------------------------------------------------------------------
[4/30]
Untuk mukaddimah entry kali ni, baca keratan akhbar The Advertiser 28/10/2009 ni (klik untuk imej lebih besar).
Kalau malas nak baca, aku ringkaskan untuk korang.
1. Sperma lelaki ada kromosom X dan Y yang menyebabkan anak jadi perempuan (X) dan lelaki (Y).So kalau antara kita yang dapat anak lelaki je, kita tau le puncanya. Samada sperma si suami boleh produce kromosom Y je atau pun kromosom Xnya lemah (ceh pandai je gua buat assumption sendiri). So para suami jangan cepat nak tunjal dahi isteri. Tunjal dahi sendiri je la nampaknya.
2. Dulu tak boleh nak tentukan jantina anak, sekarang dah ada teknologi. Kalau nak anak lelaki, bisa diatur pak!
3. Tapi kat Australia, illegal. Kat Jordan, US dan Croatia sebagai contoh, ianya legal. Boleh jadi legal juga di Australia, asalkan atas sebab kesihatan. Contoh: kalau lahir anak lelaki, pasti sakit jantung. So boleh la alter sperma tu untuk dapat baby perempuan je.
Kadang-kadang ada juga yang usaha siang dan malam sampai 7 orang anak lahir tapi semua lelaki je. Semangat nak dapat anak perempuan tetap ada. Kesian pulak si isteri tu.
Namun begitu, satu lagi benda yang selalu kita lupa. Doa. Usaha tanpa doa kan tak bagus. Allah s.w.t. suruh kita doa selalu. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la anak perempuan pulak. Andaikata tidak, terima je lah keputusan yang telah dibuat olehNya.
Kesimpulannya, jangan cepat salah-mempersalahkan sesiapa. Anggaplah ianya suratan takdir Allah s.w.t. je. Lelaki atau perempuan, bukankah mereka itu anugerah Allah s.w.t.?
Aku? Alhamdulillah normal. 3 lelaki + 1 perempuan. Toyota Estima pun dah penuh tu.
saya bekerja di syarikat telekomunikasi, terlalu banyak assumption radio frequency akan buat kromosom x-y jadi tak tentu hala. Kadang2 diperkatakan penyebab mandul.
ReplyDeletetapi tak dapat dibuktikan lagi benda2 di atas yang saya tulis tu.
mmg kena doa banyak, insya-Allah.
ReplyDeleteanak aku setakat ni, 2 perempuan, 1laki.
OOoo dah ada teknologi buleh pilih jantina anak ye..
ReplyDeleteArab zaman Jahiliah dulu tahu tekno pilih jantina ni, rasanya semenanjung Arab hanya penuh dengan orang lelaki aje, begitu jugak, time Firaun dulu tahu tekno pilih jantina-jantina ni...eeemm..Bani Israel hanya dipenuhi kaum wanita...
ReplyDeleteApa-apa pun, Allah berkuasa, mahluk tak da kuasa...Firaun bunuh beribu-ribu anak lelaki Bani Israel waktu tu kerana takut akan kelahiran Nabi Musa, namun sebaliknya, Allah lahirkan nabi Musa dan tinggal pula didalam Istana Firaun, membesar bersama Firaun...hebat kuasa Allah.
mne ley kita yg tentukan cmtu..
ReplyDeletekne la redha n berterima kaseh ats segala pemberian-Nya
tuh r psl aku pon pasan artikel nih mase lepak2 time break kje arituh
ReplyDeletetp aku xbace sbb mcm xdek gune je