Almost a perfect revival album for Prog Rock! Walaupun di mana-mana band ini dikategorikan sebagai Prog Metal, tapi agak sukar untuk dibuktikan. Mungkin disebabkan HAMMERS OF MISFORTUNE berada di bawah naungan syarikat Profound Lore yang dikenali sebagai label yang merilis band Metal eccentric, maka dengan tak sengaja HAMMERS OF MISFORTUNE diletakkan di dalam kategori Metal.
Atau mungkin saja aku yang tertinggal album yang terdahulu yang mungkin lebih bunyi Metalnya? Aku tak tau. Yang aku tau, album ini is definitely Prog Rock!
Menggabungkan twin-guitar attack yang disulami dengan keyboard yang didominasi dengan bunyian Hammond dan suara tak berapa sampai (meneran) vokalis utamanya, album ini dirancang dan diputus untuk menjadi album yang menetapi jiwa proggers (Mat Prog Rock) yang mahukan sesuatu yang baru (mungkin sudah jemu dengan original bands tahun 70an dahulu).
Yang membuatkan album ini berjaya ialah kerana sound gitarnya yang authentic. Berbeza dengan band Prog Rock masa kini, sound yang autentik mungkin sesuatu yang selalu diburu namun sukar untuk dikecapi, HAMMERS OF MISFORTUNE seolah-olah berjaya mendapatkan sound tersebut. Bukan sahaja sound, malah feel Prog Rock yang sepatutnya.
Lebih ajaib, produksinya pula tidak kuno. Tidak juga moden. Aku sendiri sukar untuk membuat keputusan. 70an? Alaf baru? Yang pastinya produksinya sangat bagus dari segi ia menonjolkan betapa berjayanya album ini melahirkan sebuah album Prog Rock alaf baru dengan rempah ratus adunan elders Prog Rock terdahulu.
Album ini sebenarnya adalah gabungan 2 buah album, menjadi satu. Setelah mendengarnya beberapa kali, barulah dapat dibezakan keduanya. Church of Broken Glass lebih perlahan rentaknya. Agak terkilan juga kerana ia menjadi tenggelam jika dibandingkan dengan Fields yang lebih melodik dan celaru, sesuai dengan konsep Prog Rock yang diutarakan. Lagu Butchertown contohnya (dalam CoBG), ballad Prog Rock yang terlampau panjang, mungkin antara sebuah lagu self-indulgence yang terlepas masuk ke dalam album. Berbeza dengan Fields Trilogy (dalam Fields) yang juga panjang, dibahagi kepada 3 bahagian namun ia adalah satu kerja yang rapi dan tersusun yang menatijahkan keseluruhan HAMMERS OF MISFORTUNE dalam sebuah lagu.
Mungkin merilis dua album dalam satu adalah kesilapan besar HAMMERS OF MISFORTUNE. Merilis album ini secara individu adalah lebih baik. Album Fields yang lebih mantap terpaksa berkongsi posisi dengan CoBG yang kurang menyerlah. Tapi apa nak komplen sangat jika harga CD ini sama dengan harga satu CD. CoBG bukanlah album yang teruk tetapi lebih menyerlah jika ia berdiri dengan sendiri. Maka, anggaplah CoBG sebagai bonus. Yang anda mahukan ialah Fields.
Jangan lupa menggodek liriknya. Lihat saja pada tajuk lagu. Ia menerbitkan curiosity.
Disc 1 (Fields)
1. Fields Trilogy
i. Agriculture 05:04
ii. Fields 04:45
iii. Motorcade 06:21
2. Rats Assembly 06:10
3. Always Looking Down 05:33
4. Too Soon 08:35
Disc 2 (Church of Broken Glass)
1. Almost (Left Without You) 08:18
2. Butchertown 10:19
3. The Gulls 06:35
4. Church of Broken Glass 04:19
5. Train 04:02
http://www.myspace.com/hammersofmisfortune
packaging lawa yang cam rising sun tu
ReplyDeletetegar sungguh la kamu ni..jiwa ttp keras..haih...cube tuka genre muzik tu sekali skala bro...haha...anyway, keep up ur good work!! cayyokkkk \m/
ReplyDeletebeb mana paul di anno , aku nak baca.. mesti best
ReplyDelete