Monday, December 13, 2010

Ulasan: d'MASIV Perjalanan CD

Gerombolan artis Indonesia dalam bentuk band pop yang telah melambak di pasaran tempatan pada satu pihak, disukai. Formulanya sama. Balada bermelodi. Vokal kemalasan dan sebutan perkataan yang menyelerakan. Bisa dan kapan, hanya sedap disebut oleh orang seberang.

Pada satu pihak yang lain, ini dilihat sebagai satu lambakan yang menyesakkan nafas. Sama seperti dua puluh tahun yang lampau. Search dan Wings bersama Battle of The Bands mula mencorakkan paten muzik tempatan. Kemudian lambakan berlaku. Secara peribadi ini menyebabkan saya mengalihkan pandangan terus dan tidak mahu terlibat pada masa itu.

Jadi di manakah letaknya d'Masiv.

Bab kata seorang blogger, mereka menghadapi risiko menjadi one-album-wonder. Namun akhirnya, album ini dipuji.

Saya tidak bersama beliau. Lenggok suara si vokalis, telah dikopi ratusan kali. Untuk itu, saya memilih yang original. Padi.

Muziknya juga seperti pernah didengar sebelum ini. Sekadar untuk lapik di telinga, sudah tentu tidak menjadi masalah. Untuk pendengar yang mencari sesuatu kelainan dari lambakan yang ada, sudah pasti album ini menyesakkan dada.

Siapa sanggup mendengar 14 buah lagu dengan formula yang sama, dipersilakan.



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

4 comments:

  1. honest assessment. Pass ni tobat diorg tak mintak kau komen dah!
    Mana bisa sebegini dong?

    ReplyDelete
  2. mangkuk,

    Ini namanya honest rebiu.

    ReplyDelete
  3. x payah kot rebiu band2 mcm ni abg ben,konklusinya tetap sama...

    ReplyDelete
  4. waste,

    CD diberi oleh Universal UNTUK direbiu.

    ReplyDelete