Setelah 10 album dengan lagu-lagu yang menggegarkan stadium dan arena dengan puluhan ribu penonton, album ke 11 ini sudah tentu sekadar meneruskan perjalanan yang telah diturap sepenuh jalannya. Ini adalah album yang tidak menjanjikan apa-apa kejutan dan itulah yang diharapkan oleh majoriti peminatnya. Pengkritik juga tidak perlu mencari-cari elemen kejutan, kerana, sejak bila BON JOVI ada memberikan kejutan selepas album Slippery When Wet?
Kemungkinan besar, album ini akan menghasilkan peminat baru. Kerana apa? Album ini mempunyai semua kriteria wajib sebagai album hits. Lagu pertamanya saja, We Weren't Born To Follow (yang juga merupakan single) sudah cukup untuk tapak kaki menepuk lantai dan mulut kumat kamit cuba mengikuti bait liriknya.
Work For The Working Woman ada vibe Livin' On A Prayer terutama mulaan bass di awal lagu sedangkan When We Are Beautiful sebuah lagu balada dengan pautan gitar mengingatkan kita kepada album dari U2. Lagu Bullet lebih moden walaupun mempunyai cop mohor Bon Jovi di keseluruhan lagu.
Lagu balada tipikal Bon Jovi boleh didengari dari lagu Live Before You Die dan Learn to Love namun tidak melekat di kepala..
Solo gitar Ritchie Sambora memang bestest. Melodi, bluesy dan ada feel melekat pada setiap petikan solo beliau.
Selain dari itu, kita dihidangkan dengan muzik AOR dan rock radio yang sesuainya apabila kita memandu dalam jarak jauh. Andai memandu di dalam kesesakan jalanraya, mungkin anda patut dengar album Slayer ataupun Megadeth.
The Circle mengesahkan kepada kita bahawa BON JOVI adan BON JOVI, tidak mungkin akan menjadi eksperimental mahupun satu band baru yang tidak kita kenali. Andai jika kita berada di dalam lubang yang sama, mengapa perlu menukar yang sudah sedia tertanam emas tersebut?
1. "We Weren't Born to Follow" Jon Bon Jovi, Richie Sambora 4:03
2. "When We Were Beautiful" Bon Jovi, Sambora, Billy Falcon 5:18
3. "Work for the Working Man" Bon Jovi, Sambora, Darrell Brown 4:04
4. "Superman Tonight" Bon Jovi, Sambora, Falcon 5:12
5. "Bullet" Bon Jovi, Sambora 3:50
6. "Thorn in My Side" Bon Jovi, Sambora 4:05
7. "Live Before You Die" Bon Jovi, Sambora 4:17
8. "Brokenpromiseland" Bon Jovi, Sambora, John Shanks, Desmond Child 4:57
9. "Love's the Only Rule" Bon Jovi, Sambora, Falcon 4:38
10. "Fast Cars" Bon Jovi, Sambora, Child 3:16
11. "Happy Now" Bon Jovi, Sambora, Child 4:21
12. "Learn to Love" Bon Jovi, Sambora, Child 4:39
2010 Special Edition Bonus Tracks
13. "We Weren't Born to Follow" (Live) Bon Jovi, Sambora 4:02
14. "When We Were Beautiful" (Live) Bon Jovi, Sambora, Falcon 5:21
15. "Superman Tonight" (Live) Bon Jovi, Sambora, Falcon 5:24
16. "Love's the Only Rule" (Live) Bon Jovi, Sambora, Falcon 8:59
tanpa bass gitar? Hehehe...
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
Bon Jovi ada slack sikit last album, tapi ni album ada lagu peberet gua yang baru,
ReplyDeleteSuperman Tonite
best.