Sunday, April 26, 2009

Versi IRON MAIDEN Flight 666

Kena check duit dalam tabung macam ni... Rilis 25/5/2009.


Versi CD ni dah tentu kena beli!

Blue-ray ni nak nengok banyak benda kena upgrade. Player kena upgrade, juga TV. Memang takde plan nak upgrade benda-benda tu. So jadi koleksi je la.

DVD biasa.

DVD limited edisi. Sudah tentunya kena beli yang limited edisi. Kalau ada duit lebih, boleh tambah versi biasa.

Vinyl yum yum... aku dah give up kumpul vinyl IRON MAIDEN sebab bila order harga posnya melampau. Apa nak kata, benda pun besar dan berat. Tapi cun ah cover ni... picture disc lak tu. Hmmm....

BUT WAIT! Ada seorang kawan nak ke UK minggu depan. Apa kata aku order semua ni melalui dia? At least, harga pos free... yummy yummy.... SLURRPPPP!!!!

Friday, April 24, 2009

Ulasan IRON MAIDEN di ROTTW April 2009

Ulasan IRON MAIDEN show di New Zealand dah published dalam ROTTW April 2009. Kalau nak baca beli la kat kedai ataupun boleh baca the condensed version KAT SINI.



Thursday, April 23, 2009

Kamal Sabran + Zul (Dewangga Sakti) FREE DOWNLOAD!

Mat underground Metal Malaya pasti ingat Zul (ex-Cryptic Malediction), kan? Well, sekarang beliau sudah ada band tradisional DEWANGGA SAKTI.

Beliau berkoloborasi dengan experimental-wizard, Kamal Sabran (orang Manjoi yeop!) dan menghasilkan lagu ini Pengembara Cahaya.

Gila BESTEST!!!

Aku pun ada plan koloborasi dengan dua manusia istimewa ini! Tak tau jadi ke tidak. Just wait and see...

Enjoy the song and video!

Space Gambus Experiment:

Zulkifli Ramli - Gambus/Oud
Kamal Sabran - Electroacoustic

Videographer
Md Pazil Kamaruddin
Kamal Sabran

Edited & Directed by
Kamal Sabran

Filmed on location in
Kamal's home studio, Ipoh Perak Malaysia
13 April 2009

+ the track contains real signals from outer space (Jupiter's radio wave)
captured by the artist with tremendous helps by a group of scientist in National Space Agency Malaysia.

Space Gambus Experiment
is a project group by Kamal Sabran and Zulkifli Ramli. Their musical style is based on various experimentation on Gambus/oud with electro-acoustic approach in music making.





Click here for downloads (authorized by the artists)
ENJOY!

TRACKS:
1) Pengembara Cahaya
2) Dari Dalam Kalbu
3) 7 Ruang Kosong
4) Penawar
5) Sonik al-Kosmik
6) Gerhana
7) Pulang Kakanda Bulan


*design by kamal sabran

Tasykil


kredit MFRStudio

Sunday, April 19, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Final

Bayan terakhir selepas solat Fajr juga merupakan bayan hidayat, telah diberikan oleh Syeikh Mukhtaz. (maaf, detail tidak dapat diingat ketika entry ini ditulis kerana tiada nota yang dicatat sekadar ingatan kepala je - Abang Ben).

Selepas Syeikh Mukhtaz selesai dengan bayan hidayat, beliau menjemput wakil jemaah dari Arab Saudi untuk memberikan nasihat pendek. Wakil jemaah Arab Saudi ini juga menekankan betapa pentingnya umat ini digerakkan. Beliau tidak meletakkan high expectation terhadap Australia sebelum beliau sampai. Namun apabila beliau sampai beliau terkejut melihat Islam sedang berkembang dengan pesat. Di masjid Fawkner inipun jemaah memenuhi masjid dari pelbagai bangsa dan bahasa. Doanya semoga Islam terus berkembang dan semua rakyat Australia beragama Islam.

Beliau menceritakan tentang seorang rakannya yang juga terlibat dalam usaha agama ini. Pada suatu ketika rakan yang baru balik dari kerja telah diajak oleh rakan yang lain dari satu tempat untuk memberi nusrah kepada jemaah yang baru sampai. Rakannya ini terus menyahut seruan rakan-rakannya yang lain walaupun beliau penat. Namun dalam perjalanan telah berlaku kemalangan. Rakan beliau ini meninggal dunia sedangkan yang lainnya selamat. Peristiwa itu berlaku pada hari Rabu 830pm. Beliau sendiri telah menguruskan mayat rakannya ini dan ini hanya berlaku pada hari Jumaat. Sambil beliau bersumpah beliau mengatakan mayat rakannya ini tidak keras seperti mayat yang biasa tetapi gebu seolah-olah ianya baru saja mati. Dan di mukanya terukir senyuman. Anak rakannya yang melihat wajah ayahnya pada kali terakhir, tidak mahu berganjak dari mayat. Apabila ditanya, anak ini mengatakan beliau melihat seolah-olah mayat ayahnya mahu berkata-kata sesuatu. Manakan tidak, wajah mayat yang terukir senyuman! Subhanallah.

