Wednesday, September 30, 2009

Apa ada pada janggut?

Aku bela janggut aku ni dah 9 tahun. Tapi tak panjang-panjang. Dan tak merebak. Pada spot tu jugak je la yang ada.

Tapi aku sayang janggut aku. Selalu aku belai. Bila tengok cermin muka, kadang-kadang aku belek janggut aku ni.

Sejemput.

Bila tengok orang janggut lebat, kadang-kadang rasa jeles pun ada.

Tapi ada juga kawan-kawan yang jenis boleh janggut lebat, terus cukur habis. Adeh... mungkin tak hensem? Mungkin tak segak berjanggut. Wallahua'lam.

Actually aku pun dulu cukur janggut. Tapi bila difahamkan tentang sunnah dan kepentingannya, maka mulalah jatuh cinta kepada janggut.

----------------------------------------
Dari Sahih Bukhari,

Narrated Nafi':

Ibn Umar said, The Prophet said, 'Do the opposite of what the pagans do. Keep the beards and cut the moustaches short.' Whenever Ibn 'Umar performed the Hajj or 'Umra, he used to hold his beard with his hand and cut whatever moustaches. Ibn Umar used to cut his moustache so short that the whiteness of his skin (above the upper lip) was visible, and he used to cut (the hair) between his moustaches and his beard. (Volume 7, Book 72, Number 780)


Narrated Ibn 'Umar:

Allah's Apostle said, "Cut the moustaches short and leave the beard (as it is)."(Volume 7, Book 72, Number 781)


Dari Sahih Muslim,

Ibn Umar said: The Apostle of Allah (may peace be upon him) said: Trim closely the moustache, and let the beard grow. (Book 002, Number 0498)

Janggut idaman...

--------------------------------------------
Al-soal
Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?

Al-jawab:
Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. setakat pembacaan, didapati bahawa ulama terdahulu tidak menyatakan dgn jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut. sebenarnya ada ulama dalam mazhab syafie dan juga mazhab2 lain yg menyatakan sunat. tapi itu adalah ulama terkemudian. imam syafie sendiri tidak ada menyebut tentang perkara itu. lebih baik simpan daripada cukur. Tahqiq thtl: al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha’ dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu’akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.

(Al-ahkam.net)

---------------
Kesimpulan, paling kurang, sunnah muakkad. Bela janggut la oiii...

Tuesday, September 29, 2009

Persiapan nak balik 3 - Mesin potong rumput

In continuation pembelian blower/vacuum outdoor...

Mesin rumput daaaa... Beli kat Bunning's Warehouse. Besar store ni macam Giant/Carrefour kat Malaysia tapi jual barang-barang bertukang je. Aku masuk store garu-garu kepala lama nak pilih mana satu (yang murah le). Lepas tu dok garu lagi (sebab tak tahu bab teknikal) maka datang le sorang salesgirl (cun boleh tahan), tanya aku. "Can I help you?"

"Yes, I am new on this... uh ah emmmm... ah..." Aku tak tau apa nak tanya sebenarnya. "What about this?" Sambil aku tunjuk mesin yang paling murah.

"Oh... For this, you'll need these..." sambil bawak aku (tanpa pegang tangan) ke rak sebelah.

"This... to mix the petrol and engine oil"

"And this... engine oil", kena mix ikut portion kata dia.

"Do you have a container for the petrol? No? Then you'll also need this", container nak simpan petrol. Tangan aku dah penuh.

"Help your dad with this one..." kata salesgirl tu kat anak sulung aku yang aku bawak sekali (sebab dok rumah dok asyik main PC game je). Hampir terlupa anak aku ada sekali dengan aku. Hmmmm...

"And finally... THIS!" salesgirl tu hulur kotak mengandungi mesin rumput.

"You are ready!"

30 minit dok garu-garu kepala sambil memandang kosong kat barisan mesin rumput yang on display tu setel less than 3 minutes oleh salesgirl tu. Rasa malu je... awek lagi terer dari aku bab mesin rumput.

