Thursday, June 09, 2011

Laporan dari Incheon International Airport, Seoul

Sampai KLIA naik bas dari Ipoh, Star Shuttle (RM42) jam 2pm sampai tepat 5pm. Wife tak dapat hantar ke KLIA sebab tak berani. Dimaafkan. Beliau baru dapat lesen (baru ke?). Anyway, bukan idea yang baik pun. Better hantar ke Medan Gopeng sudeyyy.

Sementara menunggu flight jam 1125pm tu seorang sahabat blogger yang saya kenal semasa sama-sama mengikuti pertandingan My Selangor Story dulu datang menemani. Beliau adalah Azuan. Memang di bekerja di KLIA pun. Elok sangat le tu. Habis kerja 6pm terus lepak kejap. Beliau bekerja bahagian transformasi. Oh ye, nak komplen sikit, kat KLIA tu mesin yang charge henset free tu rosak semua. Azuan, sila bawa ke mesorat transformasi. Kata nak lawan Incheon yang ranking no1 sekarang ni. KLIA kan no 16 kah kah kah. All the best bro.

Flight 6 jam lebih. Malam dalam flight saya rasa bagai nak pitam sebab turbulence cuaca buruk. Umpama kita naik kapal dialun ombak. Tak larat nak menonton in-house movie pun. Sedar-sedar dah masuk Fajr. Terus solat duduk atas seat. Sarapan nasi goreng. Bila ditanya halal ke? Stewardess Korean yang cun tu kata, harar. Takpe, dimaafkan sebutan itu sebab cun.

Sekarang saya berada di internet lounge, free. Part ni En Azuan ada komplen juga tentang pengguna di KLIA. Dulu ada buat shower room di KLIA, tengok-tengok kepala shower tu hilang kena sapu. So logiknya kalau letak PC, mouse sure kena sapu. Sebagai bantahan, sekarang saya menggunakan laptop takde mouse dan ianya digari dengan security cable. Oleh itu, En Azuan perlu bertindak segera supaya internet lounge free macam di Incheon ini dapat dibuat di KLIA.

Disebalik kehebatan Incheon yang ranking no 1 dalam dunia ini, satu kelemahan. Takde food outlet halal. Meleleh je la nengok makanan yang sedap-sedap tu. Mungkin ada? Sebab saya tak tanya kaunter. Mungkin kalau takde saya akan buat komplen khusus. Makanan halal adalah penting sebab lebih 1 billion penduduk dunia adalah Muslim. Cuma kalau dia tanya balik berapa ramai yang praktis, mungkin saya akan tersipu-sipu malu.

Anyway, make doa for me. Saya ada sejam sebelum boarding ke Atlanta, USA, stop kedua sebelum ke destinasi terakhir, Bethlehem. Senang-senang laporan ringkas ini akan diteruskan on route. Buat isteri dan anak-anak tercinta, kenang daku semasa makan nasi ayam dan tomyam kerana suamimu/bapamu ini terpaksa masak sendiri berperencah segera.

Wassalam!

6 comments:

  1. Bermulanya satu adventure.... best baca ni travel tiga bulan! sambil2 mesuarat baca blog... terbaik!

    ReplyDelete
  2. all da best bro. gua akan mengikuti perkembangan (kurus) lu!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya selamat abg ben

    ReplyDelete
  5. ..moga yang pergi dan yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat senantiasa..Aminnn...:0]

    ReplyDelete