Saturday, December 11, 2010
Ulasan: SCORPIONS Virgin Killer CD
Setelah dua album bersama Uli Jon Roth (In Trance dan Fly To The Rainbow), SCORPIONS mula menampakkan ciri-ciri SCORPIONS yang kita kenali sekarang. Elemen progresif dan psychedelic yang ditunjukkan oleh kedua-dua album sebelumnya (atau tiga, jika kita masukkan sekali album Lonesome Crow) telah ditransformasi kepada hard-rock tepat ke muka.
Dan kerana ini, SCORPIONS makin dikenali ramai. Ditambah lagi dengan kulit album yang kontroversi - gambar nude budak bawah umur, yang kena dengan tajuk. Namun, tajuknya tersirat maksud yang tidak seksual iaitu the death of innocence. Walaupun apa pun penafian yang dibuat, kulit album asalnya tetap mengundang kontroversi (yang disengajakan kerana selepas-selepas ini kulit album SCORPIONS memang seksual). Mengakibatkan kulit album ini diharamkan di US, UK dan banyak lagi negara. Kontroversi ini berlanjutan hingga sekarang. Kecuali di Jepun - satu-satunya tempat nak mendapatkan CD dengan kulit album asal ini (bersedia untuk membayar harga premium).
Peliknya, kulit album ini bukan kerja SCORPIONS, tetapi syarikat rakaman mereka.
Kulit album yang terpampang di sini adalah yang telah ditapis.
Kita letak isu kulit album ketepi dan ayuh bongkar isi kandungan CD ini. Menawarkan 9 buah lagu dengan 6 lagu rancak dan selebihnya slow rock. Seperti dua album sebelumnya, Uli Jon Roth turut menyumbangkan vokal utama untuk 2 buah lagu, Hell-Cat dan Polar Nights.
Secara keseluruhan, album ini memang rocking. Sesuatu yang berterusan untuk beberapa dekad selepasnya - walaupun dengan tiadanya Uli Jon Roth. Dan ini juga menjadi sebab mengapa Uli Jon Roth keluar akhirnya kerana tidak bersetuju dengan hala tuju SCORPIONS yang straight-forward.
1. "Pictured Life" (Meine, Roth, Schenker) – 3:21
Saya teringat suatu masa dahulu ketika jukebox merupakan satu mesin penarik pelanggan di kedai-kedai makanan. Masukkan 20 sen dan pilih lagu dari puluhan 7" yang ada di dalam jukebox tersebut. Lagu Pictured Life ini merupakan lagu kegemaran saya. 20 sen dari mak dan terus mencari lagu ini. Mudah saja kenapa - jeritan gitar intro Uli yang begitu menggemuruhkan jantung ketika itu - bunyinya sungguh luarbiasa pada pendengaran kanak-kanak umur 8 tahun ketika itu. Ditambah dengan korus - Into the ROCK! yang menaikkan semangat. Lagu perfect untuk merimaskan telinga pelanggan restoran lain ketika itu hahaha - 10/10
2. "Catch Your Train" (Meine, Schenker) – 3:32
Seolah-olah tidak puas dengan kepanasan yang dimulakan oleh Pictured Life, kehangatan diteruskan dengan lagu Catch Your Train. Dengan mudah kita dapat memahami kenapa suara Meine pada ketika itu ditiru oleh ramai rockers pada ketika itu. Suaranya tinggi tetapi dengan kekerasan yang diagungkan oleh ramai wannabees - sesuatu yang selalu dicuba tetapi jarang sekali berjaya. Solo gitar Uli berulitan di merata tempat dan seperti biasa ia dinotakan dengan baik sekali tanpa melupakan intonasi dan keberkesanannya di dalam lagu. Lagu ini tidak pernah menghampakan mereka yang mendengarnya pertama kali atau kali ke 3462 kali. 10/10
3. "In Your Park" (Meine, Schenker) – 3:39
Trademark balada slow rock SCORPIONS yang kita kenali sekarang, pada pendapat saya, bermula dengan lagu ini. Ini adalah lagu balada seperti yang kita kenali dalam album Lovedrive, Animal Magnetism dan Blackout. Elemen psychedelic dan progresif yang diterajui oleh Uli - seolah-olah dihapuskan sama sekali. Yang tinggal cuma gitar solo beliau yang ekslusif itu. Dan liriknya - I want to walk in your park, coz I'm alone - I want to walk in your heart, where are you I don't know - memang bestest. Tujukan kepada sesiapa saja, pasti beliau akan jatuh cinta. 10/10
