Lehigh Valley International Airport @ Allentown adalah lebih kecil. Mungkin sama saiz dengan lapangan terbang Ipoh. Kapalterbang dari Atlanta ke Allentown pun kecil. Maaf saya tidak tahu apa jenis kapalterbang tersebut.
Sebaik saja keluar untuk mengambil beg, Prof. Pessiki sudah mula melambai ke arah saya. Tidak sukar untuk membezakan saya dengan lain penumpang. Dari 50 penumpang, cuma saya seorang yang berkulit sawo matang.
Dia membawa saya terus ke apartment saya di Bethlehem yang jaraknya kira-kira 10km dari airport. Kami bersembang lebih kurang. Antara lain, apa yang akan dilakukan sepanjang 3 bulan saya disini. Beliau pun tidak berapa pasti apa yang perlu dibuat tetapi beliau memberikan beberapa pilihan. Saya catatkan pilihan tersebut di dalam kepala. Saya juga mempunyai misi khas dari Malaysia - dari Dekan; yang instrumental terhadap program saya ini. Saya akan cuba memenuhi misi tersebut, insyaAllah.
Sebelum sampai di apartment, Prof membawa saya makan malam di sebuah restoran Kenya. Oleh kerana tiada menu daging yang halal, saya memilih nasi dan sayur saja. Rasanya? Tak boleh makan selalu. Mungkin perasan dengan makanan yang tak habis itu, Prof seolah-olah meminta maaf. Saya katakan tidak mengapa kerana dalam kapalterbang saya telah makan.
Apartment saya, buruk. Dan bentuknya juga pelik - segitiga. Dua tingkat tetapi di atas cuma bilik tidur. Dapur, ruang tamu dan bilik air semuanya di bawah. Lokasinya pada cerun bukit. Oleh sebab itu, terasa ada kecerunan di dalam apartment tersebut. Kipas silingnya rosak menyebabkan Prof berasa agak cemas. Cuaca boleh tahan panas ketika ini - musim panas. Saya katakan tidak mengapa.
Malam itu saya tidur di atas sofa di ruang tamu. Di atas - keadaan agak panas. Tidur pun kurang lena sebab tidak biasa. Keadaan sekeliling rumah semuanya jenis yang lama-lama menggambarkan keadaan sosio-ekonomi penduduk sekeliling yang saya jangkakan rendah dan pertengahan rendah.
Isteri saya menghantar waktu solat. Fajar 3.53am, Terbit Matahari 5:30am, Zuhur 1:01pm, Asar 5.01pm, Maghrib 8:32pm dan Isya 10:10pm.
wa...best ni..buat journal tentang keadaan banadar disana....sekurang kurangnya dapat tahu tentang penerimaan masyarakat US tentang asia..
ReplyDeletebro, gambor mane gambor. ? tangkap le gambor. jenuh nak imagin cite kamu ni yang best ni yo :D
ReplyDeletebetul tu...gambo plis...
ReplyDeleteyaaa .. ce tempek gambo
ReplyDeletekamera takde koh koh koh... tengah tunggu order Amazon.com sampai..
ReplyDelete