Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.
------------------------------------------------------------------
[17/30]
Lanjutan dari Aku dan rokok Part 1.
Tahun pertama aku di UTM, memang selekeh la bab rokok ni. Kadang-kadang sekotak sehari. Bernafas pun selalu sangkut. Masa kecil dulu aku ada asthma tapi hilang lepas akil baligh. Efeknya masih ada kot? Walaupun takde la semput macam asthma tapi memang tak selesa le.
Tiba-tiba sekali tu datang satu bisikan. "Berhenti merokok!" Aku pun pikir. Boleh ke? Ke tak boleh? Sedang fikiran dilamun dengan persoalan boleh atau tak boleh, aku kata, AKU BOLEH! Aku kuat dan aku boleh lawan ketagihan ini.
Apa la susah sangat nak berhenti merokok ni, kata hatiku. You can do it, so just do it! Yessss... you can do it!!!
So dengan berbekalkan semata-mata gerak hatiku, aku declare kat kawan-kawan merokok, "Start hari ni, aku berhenti merokok!"
Aku pandang muka-muka mereka. Ada yang terkebil-kebil matanya. Ada yang melopong. Ada yang menggigit jari. Ada yang lari ketakutan. Ada yang berguling-guling gelak. Ada yang nak lompat keluar dari asrama (OK... OK... aku exaggerate sikit untuk menspicekan entry ni).
"Jangan tegur-tegur... sapa nak kena terajang, tegur le..." sambungku lagi. Yang betulnya, kalau aku kena terajang le nanti heheheh... eksen.
Jadi bermulalah hari pertama aku tanpa rokok. Aku declare kat awek (bini aku sekarang) dan beberapa awek tak jadi. Semua rasa bersyukur dan berharap aku jadi suami mereka (lagi exaggeration).
Aku juga declare kat mat-mat Metal Ipoh masa tu. Beberapa orang pun declare berhenti merokok on the spot. Yang aku ingat, Adik Necrotic Chaos, Mohsin Profane Creation, Roslee Hayagriva. Malangnya, tak kekal. Setakat hangat-hangat tahi ayam je (sekarang tak tau le pulak - ni cerita belasan tahun dulu!).
Aku membawa sebuah gelombang. Gelombang berhenti merokok!
Yang aku ingat, 2 minggu pertama tu memang sakit jiwa. Menahan ketagihan. Apa taknya, waktu-waktu asas untuk merokok yang kritikal - selepas makan, ketika berak dan ketika lepak-lepak tu aku hanya menganga. Kosong. Hampeh. Rasa macam takde makna hidup.
Tapi aku tetapkan hati juga. Dan 2 minggu pertama yang paling kritikal itu aku dapat melepaskan diri dari hisap walau senafas rokok! Dasat! Magnificent!
Kesimpulannya, aku berhenti merokok semata-mata atas semangat jati diri (cewah!). Aku cabar diri sendiri yang aku boleh berhenti merokok. I can do it. Gitu la lebih kurang. Sori la cerita tak berapa best heheheh...
Jadi untuk mereka yang ada hati, berazam, iltizam, cita-cita mahu berhenti merokok. KATAKAN PADA DIRI ANDA...
I CAN DO IT!!!
(tak perlu jumpa dan minta nasihat ahli psikologi, sebab kena psiko 40 hari 40 malam pun tak jalan kalau dah hati tak betul-betul mahu - bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih)
masa aku mula berenti merokok.. mmg kuat jugak cabarannya.. hahahahaha tapi dlm hal ni sebenarnya hati tu kena kuat.. tu jer...
ReplyDeleteklu berenti secara mendadak ofkosla sakit (mmg menggigil)... aku dulu berenti berperingkat2, mulakan dgn sehari non-smoking day dlm seminggu. the rest will be history in the making
ReplyDeletedulu mase aku kekecik pon ade sempot.. aku isap rokok dr form 2... nakal siot aku... mase form 4 aku benti jap.. sebulan lebih jerk.. aritu aku ade benti... tp bile member asyik hulor jerk... kantul siot... nih ngah nak benti balik... serius ler.. memang kene benti... untuk kesihatan diri dan keluarge...
ReplyDeleteharap aku dpt benti terus..
susah wo...
ReplyDeleteooo masa tu ko duk Kg.Meranti.. merokok adalah legal sebab dah atas 18.. anyway mmg kita kena dengar bisikan.. jgn skizo dah ler
ReplyDeleteok..hari ni benti isap rokok!
ReplyDeletetahniah enche bentara cikgu, gua pun dah quit smoking. gua pun guna method yang sama..iaitu azam + doa. memang susah, tapi alhamdulillah..makbul..
ReplyDeleteaku xpnh isap rokok. so xdek can r aku nk declare kat awek2 yg aku nk berenti merokok.
ReplyDeletecis
kalau la semangat teman sekuat mike abg ben !
ReplyDeletewakakaka .. bile le teman nak beghenti isap ghokok niiii
Aslmkm..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
tahniah berjaya berenti..
bersabar tekan nafsu nak tinggalkn apa yang Allah tak suka tapi nafsu kita suka memang mujahadah..
teringat kisah sorang kawan ritu, masa dia nak berenti rokok dia nazar.. kalo dia hisap lagi rokok dia nazar dia nak lumur kepala dia dengan tanah.. sempat la beberapa kali dia lumur kepala dengan tanah sebelum betul2 berjaya berenti.. macam2 cerita manusia ni..
hm..memang agak payah nak lawan apa yang nafsu kita suka..
sentiasalah mohon kat Allah..
moga Allah beri kita taufik untuk taat perintah Allah..
dan mohon Allah beri kita taufik untuk kita tinggalkan apa yang Allah tak suka..
yang dah berhenti merokok,
ReplyDeletekita kena buat reunion!
-----------------
yang belum berhenti merokok,
ANDA BOLEH!
-----------------
ihsan + yang tak pernah merokok,
kesian takde awek nak berbangga denganmu hehehe...
waa... mmmg semangat waja betullah.. x ramai yang tetiba je nak berhenti tanpa kenaikan rege rokok...
ReplyDelete