D-beat adalah sejenis muzik pecahan dari punk yang muncul tahun 80an dulu. Dia punya trademark, drum beat duk tak duk duk tak... (duk = bass drum, tak = snare - kasi laju) yang berulang-ulang. Satu fesyen je. Dan ikut wikipedia kata, D-beat ni satu cabang punk yang leaning kepada muzik Metal.
Oleh kerana aku Mat Metal kental, aku suka riff yang heavy. Maksud aku, sound gitar yang berat. Bands D-beat yang pernah aku cuba dengar, walaupun mempunyai rentak duk tak duk duk tak yang aku minat, namun lacking kat sound gitar tu. Pada fikiran aku, if only the band make the guitar sounds heavier...
My wish came true! Oleh sebuah band Swedish D-Beat, DISFEAR dengan album bertajuk Misanthropic Generation (2003). Secara kebetulan, vokalisnya juga merupakan vokalis feveret aku semasa beliau bersama dengan AT THE GATES; Tomas Lindberg. Aku teringat semasa berkuburnya AT THE GATES, Lindberg menyatakan bahawa minat beliau dengan muzik Death Metal telah luntur. Sekarang (ketika itu) beliau maukan sesuatu yang lebih heavy dan agresif, maka beliau memilih DISFEAR sebagai medium. Ketika itu aku membaca statement Lindberg dengan rolling eyes. Maksud aku, lu tinggalkan AT THE GATES (among the best Death Metal band ever existed in the planet) dan lu mau masuk DISFEAR? D-Beat apa jadah!!!
I don't know what I was missing...
Hinggalah suatu ketika yang boring, aku mengexplore blogsite yang meletakkan muzik secara percuma, keinginan aku untuk mendengar DISFEAR timbul. Aku mahu meletakkan verdict. Betul ke apa yang dikatakan oleh Lindberg ni?
Album pertama yang aku dengar ialah Brutal Sight Of War (1993). Fulamak kata aku dalam hati. Ini sudah gila babas! No wonder la Lindberg kata agresif dan brutal. Memang agresif dan brutal! Dan ini sebelum Lindberg masuk (beliau join in 1998).
Apabila aku download dan dengar Misanthropic Generation, it TOTALLY blew my mind! Dah lama aku tak dengar sesuatu yang meruapkan semangat macam ni. In fact, aku tak ingat pun bila last time?
Aku tak berapa pasti dengan work-ethic D-beat ni. Yang aku dengar, drum beat memang kena konstan duk tak duk duk tak all the way. Kalau ada tukar pun mungkin part slow je. DISFEAR memegang dengan sempurna etika ini. Namun bukanlah etika ini yang menyebabkan album ini menjadi perhatian tetapi HEAVINESS of the overall song.
Sound gitarnya memang Metal. Swedish Death Metal to be exact. Dengarkan ENTOMBED Left Hand Path dan Clandestine sebagai rujukan. Kasi taruk drum duk tak duk duk tak dan suara Lindberg. Ha... begitulah. Gila heavy dan brutal!
Sungguh la album ini menarik perhatian aku sampai aku terfikir andaikata aku bermuzik (berband kembali), maka album ini akan menjadi sole-influence untuk band tersebut!
- "Powerload"
- "An Arrogant Breed"
- "Misanthropic Generation"
- "Rat Race"
- "The Final of Chapters"
- "Never Gonna Die"
- "Demons, Demons, Demons"
- "26 years of Nothing"
- "A Thousand Reasons"
- "The Horns"
- "Dead End Lives"
- "Desperation"
haha duk tak duk duk tak.
ReplyDeleteni lebih duk takduk tak duktak duk.LOL
perasa punkish kot
cam best ko cerita
ReplyDeletenanti aku youtube huhu.
aku dah lama dan malas nak mengexplore band2 baru untuk cuba2 dengar...tapi lepas dengar lagu Powerload ni buat aku teruja pulak nak dengar satu album...memang best.
ReplyDelete