Friday, November 13, 2009

Bersangka baik terhadap Allah s.w.t.

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[19/30]
Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying that Allah, the Exalted and Glorious, thus stated: I am near to the thought of My servant as he thinks about Me, and I am with him as he remembers Me. And if he remembers Me in his heart, I also remember him in My Heart, and if he remembers Me in assembly I remember him in assembly, better than his (remembrance), and if he draws near Me by the span of a palm, I draw near him by the cubit, and if he draws near Me by the cubit I draw near him by the space (covered by) two hands. And if he walks towards Me, I rush towards him. (Sahih Muslim: Book 035, Number 6471)
terjemahannya,
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
Sangatlah relevan hadith ini dalam keadaan kita yang penuh dengan pancaroba ini. Depan belakang kiri kanan kita ditekan dengan pelbagai hal. Masalah pun macam-macam. Orang yang takde masalah pun sebenarnya bermasalah.

Yang sebenarnya kita selalu dipermainkan oleh perasaan. Ingat kembali kisah dulu, sewaktu kita susah seolah-olah tiada harapan untuk penyelesaian. Bila ianya telah selesai, apa yang terjadi dengan kisah tersebut. Ianya sekadar menjadi satu nostalgia yang kadang-kadang kita tersenyum sendiri apabila memikirkannya.

Kadang-kadang kita rasa kitalah manusia paling malang sekali dalam dunia. Benarkah begitu? Apa benchmark yang mengatakan kita manusia paling malang dalam dunia? Kalau kita berjalan cukup satu taman perumahan kita pun, kita akan jumpa manusia yang ujiannya lebih besar dari kita, inikan pula kita nak declare pada dunia yang kita adalah manusia paling malang?

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman)

Bagi yang tabah, setiap cabaran itu dapat diatasi. Namun tidak bermakna selama-lamanya mereka tabah. Ada kalanya, tatkala sudah sampai kepada limit, mereka akan mengaku kalah.

Ramai antara kita yang selalu bertanya, kenapa ini berlaku kepada diriku? Kenapa aku diuji sebegini teruk? Pelbagai jenis soalan bermain di kepala. Makin lama makin berat. Makin lama makin serabut dan seolah-olah takde jalan keluar. Kegelapan menyelubungi diri.

Yang kita selalu lupa ialah Allah s.w.t. sentiasa mengawasi kita. Setiap gerak-geri. Setiap bisikan hati.

Apabila kita sudah tau mengenai ini dan juga potongan hadith di atas, apa tindakan kita? Bersangka baiklah! Natijah hadith di atas tu sangat besar kesannya! Ia boleh membuatkan kita selama-lamanya berada di takuk lama ataupun mengubah diri kita kepada kehidupan yang lebih baik, insyaAllah kerana janji Allah s.w.t. itu benar,
Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi. (Al-Ghafir (40): 55)
Moga hadith qudsi di atas memberi sedikit sinar kepada kita.

5 comments:

  1. insaf kejap (-_-)
    skrg pun tgh diuji dgn masalah kewangan...

    ReplyDelete
  2. dah ada fanpage! hehehe

    berkaitan entry.
    memang kadang2 merasa orang yang paling malang. tq kerana mengingatkan

    ReplyDelete
  3. la yukalllifullahu nafsan illa wus'aha.

    ble r aku nk abes degree nih aaa

    ReplyDelete
  4. yap. janji Allah itu benar, dan Allah tidak memungkiri janji.

    ReplyDelete