Rasa macho ke ada mesin rumput ni? Aku ingat kat sini, setiap household ada mesin rumput. Tapi diorang beli yang tolak tu le. Nak beli yang tolak, kat Malaysia laman sekangkang kera je. Takut kena gelak dengan jiran sebelah pulak. Tak pun takut sekolah depan rumah nak pinjam pulak.

Medan pertama, laman depan rumah aku ni. Rumput dah panjang. Baru aku teringat, kalau bela kambing dua ekor, setel masalah. Summer boleh sembelih dan buat BBQ.

What am I thinking? Betul ke ko nak potong rumput kat Malaysia nanti? Dulu pun malas semacam je? Errr... err... ntah le. Rasa macam logical buy je.

Harga - AUD$99.

Sunday, September 27, 2009

Eid-ul-Fitr ke-4 di Adelaide... Part 2

Kambing golek woooo... Berat 18kg. Dibakar sejak jam 4am. Siap untuk dimakan 9am. 5 jam memanggang.

Yummy...

Warga Melayu di Adelaide... ada baru beberapa bulan sampai dan ada dah berbelas tahun dah menetap.

Geng hisap rokok. Kena halau rokok kat tepi pagar. Tapi yang tak hisap rokok pun join juga bersembang...

Standard rumah kat sini, ruang belakang memang besar. Setakat nak buat padang sepaktakraw memang muat sangat siap dengan buffer zone.

Semua pakai baju raya tu...

Penyudahnya... tinggal rangka. Alhamdulillah...

Friday, September 25, 2009

Eid-ul-Fitr ke-4 di Adelaide... Part 1

InsyaAllah yang terakhir di sini... sampai dah lupa suasana Eid di Malaysia huhuhu...

Solat 8:30am. Aku dah mesyuarat dengan wife kena bertolak paling lewat 7:30am. Nak ke masjid, dalam 30 min drive. Parking sure penuh macam tahun lepas. Penyudahnya dah dekat 8:00 baru bertolak. Anak sorang menangis, sorang meragam, sorang cari stokin etc etc... arrgghhhh!!!!

Kan aku dah cakap... parking dah melimpah-limpah ke luar jalan. Dah le tapak kaki aku sakit nak berjalan...

Dalam perkarangan masjid.. kereta penuh... orang penuh...

Dah agak dah... ruang utama masjid dah full. Kena solat kat luar. Tengok saf punya panjang...

Habis solat dan khutbah. Alhamdulillah.

Semua gembira je nampak. Memang itu le patutnya. Eid-ul-Fitr kena gembira. Bukan sedih-sedih. Bukan pi ziarah kubur lepas tu.

Afrikaans.

Dengan Iman dan Ismail.

The family. Warna kebangsaan tahun ni, hijau flourescence (adik ipar pilih aaa bukan gua!).

Malaysian community (sebahagian kecil je ni).

Yeaaa... mahu beraya lepas ni. Kambing golek sekor!

to be continued...

*nota - Masjid Al-Khalil ni merupakan masjid terbesar di South Australia. Tapi tak le besar mana nak compare dengan Malaysia punya.

Tuesday, September 22, 2009

Bila 3 blogger ternama Adelaide beraya...

Click gambar untuk lebih jelas (nampak jerawat)

Masih makan biskut raya... nanti senang-senang aku buat laporan bergambar suasana Eid-ul-Fitr di Adelaide.

Saturday, September 19, 2009

Esok EID-UL-FITR di Australia!!!

Berikut adalah laporan anak bulan Syawal di Australia...

-------------

Salah Sukkarieh (MCW member) Sydney Australia reported: Not Seen
It was too cloudy in Sydney to observe the moon.

Engr Manzoor A Mian (MCW member) Melbourne Australia reported: Not Seen
I wish to inform you that Shawal crescent has not been sighted in Melbourne Sydney, and Brisbane of Australia so far on 19 Sep. 2009 Saturday evening. We are still waiting results from Darwin and Perth in next two hour. I shall update you again in 2 hrs.

