Sunday, May 22, 2011
Ulasan: SLAYER Show No Mercy
Walaupun Metallica dimaklumi ramai sebagai pelopor muzik Thrash Metal tetapi ia lebih kepada kelajuan permainan. Slayer mengambil iktibar ini dan menambah lagi satu perisa penting yang mencorakkan muzik ekstrim Metal masa hadapan, ganas dan brutal. Disebalik kekurangan kualiti album ini disebabkan bajet yang rendah, tetapi ia menjadi album paling laku dalam sejarah syarikat rakaman, Metal Blade. Intonasi album ini satu dimensi, hala tuju yang fokus tanpa perlu apa-apa variasi kerana pada masa itu memang tiada variasi yang wujud pun. Andaikata kalau ada pun, ia dalam cakupan sebuah band dan bukan album. Metallica dengan fokusnya yang tersendiri, begitu juga dengan Exodus mahupun Testament yang mana masing-masing berjaya dengannya. Album ini fokus pada muzik Thrash Metal dengan belitan lirik satanic - semata-mata untuk menarik perhatian peminat Metal ketika itu. Ini adalah kombinasi yang mengejutkan ketika mana subjek sebegini dimainkan dengan berhati-hati bukan seperti sekarang. Ternyata ia berjaya dan melonjakkan nama Slayer beberapa tingkat ke atas, hatta menyebabkan Metallica sendiri berasa terancam walaupun sedia maklum ini bukanlah acuan sebenar Slayer kerana masih terdapat kesan dan pengaruh dari idola mereka seperti Iron Maiden dan Judas Priest seperti di dalam lagu Metal Storm/Face The Slayer, Tormentor, The Final Command dan Crionics. Namun, The Antichrist, Die By The Swords dan Black Magic yang lebih tulen acuannya tetap menjadi lagu evergreen sepanjang zaman kepada peminatnya yang melangkau jarak spektrum muzik yang pelbagai.
lagu2 dorg pada time ni masih jadi setlist penting utk mana2 konsert mereka sampai sekarang
ReplyDeleteerr... abg ben, kenapa review album album lama slayer ni? ada apa2 ke?
ReplyDeleteaku mmg tak leh lagi nak terima cara slayer ni terutamanya shouting vocal oleh Tom Araya.. hehehe
satu lagi tak de banyak solo-solo gitar yg menarik sangat, juga kebanyakkan lagu lagu mereka ni ada riff yg seakan-akan hampir sama, riff berulang-ulang...
apa2 pon aku suka juga dgn lagu cam Dead Skin Mask,Angel Of Death,Postmortem,Raining Blood,Season In Abbyss,South of Heaven,
juga permainan drum yg mantap dr Dave Lombardo,terbaik!!! ....
the other bands are NOTHING but slayer clones!
ReplyDeletedie by the sword