Tuesday, November 10, 2009

ARCH ENEMY+SUFFOCATION Live In Adelaide 3/11/2009

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[16/30]

Oleh: Lutfie


Gig terakhir musim aku di Adelaide tahun ini.Kali ni pergi dengan kawan yang berminat dengan ARCH ENEMY.Antara highlight paling best gig ni adalah aku berpeluang jumpa ARCH ENEMY backstage.Menang dari masuk satu competition anjuran promoter yang bawak band tour Australia, suatu perkara yang aku tak sangka dapat walaupun participate secara suka-suka je.Tapi jumpa Michael Ammott ex-Carcass dan Angela Gossow(antara vocalist female paling famous in metal) memang peluang yang keemasan bagi aku. Ini second time aku tengok Michael Ammott perform di Adelaide sahaja, selepas menyaksi kan beliau perform dengan Carcass masa gig reunion mereka pada 2008.

Band opening show kali ni adalah TRUTH CORRODED.Band Death Metal Adelaide yang first time aku dengar.Not bad at all kalau nak banding kan Double Dragon yang asyik tak habis-habis kipas promoter nak main support.Cehhh. Mungkin trend band-band local yang support headlining band, sound setting kuat macam nak pecah. Dahlah main venue(Fowlers Live) yang shabby dan acoustic venue pun tak berapa nak ok(pengalaman dari first time pergi gig kat venue ni).

Mighty SUFFOCATION was next.Setting mereka dibuat oleh band sendiri. Nampaknya tak ada special treatment as rock star pada mereka (kalau nak banding dgn ARCH ENEMY sendiri). Drummer Mike Smith pun setting buat sendiri untuk kit beliau. Siap semua setting, SUFFOCATION blast through the set NON-COMPROMISE BRUTALITY!! Apa yang korang expect from a legend of brutal death metal? Lepas 2 dekad pun main solid, padu, berat, padat. Aaarrghh!.Frank Mullen nampak ‘menyetan’ on vocal yang bagi aku antara band yang ada the best death metal vocal. Frank Mullen famous dgn gaya parang-memarang beliau. Pada aku nampak macam retarded tapi enjoyable indeed!!HAHAHA. Beliau amat galak berinteraksi dengan crowd, berseloroh dalam accent US. NO ROCK STAR sense at all!. Cakap banyak benda mengarut-ngarut(benda-benda gore+death+crime) yang bagi aku reflect SUFFOCATION as a true death metal band. Moshing masa set SUFFOCATION memang best dan ganas. Sempat aku merasa sekali harung moshing tapi tak larat bila stuck in the middle.hahah. Derek Boyer (bassist) bergaya extreme bermain bass BC rich beliau sambil occasionally cecah lantai ala-ala Thor hentak lantai untuk memusnahkan opponent. Especially part-part slam dan breakdown. VERY IMPRESSIVE.

Sesekali aku pindah spot untuk tengok Terance Hobbs main gitar shape brutal beliau. Ini band agak multicolour; dengan adanya Mike Smith dan Hobbs (orang kulit hitam). Macam biasa drummer antara performer yang aku sangat suka observe. Mike Smith inargueably bestial drummer!. Blastbeat memang ori tak dak trigger-trigger punya, breakdown, slam, dan techy pauses in between riffs were just on time.Tak ada pulak aku tgk dia main pakai click track or whatever. Fuhh tak tahu nak cakap macam mana lagi, kalau lu orang jadi gua sure tenganga tengok. Downfall of SUFFOCATION set was aku terpaksa pullout untuk even meet and greet bersama ARCH ENEMY which caused me to miss about 3 songs. Duhhh. Overall, aku rasa KRISIUN + DAWN OF AZAZEL punya show last April was second sickest and brutal-est death metal show I have ever been to.

Setlist SUFFOCATION:

1. Blood Oath
2. Habitual Infamy
3. Abomination Reborn
4. Cataclysmic Purification
5. Brood of Hatred
6. Liege of Inveracity
7. Bind Torture Kill
8. Come Hell or High
9. Pierced From Within
10. Infecting the Crypts

Sumber: AdelaideMetal.com
]

Sampai masa jumpa personally dengan ARCH ENEMY, band yang aku pernah minat masa muda-muda dulu.Alah zaman-zaman baru kenal internet dan downloading. Honestly, aku hanya tahu Nemesis, Dead Eyes See No Future, Ravenous dan We Will Rise je dari meraka ni. They are good at what they do, maybe stail melodic dan musician-wise mereka bukan taste aku sangat. Mengenangkan Mike Ammott, Angela Gossow dan Daniel Erlandsson adalah individu yang aku paling familiar dengan ARCH ENEMY, aku sangat excited. Bila mula-mula jumpa dan shake hands dengan the members of the band memang rasa nervous tapi lama-lama rasa ok sebab the whole band were friendly. Dapat borak dengan Daniel(Drummer) yang aku tanya pasal macam mana perjalanan tour so far, that was my second time seeing him playing(tahun lepas jadi sessionist drummer untuk Carcass) dan mintak signature beliau.