Engr Manzoor A Mian (MCW member) from Australia reported: Seen in Western Australia
I wish to inform you again that Shawal crescent has been sighted in Australia, Port Hedland (Western Australia) Therefore there will be Eid in whole Australia tomorrow 20th sep 2009 Sunday InshaAllah.

http://moonsighting.com/1430shw.html

http://crescentwatch-australia.alghazzali.org/?p=107

EID MUBARAK EVERYONE IN AUSTRALIA!!!

Eid Mubarak everyone!


Wishing you + family all the best!!!




Eid untuk bergumbira... sudah-sudah la dengan lagu sedih tu wehhhh...

Thursday, September 17, 2009

VVIP di Swinging Bowl

Gua ucapkan jutaan terima kasih kepada tokey Swinging Bowl Restaurant kerana telah menjemput gua sekeluarga untuk berbuka puasa semalam. Layanan lu and family gua terharu. Dalam sibuk-sibuk melayani customer yang ramai tu pun sempat melayan gua.

Lauk-pauk pun penuh satu meja. Gua dah tolak sebab walaupun anak-anak gua nampak ramai (4 orang) tapi depa bukan nak makan sangat. Ambik, picit, rasa, letak. Terpaksa le tapau balik lebihan tu sebab takkan nak jual balik kan? Tima kasih le. At least tak yah le nak masak sahur.

Sori le takde gambar. Lupa nak bawak kamera. Henset pun cokia.

p/s: Bos, nanti hantar ofis boy amik check AUD$3.4 million yang telah kita persetujui tempohari. Syhhhh...

Tuesday, September 15, 2009

Di lokasi kejadian...

Di lokasi kejadian...

overdose...




selingan...

Sunday, September 13, 2009

BUNDABERG Peachee & BRICKFORD'S Original Kola

Rasa macam tawar je tapi ada sikit macam masam... Cepat kembung perut minum ni... Not bad tapi not as good as it's Sarsaparilla.


Selepas the legendary Ginger Beer, BUNDABERG has done it again with Peachee. Rasa "tang" yang menawan tekak. Rasa peachnya pun "true". Hail Bundaberg!

Friday, September 11, 2009

Persiapan nak balik 2 - Pinggan mangkuk Corelle

Checklist barangan yang dibeli untuk dibawa ke Malaysia.

Pinggan mangkuk CORELLE

Kegunaan? Buat makan le... Kalau ada kasih dalam hati yang mendalam, maka jadi display je la. Al-maklum ikut kata wife harga satu set kat Malaysia, RM500 sekotak (16 keping). Beli 2 set sebab kira family je dah 6 orang. Tambah 2 orang tetamu 8 orang le tu. Tak tau le meja makan besar mana nak kena ada untuk 8 orang duduk. Apa? Talam? Talam rules!!!

Wife aku kata Corelle ni femes kat Malaysia. Kegilaan suri rumah. Aku tak tau. Boleh tak korang yang beristeri kompemkan pada aku?

Harga AUD$75 x 2 set = AUD$150.

Jenis 4 segi. Harga hampir sekali ganda lagi mahal dari yang standard bulat. Wife kata, ala, yang bulat dah ada banyak, yang 4 segi takde lagi. Ye la... ye la...

Tuesday, September 08, 2009

PETUA: Bagaimana mengelak membuat keputusan kurang baik?

Katalah korang ada 5 pilihan:

A
B
C
D
E

Ambil A dan fikirkan tentang meritnya. Kemudian bandingkan A dan B, lihat merit yang mana lebih baik; buang pilihan yang kurang merit. Teruskan dengan pilihan ketiga sehingga selesai. Pastikan membezakan hanya 2 pilihan pada satu masa. Yang tertinggal akhir tu, itulah pilihan terbaik.

Ini kaedah sains untuk memaksimakan pilihan yang terbaik. Proven.

p/s: cedok dari Reader's Digest January 2008 (Australian version). Dia kata untuk memilih pasangan, pilih kerja atau hadiah harijadi. WARNING: Dia tak kata boleh guna untuk peperiksaan soalan objektif (tapi boleh le try tengok proven ke tak).

Soalan latihan:

Antara keempat-empat air botol di atas, yang mana lebih sedap?

