Wednesday, October 28, 2009

Kenduri 10th Anniversary

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[3/30]

Happy Anniversary to me + wife!!! Dah 10 tahun dah. Tak sangka begitu pantas masa berlalu. 22 Oktober, 10 tahun yang lepas kami diijabkabulkan dengan sah! Aku akad 2 kali. Yang pertama kali Tok Kadi tak puashati.

Takde candlelight dinner. Takde hadiah mahal-mahal. Yang ada, a big chunk of cow's meat dan berplastik-plastik bihun dan mee. Modal untuk kenduri le. Actually, hi tea sebab jemputan dari 4pm-7pm.


Sebelum hadirin sampai. Jenuhlah aku menyuruh anak-anak aku tolong kemas laman rumah tu. Penuh dengan benda main diorang (sekali dengan sampah sampingan diorang)

Dah sampai. Kerusi kosong tu bukan pasal ramai tak datang. Diorang buat port kat belah satu lagi. Tu yang pakai cap hitam tu, Aliph Turkistani yang glamer tu la. Dia malu nak dongak kepala sebab nanti pecah rahsia dia Turkistani celup.

Port memancing/rokok. Diorang memang camtu. Suka buat port sendiri. Rumah aku tinggi sikit dari tanah so jadi macam bench pulak tepi tu. Sesuai la jadi meja. Bihun, mee, daging dan sup. Sedap wooo wife aku buat. Rugi aaa korang tak rasa.

Macam-macam golongan. Ada yang doktor (medical), engineer petroleum, student postgraduate dan juga suami terbiar. Jangan pandang rendah pada suami-suami terbiar ini kerana poket mereka penuh (kerja part-time). Aktiviti mingguan suami-suami terbiar ini ialah memancing, tengok racing car, main golf etc.

Golongan ibu-ibu dalam rumah. Walaupun mentari memancar dengan terik namun angin kuat dan sejuk. Tu yang ramai memeluk tubuh dan menikus.

-----------****--------------

(Sempena 10 tahun perkahwinan) - Rintihan asal dari FakirFikir.

Isteri,
Masih ingatkah lagi - aku pernah tuliskan berkoyan-koyan surat cinta. Aku simpan seguni, kau pun sama (hahahaha...). Kini sudah sepuluh tahun lamanya. Bukanlah rumahtangga kalau hidup ini tidak bercampur dengan manis, masam, pahit dan payau pengalaman. Bukanlah perkahwinan kalau hidup ini tidak ditimpa gelombang yang menyebabkan sesekali perahu bergoncang. Tapi, seperti biasa - kita tetap meneruskan pelayaran ini. Kita semua berada dalam satu perahu yang sama, di lautan luas kehidupan - menuju ke satu pulau yang sama - pulau kematian.

Isteri,
Terima kasih kerana 10 tahun ini menjadi teman berkongsi cerita. Moga-moga kita akan terus bercerita lagi. Seperti biasa - cerita hidup kita bukan satu filem. Ia bukan dongeng. Ia nyata. Ia tidak mampu kita jangkakan jalan ceritanya. Moga-moga kita tetap kuat, tabah dan kental menempuh kehidupan ini.

Isteri,
I love you so much walaupun mungkin kau tak menyedarinya (salahku jua kerana tak pandai nak meluahkannya). Semoga kita akan bersama untuk tahun ke 15, 20, 30, 50... Sesungguhnya kaulah pilihanku di syurga.

AMIN!

15 comments:

  1. wah mm

    hapi aniversari, smoga sampai ke syurga. Amin.


    foto tu lawak pun ada, aku nengok majoriti cam pakai baju tebal2 gitu sejuk, tapi ada kai tshirt je, relaks je haha

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun bang ben!!!

    ReplyDelete
  3. semoga berbahagia selamanya.amin

    ReplyDelete
  4. Ciplak sungguh hang ni. Ni kalau kat Indon, dah kena buluh runcing hang :))

    ReplyDelete
  5. Slm..

    Barakallahu lakuma.. wa jama'a bainakuma bikhoir..

    Semoga Allah memberkati kalian berdua, dan menyatukan kalian dengan kebaikan..

    (doa utk pentantin baru) :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Anniversary ke 10..

    Gua memang salute sama puisi cinta lu yg di ejas dari FakirFikir..main pakai-pakai surat cinta..posmen dah jemu dengan bau bedak cap Zaitun..hehe

    Semoga Berbahagia Ke Akhir Usia..

    Nanti buat kenduri besar sikit time Jubli Perak

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:07 AM

    waah~~ tak sangka abg ben ni romantik gak orgnyer~~
    anyway tahniah~~ semoga jodoh berkekalan n di murahkan lae rezeki tu..
    tambah2 la anak lae..
    ley aku jadik aunt angkat dia nti..
    hahaha~~

    ReplyDelete
  8. happy anniversary bro.
    selamat pengantin baru...hak hak...

    ReplyDelete
  9. jiwang jiwang skit entry kali ni...huhu

    apa2 pun selamat ulang tahun ke 10..semoga berkekalan hendaknya.

    ReplyDelete
  10. cis.. satu lagi acara makan2 yg aku dh miss

    ReplyDelete
  11. semoga abadi bro, insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Happy Anniversary bro. Tahniah !

    ReplyDelete
  13. tahniah. hepi 10th anniv.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah,
    tahniah la...

    ReplyDelete