Soalan yang selalu aku terima. Ketahuilah, soalan cenggini memberi tekanan kepada aku. Tu pasal aku tak cerita aku punya study kat dalam blog. Sebab study ni banyak masalah. Especially dalam level yang aku tengah buat. Andaikata Allah s.w.t. murahkan rezeki aku, dan bagi ijazah ni pada aku, ini adalah ijazah paling tinggi dan paling last sekali dalam dunia akademik. Oleh kerana ianya the end of the line, maka ianya paling susah.
Kalau senang, ramai la orang dok buat dan hilang le nilai ijazah tersebut.
Susah ke? Memang susah. Dan banyak problem.
Aku cuba ikut cara agama bila ada masalah. Iaitu minta pertolongan dari Allah s.w.t. via doa. Maka apabila ada masalah yang berkaitan dengan study, aku doa pada Allah s.w.t. Yang bagi masalah in the first place ialah Allah s.w.t. dan yang menyelesaikan juga ialah Allah s.w.t. Kerja aku, usaha dan doa je la.
Bila timbul masalah, aku bermonolog dengan diriku sendiri. Kadang-kadang doa. Kadang-kadang menangis dalam doa. Doa sampai menangis? Itu la tatacara berdoa. Tak percaya sila rujuk dengan Ustaz yang berkaliber. Tapi aku jadikan tabiat, aku menangis dalam doa bila minta ampun dari Allah s.w.t., kuatkan iman etc dulu (bab masuk kubur dan akhirat). Dah last, baru la aku mintak bab dunia ni. Apapun doa aku yang sungguh-sungguh; minta akhirat dulu then end dengan dunia.
Tapi hari ni aku nak bagi berita gembira insyaAllah. Masalah besar aku dengan research yang aku buat ni alhamdulillah, Allah s.w.t. telah buka jalan.
Dalam agama, masalah kita cerita kat Allah s.w.t. dan berita gembira kita kena bagitau semua orang (untuk declare bantuan Allah s.w.t.). Jangan jadi terbalik, masalah satu kampung kita cerita (contoh tiba-tiba hilang duit AUD$10) tapi berita gembira kita sorang-sorang je simpan (contoh tiba-tiba jadi orang kaya ke).
Aku tau ada jalan selama ni tapi ada benda yang menghalang. Bila benda yang menghalang ni aku selesaikan, maka aku boleh terus berjalan sampai akhir jalan. Secara tamsilannya (kiasannya), benda yang menghalang ni alhamdulillah Allah s.w.t. bantu aku selesaikan.
Sekarang tinggal aku nak refine dan polish jalan tu. Yea!
So untuk menjawab soalan-soalan berkait dengan "Bila lu nak abis study bro?" ni, aku jawab insyaAllah, by the starting of 2010, aku boleh diserempakkan di sekitar bandaraya Ipoh!
sampai mati baru bes kott
ReplyDeletebetul 2 bro, nak jadi yang pertama bukan mudah, untuk mendapat ijazah tertinggi juga bukan mudah.. lalui saja, jalani saja, mudah2an bro ben sentiasa dmudahkan segalanya gud luck n sukses selalu..
ReplyDeletekalo da bjya, jgn lupa terus berkarya..hehe
bro takpa lg dh sampai tahap ni,saya ni dah 2 thn tak balik kampung raya sebab depa dok tanya bila dh habis..
ReplyDeleteTapi timbang tara yang saya buat,saya achieve benda2 lain yang saya rasa puas dan berguna untuk masa depan,orang lain amik 8 subjek,saya amik 3 ja.Banyak masa yang saya spend untuk benda2 yang bermanfaat..
Saya rasa tak salah kalau saya masih lagi belajar,daripada menjadi samseng mat rempit,perompak atau isap dadah ker....tahniah bro tinggal beberapa bulan jer lg neh...
1.Eh...kau nak abis dah ker? Uwaaaa... tinggal aku gak kat sini, jadi penghulu adeled.
ReplyDelete2. Alhamdullilah masalah kau selesai. Tapi masalah ni kadang2 camboomerang, boleh dtg balik. Jagelah.
3.Aku tak pernah buat phd, jadi satu jer nasihat aku. Backup everything kat 5-6 places dan finish writing ASAP, Writing tu lah yg killer tuh. Ehh dah jadi 2 nasihat plak.
4.Aku ternampak stat pengkomen teraktif tuh. Ni aku nak merajinkan komen sebab nak dapat no 1.
Silap lah wei..patut aku komen 2 kali ni. Baru dapat lebih point.!!!
mauahhahah
phd mane yang tak rabak ... ?
ReplyDeletegle sensitif soklan nih
ReplyDeletesoalan mintak tendang:
ReplyDeleteBullet bila nk rilis bro?
muahahaha
see you in IPOH....pekena nasik ganja!
ReplyDeleteSituasi lu lebey kurang ngan gua..blaja ada sangkut-sangkut..tapi alhamdulillah sekarang gua dah agak stabil..dah pada awal tahun 2010..jangan harap budak-budak Ipoh nak jumpa gua..gua dah habis belajar..hahaha
ReplyDeletegua pernah deengar jugak..jikalau menghadapi masalah yang runcing, maka kaedah terbaik menghadapinya adalah melalui kaedah dan falsafah solat..macam 1st benda time nak solat..berdiri lurus..kerana kita berhadap yang nyata..maka during facing problems pun kita perlu bersedia untuk menghadapinya kerana masalah itu juga suatu kenyataan..
bagus la dah nak balik...senang sikit aku nak beli cd...kurang sikit kos postage tu...hahaha
ReplyDeletesteady la abg ben
ReplyDeletewahhhhh..bleh TT kat ipoh nanti..aku doakan selamat habis cepat study ko!
ReplyDelete