Thursday, November 04, 2010

Ulasan: Gig Rock Terus Rock



ROCK TERUS ROCK

ONE CAFE
30/10/2010
9 PM - 12.30 AM (On flyers 7.00 pm onwards)

BAND : FIRASAH,PINK ACID,SHEWOLVES,ROSLI MOHALIM featuring IZATY,FATZLANE,MUS (MAY).

Cuma ada satu sebab sahaja kenapa aku pergi gig ini.ROSLI MOHALIM.Aku masih lagi belum berpeluang tengok beliau perform live sama ada bersama SWEET CHARITY atau pun secara solo.Sebenarnya pada mulanya aku agak berbelah bagi untuk pergi gig ini kerana keesokkan harinya aku kena bangun seawal pagi untuk balik kampung,tapi kerana excited aku untuk melihat aura ROSLI MOHALIM,aku gagahi jua untuk pergi.Aku sampai di One Cafe jam 7.30pm dan masih lagi soundcheck,so aku pergilah menunaikan apa yang patut di tunaikan.Sebenarnya band-band yang bermain malam itu agak asing sebenarnya bagi aku,so reviewnya pun ala kadar sahaja.

FIRASAH memulakan persembahan malam itu dengan penuh gaya yang tersendiri dan fully confident.Band muda yang berbakat.Dengar-dengarnya baru sahaja merilis album.Tak banyak aku tahu pasal band ni.But there were really wild on stage!!!!.Nice perfomance.

PINK ACID mengambil alih pentas selepas itu dengan menampilkan aura GLAM ROCK STYLE ala AXL`S.Bergaya tapi bertenaga dan lincah persembahan mereka.Aku suka boot yang dia orang pakai.Sedondon satu band.Persembahan yang menarik.Cool.

SHEWOLVES.All girls rockers meneruskan sesi malam itu dengan memainkan beberapa buah lagu mereka sendiri juga beberapa lagu cover.ENIGMA dari WINGS dipersembahkan dengan jayanya walaupun kedengaran ke`kantoi`an drummer mereka.Begitu juga ketika lagu THE TROOPERS dari IRON MAIDEN di mainkan.Namun mereka tetap berjaya memukau crowd yang ada dengan persembahan mereka yang agresif.GIRLS POWER...!!!!

ROSLI MOHALIM menaiki stage berbekalkan Fender reverse headstock beliau di iringi oleh musician-musician yang muda-muda belaka lagi namun berbakat besar.Mendengarkan sound gitar Abang Rosli betul-betul menikam jiwa.Tanpa perlu menunjukkan skill speeding yang melampau,shredding yang laju tak ingat planet atau appregious yang menggila tapi mampu memberikan sesuatu `aura` yang pasti akan di ingati oleh crowd pada malam itu.















IZATY,penyanyi jemputan pertama Abang Rosli malam itu.Baru berumur 17 tahun dan berasal dari Pahang.Cantik pun cantik,suara pun sedap.Pakej lengkap untuk seorang penyanyi.Membawakan sebuah single terbaru yang ala-ala arabic (lupa tajuknya apa) dan sebuah single yang merupakan soundtrack untuk drama Roda-Roda Kotaraya berjudul Jangan Laju Laju.Showmanship yang menarik.

MUS MAY muncul selaku guest kedua meneruskan sesi malam itu.Bila otai bertemu otai jadi impak yang di berikan juga pastilah luar biasa.Alunan track dari SWEET CHARITY,BERITA GEMPA di susuli dengan cover dari DEEP PURPLE,HIGHWAY STAR benar-benar membuatkan crowd menggila...!!!.High range vokal dari MUS memang tak perlu dipertikaikan di sulami pula dengan `killer solo` dari Abang Rosli,tak perlu lagi aku nak komen apa-apa.TERBAIK!!!!

FATZLANE,penyanyi yang bersuara ala-ala RAMLI SARIP ini meneruskan set Abang Rosli pada malam itu.Sebelum itu Abang Rosli mempersembahkan sebuah instrumental cover dari ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE,JERITAN BATINKU (kalau tak silap aku).Sebuah persembahan yang penuh `soul` dari Abang Rosli.Seterusnya set diteruskan dengan track MUSIBAH (ah..haaaa....) yang menampilkan kekuatan vokal FATZLANE.Persembahan kemudian dihentikan untuk memberi laluan kepada upacara kuiz yang dimenangi oleh seorang jejaka tampan yang memenangi sebuah gitar custom made ala-ala Fender reverse headstock Abang Rosli.

Persembahan diteruskan malam itu dengan track popular KAMELIA yang membuat semua crowd sing-a-long dan di akhiri dengan satu lagi track rock cintan SWEET CHARITY,TERATAI yang turut membuatkan aku dan crowd yang lain menyanyi bersama dengan sepenuh perasaan.

Kesimpulannya,gig yang menarik,sound yang mantap,backlight yang menghidupkan stage pun nice.Thanks to HOTSOUND STUDIO selaku organizer.Memang aku puas hati sangat dengan gig ni.Yang aku suka sekali dapat minyak wangi free tajaan BIO AURA selaku penaja malam tu.Kehadiran pun boleh tahan juga.Cuma aku terkilan sebab baju gig dari MAYAT WEAR tak sempat nak beli sebab dah sold out!!!!

Apapun jumpa lagi di gig seterusnya..!!!!!!

Yours Truly:
En Hatta Durian

No comments:

Post a Comment