Gerombolan rilisan Indonesia yang masuk ke pasaran tempatan sudah kita akui dan arif. Ramai yang telah memberi pendapat. Ada yang bernas dan tidak kurang juga yang emosional.
Yang pasti, ianya membuka satu laluan baru kepada artis tempatan terutama yang berbahasa Melayu. Kek tidak lagi dimonopoli oleh mereka. Mereka kini perlu bersaing dengan artis dari seberang.
Yang terlebih pasti, makin ramai artis yang terbuka mindanya dalam penyampaian sesebuah album. Tidak formulaik seperti dahulu. Mungkin masih lagi formulaik tetapi formula itu bertambah. Lebih meriah.
Geisha adalah nama ke-berapa-ratus yang menyerang peminat muzik tempatan. Dan ada ratusan yang lain yang menunggu masa. Pastinya, syarikat rakaman mempunyai benchmark tersendiri dan lambakan ini berstrategi. Bukan semua dari seberang itu bagus.
Album Anugrah Terindah ini dimulakan dengan sebuah lagu merdu, Jika Cinta Dia yang sangat cocok untuk memikat dengan pendengaran pertama. Lagunya mudah, korusnya mengasyikkan ditambah dengan suara Momo yang lembut itu.
Mengetahui akan kekuatan suara beliau dengan melodi yang asyik, tiga lagu seterusnya diteruskan dengan formula yang sama yang menyebabkan kita terfikir; apakah tiga lagu ini mahu bersaing dengan lagu Jika Cinta Dia yang sudah tentu tidak terlawan itu.
Tiga lagu rancak, membuatkan kita terfikir ianya adalah lagu filler. Selebihnya 9 buah lagu adalah lagu berentak pop ballad.
Mereka menggunakan kekuatan balada mereka yang sudah pasti tetapi untuk pendengar yang mahu mencari variasi, pasti tidak terjumpa.
Berbanding dengan band yang lebih senior dari seberang, kekuatan Geisha banyak tertumpu kepada Momo dan bukan pada pemain muziknya. Saya harus mengakui, saya meminati produksi dan adunan instrumen dari seberang tetapi malang bagi album ini, ia diselubungi oleh bayang-bayang Momo.
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
No comments:
Post a Comment