Thursday, November 04, 2010

Perancangan perjalanan IRON MAIDEN Singapore 15/2/2011


Tak lama lagi pembelian tiket akan dibuka. Untuk official fan club macam aku, kaunter dibuka sehari sebelum dibuka kepada orang ramai iaitu 8/11/2010. Members hanya boleh beli 4 tiket je.

-----------------
Plan awal trip Ipoh-Singapore begini:

14/2/2011 (Isnin) lepas ofis hour bertolak ke JB dan sampai ke tempat penginapan lewat malam. Rehat.
Penginapan boleh jadi rumah homestay atau bajet hotel.

15/2/2011 (Selasa) selepas cukup rehat, boleh masuk Singapore awal naik pengangkutan awam. Ikut pengalaman, memang dari 5-6jam sebelum show dah penuh orang beratur nak dapatkan tempat paling depan.

Malam selepas show, kembali ke JB.

16/2/2011 (Rabu) kembali ke Ipoh.

Jadi, kena ambil cuti 2 hari (Selasa + Rabu).
-----------------------

Kuota tiket cuma ada 4. Satu untuk aku, belen 3 tiket lagi yang aku reserve pada mereka dari sekitar Ipoh SAJA! So senang nak naik sat kereta.

Kereta no problem, boleh naik Grand Livina aku je. Cuma, of course kena tong-tong duit minyak, tol etc.

Bajet?

1. Tiket seperti di bawah (dalam Singaporean dollar):

Prices:
Pen A - $178*
Pen B - $148*
Terrace Side - $148*
Terrace Back - $128*
Terrace Corner - $98*

*$3 booking fee applies

Aku cadangkan beli yang $178 untuk tempat dan view yang cantik hadapan stage. Alang-alang dah beli, kan?

2. Homestay - kalau dapat rumah 3 bilik dalam RM250 semalam (bahagi 4)
3. Tol - RM200 (bahagi 4)
4. Minyak - RM150 (bahagi 4)

Sesiapa yang menetap di Ipoh dan berhajat nak sertai aku, sila email *thebentara*@*gmail.*com (buang *) dengan segera. Bayaran tiket adalah secara advance. Once tiket diumumkan untuk jualan berserta dengan harga, SILA masukkan duit dalam akaun aku (akan diberitahu kemudian).

Aku hanya melayan mereka yang betul-betul nak pergi, bukan yang masih teragak-agak dan was-was atau bajet tak berapa nak cukup. Sori, ini show aku jangka tiket habis sekelip mata sebab bukan saja peminat Singapore je yang pergi, bahkan Malaysia dan dari negara luar.

12 comments:

  1. abe beng!den cilok poster tu yo nk lotak kek blog.tqvm!

    ReplyDelete
  2. aku "mungkin" join geng2 manggas...

    ReplyDelete
  3. safe travel abg ben!! \m/

    ReplyDelete
  4. kalau dapat tiket...aku join dari jb arr..

    ReplyDelete
  5. urusan passport tau tak cmna??

    ReplyDelete
  6. Nizam,

    Silakan. Bukan aku punya pun.

    --------
    Ijau,

    Kita jumpa di Spore!

    --------
    Nerzhul,

    Thanks!

    --------
    berteromber,

    ceh dok JB pun masih was-was!

    ----------
    Kaboi,

    Apply passport antarabangsa. Sehari boleh siap. Harga RM300 kalau tak salah.

    ReplyDelete
  7. info tambahan:
    paspot antarabangsa yg rm300 tu valid 5 tahun, nak yg murah rm100 valid 2 tahun... siap dlm masa 2 jam!

    apa lagi?

    aku ada paspot, tp limited pi brunei je, next month nak upgrade pi antarabangsa

    ReplyDelete
  8. adoiii. time pokai ni lah depa nk mai pun. kena berusaha keras dapatkan tiket ni.

    ReplyDelete
  9. adoiii. time pokai ni lah depa nk mai pun. kena berusaha keras dapatkan tiket ni.

    ReplyDelete
  10. fuyoo... dasat rege dia... dulu aku tgk (tp tahun 80an la) tiket dia cuma USD14 jer... tp klu aku kat Msia ni... silap2 pi cabut tgk gak ni..

    Maiden rock!!!
    ..The Loneliness Of The Long
    Distance Runner..

    ReplyDelete
  11. labu,

    tulis la pengalaman Tuan tengok Iron Maiden tu untuk bacaan ramai. Sharing is caring. KRENMAUT sedia menyiarkannya.

    Lagu The Loneliness Of The Long Distance Runner tu tak pernah dimainkan live!

    ReplyDelete
  12. ok... aku tgk 2 jer concert Maiden waktu study dulu.. World Piece Tour @ Lincoln & Somewhere On Tour @ Omaha. Dlm dua2 concert ni ada lagu berhantu Maiden cam Phantom of the Opera, Hallowed Be Thy Name, Iron Maiden, The Number Of The Beast & Run To The Hills. Mmmg layan habis.. Bruce ngan Steve Harris mmg ligat atas stage.. cam x penat je..

    Dekat nak habis.. Eddie pun keluar.. bawak pistol lagi fuhhh...

    Ok.. tgh keje.. de masa citer lagi.. tapi mmg berbaloi.. syok layan Adrian & Dave punya gitar time tu..

    The Loneliness Of The Long Distance Runner pernah di mainkan sekali live di Belgrade waktu Somewhere On Tour.. aku slalu letak bila komen pasal Maiden ni... one of my fav. song..

    ReplyDelete