4. "Backstage Queen" (Meine, Schenker) – 3:10
SCORPIONS moden di sini tetapi saya dapat merasakan sedikit kekacauan - oleh Uli. Tambahan gitar yang diadun di atas riffs utama saya rasa semuanya idea Uli. Beliau masih mahukan elemen psychedelic itu tetap ada dan tidak hilang terus. Ini menghasilkan satu lagu yang agak mengelirukan dan out-of-place dalam album ini. Mungkin lagu filler yang tidak disengajakan. 7/10
5. "Virgin Killer" (Roth) – 3:41
Apabila Uli (Roth) mengambil kredit keseluruhan untuk sesebuah lagu dalam album SCORPIONS, kita boleh mengagak bagaimana bunyinya. Cuma dalam lagu ini, saya merasakan Uli merasa tertekan dengan hala tuju baru yang ditunjukkan oleh bandmates mereka yang lain maka beliau pun mula mencipta lagu yang hard-rock secara lurus. Sudah tentunya, riffs utama yang dicipta tentulah bukan sesuatu yang kita selalu bayangkan untuk band hard-rock; dengan running single string merata-rata, bukan tipikal power chord. Ah... tak kira berapa kali kita mencuba nak menjerit korus You're a demon... pasti kita akan gagal dan bertambah kita tabik kepada keupayaan vokal Meine. 8/10
6. "Hell Cat" (Roth) – 2:54
Berbeza dengan lagu Virgin Killer, kali ini Uli mengawal secara keseluruhan termasuklah vokal-Hendrix beliau. Satu-satunya lagu yang mengekalkan stamping Uli secara totaliti. Suara mengada-ngada beliau dikekalkan dengan lirik yang merapu. Kerangka lagu ini kompleks dari segi susunannya. Setiap instrumen berfikir sendiri dan bergabung untuk menghasilkan lagu ini berbanding dengan semua instrumen diarah dan digabungkan. Jadi kita akan mendapati, untuk produksi semula lagu ini (semasa sesi jamming) - ia menjadi satu KPI yang agak sukar untuk dilaksanakan. Sebab itu lagu ni pendek? 9/10
7. "Crying Days" (Meine, Schenker) – 4:36
Lagu balada rock dengan pengaruh klasikal. Bunyinya seperti lagu di abad ke 18 tetapi dengan update di tahun 1970an. Yang membuatkan saya terfikir - kita sebenarnya cuma membuat update kepada sesuatu yang telah dibuat lama dahulu. Apapun, solo gitar Uli menangis di beberapa tempat di dalam lagu ini. Mendayu-dayu. Hebat sungguh Uli dalam projection perasaan beliau ke dalam nota-nota yang diterjemahkan oleh gitar beliau. 9/10
8. "Polar Nights" (Roth) – 5:04
Samada anda gitaris baru mula atau gitaris nak pencen, anda semua harus bersetuju dengan saya. Solo mula oleh Uli Jon Roth - mengambil kira tahun berapa lagu ini dirakamkan - adalah antara solo gitar yang paling melelehkan air liur. Camana la dia boleh buat begitu dengan whammy barnya pada tahun 1977? Dan solo-solo beliau di merata tempat dalam lagu ini adalah klasik! Sukar nak diterjemahkan di dalam kata-kata. Anda perlu menelitinya sendiri. 10/10
9. "Yellow Raven" (Roth) – 4:58
Crying Days dengan pengaruh klasikal 10 kali ganda. Kenapa? Kerana Uli (Roth) mengawal keseluruhannya. Apabila selesai lagu ini, kita sudah boleh menterjemah sebab Uli akhirnya keluar dari SCORPIONS. Kiasannya sudah terpapar di dalam album ini. Yellow Raven adalah lagu yang mendayu-dayu ditambah dengan tangisan gitar Uli, menambahkan kesyahduan. Suara Meine pun hahaha memang ikut konsep. Lembut semacam. 9/10
Sedih lak Scorpions nanti dah takde.harap2 once in awhile dorang reunion sekali2
ReplyDeletesemua album dorang zaman roth aku suka...memang best!
ReplyDeletenak tanya, lepas uli roth keluar dr scorpions, dia join band mana?
ReplyDeletedia buat band baru nama Electric Sun
ReplyDeleteyeah! cover album ni memang tak patut dan ilang akal!
ReplyDeleteuli jon roth dengan fendernya memang megiurkan!