A. SAXBYS Ginger Beer
B. BUNDABERG Ginger Beer
C. SAXBYS Diet Pineapple
D, BUNDABERG Ginger Beer

Monday, September 07, 2009

SAXBYS Diet Pineapple dan BUNDABERG Sarsaparilla

Bundaberg rules!!! Memang pawarrrrr!!!

Memang ada rasa nenas walaupun macam payau sikit. Nak teguk senafas memang tak larat. Kena slow-slow.

Sunday, September 06, 2009

Sembang undergraduate

Semalam aku nusrah jemaah Malaysia di masjid Al-Khalil. Tak full pun. Aku istighfar. Hari ni pun sama, tak full nusrah.

Lemah sungguh aku.

Semalam lepas nusrah jemaah tu, aku singgah di rumah budak-budak undergrad sambil menghantar nasi ayam yang berlebihan (asalnya kepada jemaah tersebut). Sempat bersembang dengan mereka. Sembang pun agak menarik bukan sekadar sembang kosong. Topiknya, Melayu, dakwah dan exclusivity.

Budak-budak Melayu kat sini yang buat undergraduate pada pandangan aku ada ketiga-tiga sifat Melayu, dakwah dan exclusivity. Untuk mengenal mereka mudah sahaja. Mereka Melayu yang berkumpulan (Melayu sahaja), berdakwah dan exclusive untuk golongan mereka sahaja. Selalu juga mereka melabelkan diri sendiri atas satu organisasi yang tidak lari dari Melayu atau Malaysia.

Perkara itulah yang aku bangkitkan. Mereka seolah-olah oblivious kepada keadaan sekitar di Australia.

Antara jawapan random yang aku terima...

1. Lebih baik buat sedikit dari takde langsung (bab dakwah)
2. Mula dengan bangsa sendiri kemudian akan berkembang kepada lain bangsa (bab dakwah)
3. Kami tidak ignore Australia sebab kami berpesatuan di Uni dengan bangsa-bangsa lain (bab exclusivity).
4. Kami sibuk takde masa nak lebih-lebih (rujuk no 1).
5. Melayu satu-satunya bangsa yang dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan negara. Tak Islam maka tidak dipanggil lagi Melayu (bab Melayu).

Makin dikupas dan makin diulas, makin aku appreciate usaha Nabi s.a.w. Betapa kita telah jauh dari usaha yang beliau tunjukkan dulu. Usaha yang simple untuk difahami tetapi disusah payahkan sekarang.

Usaha Nabi s.a.w. = Merentangi bangsa, sempadan jajahan dan seluruh alam (tidak exclusive).

Friday, September 04, 2009

70,000 orang Jawa murtad? HAHAHAHAHAHA!!!

"Statistik yang saya dapat dari laporan tahunan gereja di Malaysia ialah 236,000 orang telah murtad di Malaysia... 70,000 dari kalangan berbangsa Jawa..." Kata Datuk Mufti.

HAHAHAHAHAHA


HAHAHAHAHAHA

HAHAHAHAAAAAAAAAAAA

Satu dewan gelak. Gusi masing-masing kelihatan. Ada yang sampai batuk-batuk gelak. Ada yang terjelir lidah. Macam tengok filem Dumb And Dumber.

"Yang paling saya marah, (nombor tak ingat), berbangsa Banjar, sebab bangsa saya.."

HAHAHAHAHAHA

HAHAHAHAHAHA

HAHAHAHAAAAAAAAAAAA

Gelak bersambung. Berdekah-dekah. Menepuk-nepuk peha.

Kelihatan Dato Mufti mengerutkan dahi. Aku rasa masa Dato Mufti dapat laporan tu, mesti dia rasa marah, tak senang duduk, rasa nak mengamuk etc...

Aku tak tau mana silapnya, isu orang murtad jadi bahan ketawa dalam satu majlis yang dihadiri oleh mereka-mereka yang dikatakan ada sedikit kefahaman agama dan mahukan agama. Jika kalangan begini pun merasa ia sesuatu lelucon, apatah lagi mereka yang tak faham agama dan tak mahukan agama.

Tadi majlis forum bersama tetamu khas dari Malaysia, Dato Seri Dr Haji Harussani Hj Zakaria di Adelaide. Beliau sebenarnya ziarah anak dia yang ikut suami belajar kat sini.

