Monday, June 13, 2011

Touch down Part 2 - Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport

Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport adalah sebuah lapangan terbang yang boleh dikatakan besar walaupun tak secanggih KLIA. Dan ini adalah salah satu airport untuk kemasukan alien (bukan warganegara US). Saya mendengar banyak cerita yang menaikkan bulu roma dari beberapa rakan.

Salah satunya, seorang rakan semasa ke USA telah masuk melalui Boston. Apabila pegawai imigresen mendapat tahu nama beliau bermula dengan Bin (seperti Bin Laden), beliau telah diarahkan untuk masuk ke sebuah bilik khas. 2 jam beliau di dalam bilik tersebut. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya 2 jam telah hilang begitu saja. Peristiwa ini berlaku lebih kurang 5-6 tahun yang lalu. Mungkin sekarang berbeza.

Nyata ia berbeza. Semasa mengecop passport, cuma habis 5 minit saja. Dan ketika clearance untuk beg, tidak sampai seminit. Cuma, kita kena yakin jangan tergagap-gagap atau menunjukkan seolah-olah kita ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Saya dapati pegawai imigresen tersebut betul-betul memerhati raut wajah saya ketika menjawab soalan. Dan sememangnya saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Bahkan, beg yang seberat 20kg itu pun tak disentuh langsung. Selamat stok rempah ratus segera untuk masak selama 3 bulan itu.

Semasa merayau di lapangan terbang ini, saya dapati USA mempunyai rangkaian fast-food yang banyak sekali. Tidak kelihatan KFC atau McDonalds tetapi nama-nama yang asing. Ia lebih banyak dari Australia. Jika tidak mengambil kira halal haram, memang terliur melihatnya. Sandwich, burger, steak dan pelbagai lagi yang menyelerakan. Saya kira, halalinasi makanan perlu diglobalkan secepat mungkin supaya kita sama-sama dapat menikmati makanan tersebut.

3 comments:

  1. takkan pi amerika, cuma fastfood je yg best? mende lain?

    ReplyDelete
  2. rilek la bro... baru jejak kaki je

    ReplyDelete
  3. mm, snap gambo pemandangan dan street scenes banyak2 dan tampal sini. mesti best.

    ReplyDelete