Sunday, September 06, 2009

Sembang undergraduate

Semalam aku nusrah jemaah Malaysia di masjid Al-Khalil. Tak full pun. Aku istighfar. Hari ni pun sama, tak full nusrah.

Lemah sungguh aku.

Semalam lepas nusrah jemaah tu, aku singgah di rumah budak-budak undergrad sambil menghantar nasi ayam yang berlebihan (asalnya kepada jemaah tersebut). Sempat bersembang dengan mereka. Sembang pun agak menarik bukan sekadar sembang kosong. Topiknya, Melayu, dakwah dan exclusivity.

Budak-budak Melayu kat sini yang buat undergraduate pada pandangan aku ada ketiga-tiga sifat Melayu, dakwah dan exclusivity. Untuk mengenal mereka mudah sahaja. Mereka Melayu yang berkumpulan (Melayu sahaja), berdakwah dan exclusive untuk golongan mereka sahaja. Selalu juga mereka melabelkan diri sendiri atas satu organisasi yang tidak lari dari Melayu atau Malaysia.

Perkara itulah yang aku bangkitkan. Mereka seolah-olah oblivious kepada keadaan sekitar di Australia.

Antara jawapan random yang aku terima...

1. Lebih baik buat sedikit dari takde langsung (bab dakwah)
2. Mula dengan bangsa sendiri kemudian akan berkembang kepada lain bangsa (bab dakwah)
3. Kami tidak ignore Australia sebab kami berpesatuan di Uni dengan bangsa-bangsa lain (bab exclusivity).
4. Kami sibuk takde masa nak lebih-lebih (rujuk no 1).
5. Melayu satu-satunya bangsa yang dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan negara. Tak Islam maka tidak dipanggil lagi Melayu (bab Melayu).

Makin dikupas dan makin diulas, makin aku appreciate usaha Nabi s.a.w. Betapa kita telah jauh dari usaha yang beliau tunjukkan dulu. Usaha yang simple untuk difahami tetapi disusah payahkan sekarang.

Usaha Nabi s.a.w. = Merentangi bangsa, sempadan jajahan dan seluruh alam (tidak exclusive).

4 comments:

  1. Tu le melayu! Yang bangga mengatakan bila melayu tu Islam. Sehingga dedulu kalau nak masuk Islam pun dikatakan masuk melayu...so renung2 lah...

    ReplyDelete
  2. salam abang ben

    kalau ade application 'like' macam kat facebook, dah lama saya tekan 'like' kat banyak2 entry abang ben.

    anyhow, apa pendapat abg ben untuk this situation? leh kongsi idea sikit?

    ReplyDelete
  3. aini... idea Nabi s.a.w. dah tunjuk dah... nanti la senang2 tulis balik.

    ReplyDelete
  4. susa nk komen nih...

    undergrad2 mcm aku mmg paham sgt bende nih

    ReplyDelete