Mereka yang membantu agamaNya, Allah s.w.t. akan balas bantuan tersebut.

Majlis ditutup dengan doa akhir yang kemudiannya disebut senarai nama mereka-mereka yang akan keluar ke jalan Allah s.w.t. Ada di antara mereka yang akan ke Canada, Indonesia dan beberapa kepulauan kecil sekitar Australia. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmat mereka-mereka ini. Moga Allah s.w.t. juga memberikan taufik kepada saya dan anda untuk berkorban di jalan Allah s.w.t. dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a. Amin.

Alhamdulillah kami dari Adelaide telah sampai ke Adelaide selepas Isya' hari Isnin 13/4. Jika anda tidak menyertai ijtima ini pada tahun ini, bersiaplah untuk ijtima seterusnya pada tahun hadapan (di waktu Easter Holidays). Jangan taksub dengan bangsa, bahasa, budaya, individu tetapi bukalah minda dan doa kepada Allah s.w.t. kerana yang memberi hidayat dan taufik, hanyalah Allah s.w.t.

Sessunguhnya agama ini untuk semua.

(Tamat)

Saturday, April 18, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Part 3

Malam Ahad bayan telah diberi oleh Mufti Darul Uloom Madrasah Fawkner (tempat ijtima') dan beliau sangat menekankan betapa pentingnya usaha atas iman dan amal dijalankan. Komen beliau, golongan sahabat sangat kuat pegangan imannya sedangkan umat sekarang amat lemah. Ketika peristiwa 9/11 lepas, ramai yang serta-merta mencukur janggut sedangkan belum apa-apa ancaman diberi kepada mereka. Cuma sekadar mendapat tahu peristiwa tersebut dari akhbar dan media elektronik. Sedangkan orang terdahulu sanggup memberikan nyawa untuk mempertahankan iman mereka.

Diselitkan satu perkara masail dalam bayannya iaitu adab berpakaian. Ketika beliau menjadi makmum, ada seorang dalam jemaah solat tersebut dihadapannya yang memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk badan. Itu adalah aurat dan sepertimana wanita, lelaki juga wajib menjaga aurat mereka.

Mufti memenuhkan bayan beliau dengan menceritakan kebesaran Allah s.w.t. di samping menekankan usaha agama yang perlu diambil serius oleh jemaah yang hadir (maaf, detail tidak dapat diingat ketika entry ini ditulis kerana tiada nota yang dicatat sekadar ingatan kepala je - Abang Ben).

Selepas makan malam, Syeikh Mukhtaz (orang tanggungjawab se-Australia) telah mengumpulkan semua brothers dari Adelaide untuk diberikan targhib atas usaha agama ini. Beliau adalah orang terawal mengambil usaha agama ini di Australia di awal tahun 70an bersama abangnya, Syeikh Mahmud (yang pernah memberikan bayan di Masjid Sri Petaling 2 tahun lepas ketika jemaah Australia keluar di Malaysia - transkrip bayan beliau boleh di baca DI SINI). Mereka berdua adalah keturunan Arab Mesir.

Kata beliau, Adelaide adalah "City of Churches". Masjid City di tengah bandar Adelaide adalah antara masjid tertua di Australia yang dibina oleh imigran Afghan lebih seratus tahun dahulu. Pernah satu ketika masjid tersebut ditutup oleh local council akibat tiada aktiviti di dalamnya. Jemaah dari Melbourne telah datang ke Adelaide ketika itu dan cuba membukanya kembali. Walaupun dihalang, namun mereka dapat juga masuk dan amalan mula dibuat di dalamnya. Moralnya ialah, masjid perlu dibuat amal. Masjid itu diberi nama masjid kerana amalnya bukan kerana bentuk bangunan.

Beliau mengatakan bahawa tugas memberi hidayah ini adalah tugas Allah s.w.t. Hidayah bukan diberi oleh buku, CD, radio malah bukan oleh manusia. Nabi s.a.w. sendiri, seorang yang maksum, dan punyai akhlak tertinggi juga tidak dapat memberikan hidayah kepada bapa saudaranya yang dikasihi. Nabi Ibrahim a.s. tidak boleh beri hidayah kepada bapanya. Nabi Nuh a.s. juga tidak dapat memberikan hidayah kepada isteri dan anaknya. Tetapi untuk syarat hidayah Allah s.w.t. beri kepada seseorang ialah apabila ada usaha Nabi s.a.w. dibuat dan orang itu berkehendakkan kepada hidayah.

