Friday, October 30, 2009

HELLOWEEN The Singles Box 1985-1992 CD

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[5/30]

Apsal kumpul CD singles? Lagu sikit harga pun mahal (kat eBay). Aku jawab, album dah cukup kumpul, nak kumpul apa lagi? Singles la!

Anyway, singles ialah "is a song usually extracted from a current or upcoming album to promote the album." Maksud yang detail DI SINI.

Antara sebab lain seronok kumpul singles ialah ada lagu rare yang takde dalam album. Dan kadang-kadang untuk mereka yang minat artwork, maka artworknya pun best.

Contoh macam rilisan boxset HELLOWEEN ni.

Boxset ini rilisan dari Sanctuary Music. Mengandungi 7 CD singles yang asalnya dirilis dalam bentuk piring hitam EP. Of course piring hitam ni is so outdated tapi masih ada yang mati-matian mengumpul piring hitam. Aku tak sanggup. Jadi rilisan dalam bentuk CD sudah tentu menjadi idaman kalbuku.

Boxset ini menugmpulkan singles dari tahun 1985-1992. Iaiu kira-kira tatkala penyanyi HELLOWEEN awal Kai Hansen (sekarang GAMMA RAY) dan Michael Kiske (sekarang penyanyi solo) menjadi teraju utama HELLOWEEN.

CD 1. Helloween
1. Starlight
2. Murderer
3. Warrior
4. Victim of Fate
5. Cry for Freedom
6. Surprise Track

Zaman Kai Hansen jadi vokalis instead of Michael Kiske. Suara Kai Hansen, walaupun tak boleh tarik tinggi, tapi rawness suara dia tu yang best. Tu pasal kalau kita cuba nyanyi lagu-lagu yang Kai Hansen nyanyi, nampak boleh sampai. So kita boleh la relate sikit instead of vokal yang terlampau tinggi, one-in-the-world. Anyway, lagu-lagu dalam single ni semuanya klasik. Starlight contohnya, memang crowd-pleaser habis! Victim Of Fate pula memang headbanging punya lagu. Cry For Freedom aku rasa banyak influence band-band Rock/Metal Malaya tahun 80an dulu. Baru aku perasan, lagu-lagu yang Kai Hansen nyanyi ni memang dia bawak terus kepada Gamma Ray. Hmmmm... Oh ye, surprise track tu lagu White Christmas/I'll Be Your Santa Claus, lagu tradisional yang telah diHelloweenkan.


Starlight



CD 2. Judas
1. Judas
2. Ride the Sky [Live]
3. Guardians [Live]


Ni single kedua dan sound pun improve. Rawness tetap ada terutama vokal Kai Hansen. Tengok kat wikipedia ada 5 lagu tapi CD ni 3 lagu je. Sebabnya malas pulak aku nak cari. Korang carikan la eh? Anyway, Ride The Sky punya lagu memang tabik kat Kai Hansen, boleh pulak dia tarik tinggi macam tu - at the same time main gitar tu. Lagu Judas is dedicated to ALL POLITICIANS who talk human but act like monsters (you know who you are)!


Ride The Sky


CD 3.Future World
1. Future World
2. Starlight ['87 Remix]
3. Little Time [Alternative Version]


Daripada salah satu album terbaik, Keeper Of The Seven Keys Part 1. Juga menampilkan kemunculan pertama Michael Kiske dalam Helloween. Aku rasa memang ramai le mat rock/metal zaman ni yang mengidolakan Kiske ni. Suara pitch tinggi habis (suara cubit bontot... auuwwww...). Kalau siapa boleh tarik macam Kiske, kira hebat la kat kampung dia tu. Lagu Future World memang klasik dan sing a long. Aku paling minat gitar duel Hansen dengan Weikath. Kalau tengok video memang tak jemu part tu. Starlight versi 87 ni Kiske yang nyanyi (tapi aku still suka Hansen punya versi).


Future World


CD 4.Dr. Stein
1. Dr. Stein
2. Savage
3. Livin' Ain't No Crime
4. Victim of Fate '88


Juga diambil dari salah satu album terbaik, Keeper Of The Seven Keys Part II. Time album ni Kai Hansen dah boring dengan Helloween. Sebaik sahaja album ni rilis, dan European Tour, dia pun resign dan buat Gamma Ray. A great loss orang kata. Aku pun hampir setuju untuk beberapa album selepas ini. Anyway,highlight single ni sudah tentulah lagu Dr Stein (inspirasi dari cerita Frankenstein kot?

Dr Stein


CD 5.I Want Out
1. I Want Out
2. Save Us
3. Don't Run for Cover


Dari Keeper Of The Seven Keys Part II. Makin maju nampaknya album ni sebab rilis dua singles instead of one. Highlight sudah tentu lagu I Want Out. Sapa boleh lupa video klip happy Helloween diorang ni (kat bawah). Playful dan selamba. Tu yang buat best. Duel gitar Hansen dan Weikath memang klasik lagu ni. Yang aku geram gitar Hansen sharkfin Jackson tapi kepala Fender Strat tu mana dapat ah? Save Us pun antara lagu feveret aku.


I Want Out



CD 6.Kids Of The Century
1. Kids of the Century
2. Blue Suede Shoes
3. Shit and Lobster
4. Exclusive Helloween Interview


Dari album Pink Bubbles Go Ape. Apa maksud tajuk tu pun aku tak tau. Hansen dah keluar dan Roland Grapow masuk. Grapow juga adalah accomplished guitarist (he can really shred) so no problem with that. Yang problemnya, arah Helloween zaman ni nak komersil. So, kurang le keMetalannya walaupun signature Helloween tu tetap ada. Kids Of The Century is not bad for a single. Blue Suede Shoes tu lagu twist 50an, takde point le pada aku cover lagu ni.


Kids Of The Century



CD 7.Number One
1. Number One
2. Hambourgeois Walkways
3. You Run with the Pack


2nd single from Pink Bubbles Go Ape. Boring ah album ni. Aku rasa Kiske banyak input dalam album ni. Kehendak dia nak komersil. Tu pasal sekarang dia dok kutuk muzik Heavy Metal sungguh-sungguh. Here's news to you Mr Kiske, your songs SUCK BIG TIME (untuk zaman ni at least). Takde punch, takde feel...



Number One



Kesimpulannya, tolak dua single terakhir, yang lain-lain tu memang best le. Tapi orang biasa takdenya nak beli. Kena die-hard atau semi-die-hard fan je yang sanggup. Aku kira yang latter la. Sekarang ni pun dah nak pencen. Jadi la last kopek.

4 comments:

  1. Dr. Stein dalam cd.4 tu dah macam glamer sangat kan track dia? Livi'n ain't no crime pun menarik riffing dia.

    Blue suede shoes tu rasanya lagu Elvis kan?

    Kalau ada jumpa kat Malaysia ni mau aku pun beli album ni abg ben..huhuh

    ReplyDelete
  2. kalau kat Malaysia ni dah 3 kali ganda dari harga asal apa lagi di Sabah..but jangan mimpi leh jumpa...itu pasal aku cari untuk download saja...tapi untuk sendiri saja selalunya except promo aku share kalau skrg,,

    ReplyDelete
  3. Zan, boxset ni ada kat rock corner, subang jaya. harga aku tak ingat maybe RM300 kot or less

    ReplyDelete
  4. best. Aku era kai ngan kiske je follow. Lagu ride the sky tetap menjadi pojaan hatiku..huhu

    ReplyDelete