Doakan untuk seluruh umat. Amin.

Jemaah Malaysia di Adelaide 2-6 September 2009

Alhamdulillah... sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan semua makhluk ciptaanNya lemah belaka. Allah s.w.t. tidak perlukan sesiapa sedangkan semua makhluk ciptaanNya mengharapkan belas ihsan dari Allah s.w.t.

Satu jemaah dari Malaysia yang dikeluarkan dari Ijtimak Islam Se-Malaysia Julai 2009 dan mereka adalah antara 250 jemaah yang dikeluarkan pada masa tu. Selain Australia, jemaah juga dihantar ke Germany, USA dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Jemaah ini sudah menghabiskan sebulan membuat usaha iman dan amal di Melbourne dan mereka sampai Rabu lepas untuk buat usaha di Adelaide hingga Ahad ini. Isnin pagi mereka kembali ke Melbourne dan Sydney untuk menghabiskan korban mereka di jalan Allah s.w.t. sebelum kembali ke Malaysia.

Jemaah ini terdiri dari 8 orang dengan umur paling muda 43 tahun hinggalah yang paling tua 75 tahun. Alhamdulillah, aku yang duduk sekejap dengan jemaah ini dapat banyak manfaat mendenar targhib wa tarhib dan karkuzari usaha dakwah dari seluruh dunia. Disebabkan kelemahan pada diri ini aku tak dapat menghabiskan lebih banyak masa untuk mereka. Namun begitu semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa diri ini.

Hari ini insyaAllah aku akan bawa beberapa orang dari jemaah ini ke musolla di University of Adelaide untuk bertemu dengan student Islam yang menunaikan solat Jumaat di sana. Kepada yang membaca dan ada di sana nanti berikanlah salam. Akhlak orang Islam ialah memuliakan tetamu.

Setelah menghabiskan masa selama 3 hari di Masjid Wandana, mereka akan bertolak ke Masjid Al-Khalil pada Sabtu dan Ahad (5-6 Sept) pula untuk meneruskan usaha mereka insyaAllah.

Selingan: Berbuka puasa makan dalam talam. Talam plastik baru jumpa dan beli (lama mencari). Makan berjemaah itu sunnah Nabi s.a.w. Anak-anak pun makin selera makan (sebab tengok bapak berselera kot?)

Wednesday, September 02, 2009

SAXBYS Ginger Beer dan GRAPETISER


Kalah dengan BUNDABERG. Rasa macam air gas biasa je. Takde keladak halia yang kelihatan dalam air (tak macam BUNDABERG yang nampak keladak halia).

Satu anggur merah satu anggur putih. Yang merah lebih manis walaupun tak berapa manis. Kandungan asid agak tinggi. Anggur putih tu nak rasa macam cuka le.

Tuesday, September 01, 2009

Persiapan nak balik 1 - beli blower cum vac

Checklist barangan yang dibeli untuk dibawa ke Malaysia.

Blower machine (boleh sedut sekali). RYOBI electric powered.

Kegunaan? Lepas potong rumput, blow rumput-rumput yang terpotong ke satu tempat. Lepas tu tukar mode jadi penyedut, masuk dalam beg dan buang. Kena cari kabel panjang sikit. Kat Australia ni memang kena cari extension cord yang panjang sungguh le sebab laman besar tapi kat Malaysia, tanah sekangkang kera, better la kot. Lagi pun bukan ada garaj nak simpan. Kena simpan dalam rumah so electric punya lagi bersih dari petrol. Apa? Letak luar rumah? Sedangkan tayar buruk pun kena curi...

2nd hand harga AUD$43 (menang kat eBay daaa...)



Seller pass menatang ni kat City. Gua selamba je bawak naik atas bas. Orang semua perati. Rajin mamat ni, lepas belajar kat Uni dia buat part-time potong rumput.

Sebagai otai Metal, gua tak leh... mesti nak posing Metal jugak! Diiiiieeeeeeee..!!!

Next... nak beli mesin potong rumput pulak... ada sale kat KMART ni... murah je gua nengok.