Tuesday, August 09, 2011

Politik Ramadan 9

Teks Kempen Ramadhan 1432H

Assalamualaikum ,

Wahai saudara dan saudari seIslam. dikalangan kita ada yang berumur belasan tahun, 20 an, 30 an .... bahkan 60 an dan lebih dari itu.

Kita telah melalui ramadhan-ramadhan yang lepas, ada yang berjaya menaklukinya ada yang tewas.

Dalam masa tidak lebih dari 15 hari lagi kita akan melalui sekali lagi Ramadhan InsyaAllah...

Ingin saya mengingatkan kepada diri saya, supaya kita kembali kepada perkara asas kenapa kita diciptakan oleh Allah? Objektif kita.

Sekiranya kita telah lupa dan tidak tahu bagaimana ingin bermula, sekiranya anda berada dijalanraya maka gunalah roundabout Ramadhan ini untuk mengarahkan kembali kepada tujuan perjalanan kita.

Kita sering kali mengajak rakan-rakan kita yang belum Islam, supaya datang kepada Islam dan mendakwah mereka kepada objektif ciptaan manusia oleh Penciptanya.

Adakah kita sedar jika rakan-rakan yang belum Islam memandu dibelakang kita, melihat banner/ticker dibelakang kereta kita "Pilihlah Jalan yang Selamat Yakni Islam", sebaliknya kereta yang anda pandu menuju kearah kebinasaan dan amalan selain dari Islam. Apakah mereka akan mengikut banner dan sticker yang ada pada kereta anda.

Jadikanlah Ramadhan satu titik pusingan kembali kepada objektif tersebut..

Masa kita dikira dengan saat, saat dan saat... hari ini jika kita berkira-kira wang kita dengan RM,RM dan RM .. hitunglah masa kita untuk kembali kepada Amal yang Soleh... Ramadhan ini adalah saat yang sesuai untuk kita mula menghitung....

Saudara dan Saudari kuasailah 2 juta lebih saat ini.. kerana anda sudah melalui ratusan juta saat... samaada dalam lalai atau taat.

Siapakah yang mahu menang...dan mahukan kemenangan yang besar..

dengan syarat taat kepada ALLAH dan RASUL... setiap SAAT


وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدْخِلْهُ جَنَّٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ..
An Nisaa' 13

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًۭا

An Nisaa' 69


وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
An Nur 52

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا...
Al Ahzab 71

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ يُدْخِلْهُ جَنَّٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًۭا
Al Fath 17

Setiap saat kita perlu sedar samaada dalam KETAATAN atau sebaliknya.

FORMULA SEMUA SAAT (TAAT ALLAH + RASUL ) = KEJAYAAN



- nukilan AbuQays (al-fikrah.net)

No comments:

Post a Comment