Shila. Anak kepada penyanyi otai, N.D. Lala. Ketika album ini dirilis pada tahun 2009, umurnya baru 19 tahun.
Mungkin ada perasaan mahu mengikut jejak langkah bapanya. Atau mungkin terasa tertekan; ada suara yang boleh menyanyi tetapi kenapa tidak menyanyi apabila bapa anda seorang penyanyi terkenal?
Albumnya pop dance untuk remaja urban. Pastinya agak janggal untuk remaja di kampung. Tetapi sekarang zaman globalisasi, jadi ini tidak boleh dijadikan alasan.
Suaranya keanak-anakkan sesuai dengan usianya. Muziknya pun begitu.
Malangnya, tiada apa yang menonjol di sini, maksud saya, lagu-lagunya. Semuanya sudah pernah dibuat. Muziknya elektronika dan diprogram.
Mungkin kalau ada yang sedikit berbeza, sebuah lagu berbahasa Inggeris, Whisper My Name. Bersama lagu Hell No! memang didengar seperti rip off Britney Spears. Impaknya saya kurang pasti. Adakah dengan 2 lagu berbahasa Inggeris ini maka akan menambahkan jualan album?
Shila perlu lakukan sesuatu untuk album kedua. Album ini jatuh dalam kategori 'tiada pun tak mengapa'. At least pada pendapat saya kerana saya jarang-jarang-jarang sekali mendengar radio popular untuk mengetahui populariti beliau yang sebenar.
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
britney malaya.hehe
ReplyDeleteini le rpnyer hasil dr rancangan realiti malaysiaa..
ReplyDeletecompare dgn review album scropions dekat bawah yg penuh analytical & dikupas track by track.. rasa simpati lak dengan cara album anak nd lala ni direview.. hehe..
ReplyDeletehores,
ReplyDeleterebiu ikut suka perebiu le. Kalau tak suka, nak kupas track by track pejadah?