Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.
------------------------------------------------------------------
[18/30]
Rujukan dari Reader's Digest January 2008 (bagus RD ni, macam-macam tips dok ada. Lagi bagus bila beli kat garage sale, 10 sen je sebijik). Aku translate secara bebas (rojak).
PETUA BER-EMAIL
Email tu simple ke tak?
Kalau tak, ianya akan menyebabkan confusion dan membuang masa. Edit le sampai maksud tu sampai. Keyword: maksud. Kalau ringkas sampai tak paham pun tak guna juga.
Efektif ke tak?
Sori bahasa tinggi-tinggi sikit. Kalau hantar kat orang penting, especially the 1st email pastikan apa yang ditulis tu efektif sebab kemungkinan besar inilah satu-satunya peluang untuk meyakinkan dia. Fakirfikir dah terkena dah tu. Hantar email kat VIP tapi tak dapat reply.
Perlu ke email tu?
Kita selalu buang masa dengan menghantar email yang tak perlu. Sebelum hantar, tanya diri sendiri, apa akan jadi kalau aku hantar email ni? Kalau jawapannya, "tak jadi apa-apa". Maksudnya email tu tak perlu hantar.
Nak sesuatu itu terlaksana ke?
Kalau nak email tu (perintah ke, arahan ke) terlaksana, pastikan ada follow-up. Kalau tak, sia-sia je la. Soal diri sendiri, nak benda tu terlaksana ke atau saja-saja nak tunjuk bagus?
ETIKA BER-EMAIL
Jangan tulis huruf besar
Itu difahami secara umum sebagai menjerit.
Jangan hantar email yang emosi.
Kalau rasa tak berani nak cakap depan muka orang tu, jangan hantar.
Jangan email benda rahsia.
Takut jatuh ke tangan orang lain. Hantar surat ke, cakap depan-depan ke, telefon ke...
Tajuk email mesti tepat
Ada kemungkinan email dengan tajuk yang penerima tak paham, tak akan dibuka dan dibuang terus. Nampak macam spam email.
Jawap kat atas, bukan kat bawah
Sakit hati bila kena scroll down email tu nak baca reply.
Guna tulisan warna hitam dan saiz 12.
Senang ditulis dan senang dibaca. Jangan hantar email warna-warni macam budak sekolah rendah. Siap ada signature dengan gambar bunga atau muka teddy bear... huhuhu..
p/s: Petua email tu macam tulis tesis gak!
aok, kamek setuju penemu nuan...
ReplyDeletekdg2 sakit hati jugak tgk staf2 baru guna emel jbtn/rasmi utk fwd emel2 yg masuk dlm kategori 'buang masa' klu rasa nak share pun gunala emel personal
yg bab etika tu sebijik mcm dlm pekeliling jtbtn hahaha!
Ini lagi satu, make your email in small chunk. Gua berangin betul kalau dapat email panjang berjela tanpa perenggan macam esei.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTips itu sungguh bermunafaat!
nenek suka!
thanks for sharing bro
ReplyDelete