    ReplyDelete
  2. salmon masak asam pedas wow!!

    ReplyDelete
  3. korawk,

    bukan salmon tapi catfish ;)

    salmon layak grill je tak boleh buat gulai

    ReplyDelete
  4. catfish-ikan keli ke??

    ReplyDelete
  5. cat-fish = ikan-kucing :)

    ReplyDelete
  6. nampak hebat masakan ini!

    ReplyDelete
  7. "..dua kegembiraan waktu berpuasa, pertama, sewaktu berbuka dan kedua ketika berjumpa dengan Tuhannya". Kegembiraan pertama tu, biasalah, termasuk buat saya, namun semoga dapat kita semua benar-benar meraih kegembiraan yang kedua tu, yang menentukan kegembiraan yang sebenar. Doa untuk saya dan umat semua...

    ReplyDelete
  8. 2 bulan tak makan ikan?
    rindu giler woo

    ReplyDelete