Friday, September 04, 2009

Jemaah Malaysia di Adelaide 2-6 September 2009

Alhamdulillah... sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan semua makhluk ciptaanNya lemah belaka. Allah s.w.t. tidak perlukan sesiapa sedangkan semua makhluk ciptaanNya mengharapkan belas ihsan dari Allah s.w.t.

Satu jemaah dari Malaysia yang dikeluarkan dari Ijtimak Islam Se-Malaysia Julai 2009 dan mereka adalah antara 250 jemaah yang dikeluarkan pada masa tu. Selain Australia, jemaah juga dihantar ke Germany, USA dan beberapa negara di Asia Tenggara.

Jemaah ini sudah menghabiskan sebulan membuat usaha iman dan amal di Melbourne dan mereka sampai Rabu lepas untuk buat usaha di Adelaide hingga Ahad ini. Isnin pagi mereka kembali ke Melbourne dan Sydney untuk menghabiskan korban mereka di jalan Allah s.w.t. sebelum kembali ke Malaysia.

Jemaah ini terdiri dari 8 orang dengan umur paling muda 43 tahun hinggalah yang paling tua 75 tahun. Alhamdulillah, aku yang duduk sekejap dengan jemaah ini dapat banyak manfaat mendenar targhib wa tarhib dan karkuzari usaha dakwah dari seluruh dunia. Disebabkan kelemahan pada diri ini aku tak dapat menghabiskan lebih banyak masa untuk mereka. Namun begitu semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa diri ini.

Hari ini insyaAllah aku akan bawa beberapa orang dari jemaah ini ke musolla di University of Adelaide untuk bertemu dengan student Islam yang menunaikan solat Jumaat di sana. Kepada yang membaca dan ada di sana nanti berikanlah salam. Akhlak orang Islam ialah memuliakan tetamu.

Setelah menghabiskan masa selama 3 hari di Masjid Wandana, mereka akan bertolak ke Masjid Al-Khalil pada Sabtu dan Ahad (5-6 Sept) pula untuk meneruskan usaha mereka insyaAllah.

Selingan: Berbuka puasa makan dalam talam. Talam plastik baru jumpa dan beli (lama mencari). Makan berjemaah itu sunnah Nabi s.a.w. Anak-anak pun makin selera makan (sebab tengok bapak berselera kot?)

14 comments:

  1. kena cari talam besar lg la abg ben...

    ReplyDelete
  2. Makan dalam talam feel dia memang lain bro. Orang yang tak kuat makan pun boleh jadi kuat makan. Berkat ikut sunnah nabi rasanya..

    Bagus la jemaah dari Malaysia tu. Sungguh istiqamah mereka berjihad di jalan Allah. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan ALlah.

    ReplyDelete
  3. dah lama x rasa feel mkn dlm talam nih...teringat nostalgia dulu2..

    ReplyDelete
  4. Salam Abg Ben,
    Semoga jemaah sentiasa dalam rahmat Allah...dan jadikan asbab pengorbanan hidayat seluruh alam...
    selamat study ...
    jazakallah
    AbuAdnin

    ReplyDelete
  5. Makan dalam talam? makan nasi ambang le dalam talam.

    ReplyDelete
  6. Woo.. jemaah Malaysia bertebaran di seluruh alam..

    Makan sambil duduk bersila.. ketiga2 bahagian perut terbukak la bro.. asbab obes..

    ha.. ha.. nasik tambah?

    ReplyDelete
  7. mmg magik mkn dalam talam ramai2 ni..terasa nikmatnya

    ReplyDelete
  8. semoga Allah sebarkan hidayat seluruh alam

    ReplyDelete
  9. hang balik nanti, aku blanja hang makan nasik lemak dalam talam bro!

    :)

    ReplyDelete
  10. pakai dulang beb, empat orang makan huhu

    ReplyDelete
  11. masjid tempat aku masih guna makan dalam dulang ni..terutama kalau nasi ambang la..memang berselera..

    ReplyDelete
  12. last sekali makan sedulang ramai-ramai bulan lepas dengan adik-beradik... ada kenduri di majidee.

    dia punya ikatan cukup teguh dan kukuh.

    ReplyDelete
  13. 1.pakai dulang besi la lagi feel. Ketuk tangan bunyi ketang..ketang. Ni pkai plastik, tone dier larik skit.
    2. Kau tak payah cari dulang kat kedai bro. Kau pegi kedai yg jual periuk besar gajah (mcm asian grocery gitu), pastu tanya "can i buy only the lid plis". Kan tudung periuk cap buaya tu memang dah mcam dulang tu.
    Selamat membeli..

    ReplyDelete
  14. susah nak berhenti bila makan dalam talam nih. asyik nak ngap aja.

    ReplyDelete