Album terakhir bersama David Vincent (yang hanya akan kembali 9 tahun kemudian). Beberapa peninggalan beliau yang penting dalam album ini (atau sedikit sebanyak kesan): produksi album paling bersih yang terhasil dari keputusan mereka menggunakan metronome semasa rakaman album, vokal beliau juga lebih mencengkam dan kemungkinan album ini paling variasi jika dibandingkan dengan album sebelum dan selepasnya. Jika anda mahukan lagu yang pantas dan menampar muka; Domination, Dawn Of The Angry, This Means War dan Nothing But Fear adalah dicadangkan. Sebaliknya, anda boleh mendengar Where The Slime Lives, Eyes To Hear, Caesar’s Palace dan Hatework. Mungkin ada yang mencebik dengan produksi berkilat dalam album ini tetapi tidak ramai yang akan membangkang tentang kekuatan album ini dari segi teknikaliti dan konsistensi. Saya meletakkan album ini kedua selepas Altars Of Madness disebabkan faktor-faktor yang dinyatakan dan juga kerana ia tidak cuba untuk meniru Altars Of Madness untuk membuktikan potensi Morbid Angel.
No comments:
Post a Comment