Lepas diserbu budak-budak lain, aku beralih pada Encik Ammott. Seorang yang friendly, aku dapat tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan band lain beliau.hahaha. Antara nya macam mana tour dengan Carcass sekarang, dan apa member Carcass (Jeff Walker) buat sekarang. “I actually just got an email from him this morning asking me about how the tour has been and he told me about he is being busy repairing his old 4wd truck”, itu antara perkara yang aku paling ingat berborak dengan beliau. Aku sempat inform beliau that was my second time seeing himself after last year with Carcass dan bertanya khabar Ken Owen. Ammott cakap Ken is getting better and the Carcass will still be with him. Jawapan yang pelik tapi aku Cuma cari point ajak borak, apa kesah? haha.

Dengan kak Angela aku sempat berborak tanya tips tahan stamina untuk suara. Haha. Bukan suka menyanyi tapi saja tegur. Tak banyak cerita macam Mike Ammott, cuma dia cakap dia tak minum air sejuk dan makan makanan berlemak sangat (she is a vegetarian anyway). Angela Gossow ni gadis genit yang kecil dan rendah tahap bahu aku je. Cantik jelita tak payah kira lah, tapi friendliness beliau memang dihargai. Dapat lah ambik gambar ‘shake’ satu dan sain pada poster dan cd booklet. Band member yang lain (Sharless-bassist, dan adik Ammott, Chris) aku hanya sempat minta sain dan tanya khabar lepas tour di Perth dan Jakarta. Jangka masa 10 minit sangat sekejap untuk sesi ‘meet and greet’ tu tapi aku berpuas hati dapat spend of the time talking to a founder member of Carcass and among the top female metal vocalists.

Sempat keluar sebelum SUFFOCATION main lagu kedua terakhir. Sempat moshing last chance dan ‘pass’ tangan dengan Frank Mullen sebelum mereka tamatkan set. Tak ada encore, aku agak kecewa Tapi dalam layan 6 lagu pertama mungkin sudah cukup BRUTAL!!.

Selang 15 minit Arch Enemy masuk memulakan set. Seperti yang aku mention tadi, aku hanya tahu Nemesis, Dead Eyes See No Future, We will Rise dan Ravenous. Itu je la yang aku tunggu-tunggu untuk sing along part chorusnya. Masa lagu-lagu lain aku layan tengok showmanship every member of the band. Angela Gossow top dengan performance vocal yang bagi aku hebat as a female frontman. Ada beberapa lagu yang agak spoil mood nya sebab banyak impromptu growl/high pitch scream. Tapi kegagahan Angela membawa set yang panjang (sejam setengah) memang aku kagumi. Tom Araya pun kalah beb (Sarcasm for you SLAYER!).

Antara lain yang aku saksikan masa set ARCH ENEMY adalah Mike Ammott. Aku bukan pandai main gitar tapi bila masa goring-goreng tu aku layan tengok especially masa duel solo dengan Chris tak pun kungfu bergitar dengan bassist Sharlee.Hahahah. Aku somehow rasa stage venue sangat kecik untuk band yang perform sebab memang nampak terhad pergerakan band members sampai terpaksa mengelak-ngelak kalau nak bersilat lebih sikit. Antara highlight lain, ada drum solo dan gitar solo daro each of the respected players. Gitar solo aku tak tau nak komen, tapi memang best. Drum solo best tapi Daniel tak buat blast beat which made me conclude it was a mediocre drum solo. Apart from that the background track yang Daniel strike pretty much on time,aku rasa agak mantap sebab tak pernah pulak tengok drum solo live yang ikut back ground track.

Lagu feveret ‘Nemesis’ dimain kan sebagai encore, coupled with a song that I don’t know.hahaha. At the end of the show, aku dapat pick dari bahagian Mike Ammott(seperti dalam gambar). AT LAST!, show ni bagi peluang untuk aku grab something from the artist.hahaha.It was a solid show by Arch Enemy nevertheless, looking forward to seeing them next time. Maybe tengok support sapa pulak kot?. All in all, it was a great night of metal.

3 comments:

  1. awat ambil gambar kawan saja. gambar tuan p8nya blog possing takdak ka?

    Untuk ARCH ENEMY, gua paling suka NEMESIS.

    ReplyDelete
  2. gitar dean sig ammott tu mcm xbest je headstock...

    ReplyDelete
  3. aku minat ARCH ENEMY ni dulu, kalau ada record part solo gitar Mike Ammott baguih jugak dpt tengok..hehehe. youtube ada tp yg lama la

    ReplyDelete