Maka dengan sebab itu umat ini perlu digerakkan sepertimana para Sahabat r.a. digerakkan oleh Nabi s.a.w. Atas sebab pergerakan para Sahabat r.a. yang merata itu, Allah s.w.t. telah menyebarkan agama ke seluruh alam. Andaikata para Sahabat r.a. duduk sahaja di Mekah dan Madinah maka agama akan mati selepas generasi mereka.

Walaupun adanya sistem komunikasi yang serba canggih sekarang ini, ianya bukanlah medium dakwah yang dicontohkan para Nabi a.s. Dari Nabi Adam a.s. hingga Nabi s.a.w., agama ini berkembang dengan medium berjumpa, dari hati ke hati. Tidak dinafikan media juga satu medium tetapi ia tidak boleh dijadikan asas utama. Asas utama perlu dikembalikan kepada sunnah Nabi s.a.w. berdakwah.

Beliau menceritakan satu jemaah kecil dari Australia telah dihantar ke Pulau Solomon pada tahun 1996. Jemaah tersebut cuma 3 orang dan merupakan jemaah pertama dihantar ke sana. Jemaah ini pergi dengan harapan dapat berjumpa dengan orang Islam walaupun tidak diketahui samada ada atau tidak orang Islam di situ. Sampai di situ, mereka menginap di sebuah hotel setelah didapati tiada musolla di situ. Taklim dibuat di dalam bilik hotel dan selepas Asar mereka membuat jaulah. Oleh kerana tiada Muslim yang diketahui, mesyuarat memutuskan agar mereka bergerak sahaja di kawasan bandar tersebut (bandar yang kecil, mungkin lebih sesuai diistilahkan sebagai "pekan").

Maka, mereka bergerak dari hujung jalan ke hujung jalan di dalam pekan tersebut tanpa bercakap dengan sesiapa. Oleh kerana pekan kecil, berita tentang perkara ini tersebar ke seluruh pekan seolah-olah ada laporan berita di dalam TV (tiada siapa pun ada TV di pekan tersebut). Mungkin pelik melihat jemaah ini yang berjubah putih.

Keesokan harinya mereka telah pergi ke dalam bank untuk menukar currency. Tiba-tiba mereka telah ditegur oleh seorang paderi (warga native pulau) dan soalan pertama dari beliau ialah, "Are you people come from the sky?" Jemaah ini menjawab sudah tentu tidak. Mereka datang dari Australia. Paderi itu menceritakan yang penduduk di pekan ini semua beragama Kristian. Golongan missionary Kristian yang datang dahulunya mengatakan sekarang ini, cuma agama Kristian sahaja yang wujud di dunia ini dan tiada lagi agama lain. Maka mereka semua beragama Kristian. Oleh sebab itu apabila ternampak jemaah ini yang serba putih soalan yang ditanya adalah "adakah mereka ini didatangkan oleh Tuhan dari langit?"

Jemaah ini kembali ke Australia tanpa dapat berjumpa dengan seorang pun orang Islam.

Dua tahun kemudian, satu lagi jemaah di hantar. Kali ini Syeikh Mukhtaz pun turut serta. Ketika berada di dalam kapal terbang, seorang steward native asyik tersenyum-senyum ketika melihat jemaah. Maka beliau telah disapa dengan pertanyaan, adakah anda Muslim? "Belum lagi" kata steward tersebut "tetapi saya tau dimana ada musolla". Subhanallah. Dua tahun sebelumnya tiada seorang muslim pun di situ tetapi sekarang sudah ada musolla? Steward tersebut melakarkan arah ke musollah tersebut. Apabila mereka sampai, agak lewat, mereka menginap di hotel paling dekat dengan musolla tersebut supaya mudah untuk berjemaah. Waktu Fajr ketika mereka berjalan kaki ke musolla mereka terjumpa dengan dua orang native yang mengatakan mereka baru sahaja masuk Islam malam sebelumnya dan mereka diIslamkan oleh imam musolla tersebut dan sekarang ini mereka mahu solat berjemaah.

Syeikh Mukhtaz menambah tentang negara China. Ketika tahun 60an, China sangat pekat komunismenya dan adalah mustahil untuk menghantar jemaah secara terang-terangan. Namun seorang warga Pakistan yang ada fikir tentang usaha agama telah pergi ke sebuah bandar besar (tak ingat nama bandar - Abang Ben) di situ. Secara zahirnya beliau ke sana untuk menyertai expo perniagaan. Namun selesai sahaja expo tersebut beliau telah bermesyuarat di dalam bilik hotel bersama dengan konvoinya, bagaimana usaha agama boleh dibuat di situ. Maka mereka membuat keputusan untuk bergerak sahaja mengelilingi hotel mereka menginap. Mereka bergerak bertiga, di hadapan ialah mutakallim (si pembicara) dan dibelakang dua orang berzikir (dalam hati). Selepas Asar adalah waktu peak manusia balik dari kerja. Mereka mengelilingi kawasan hotel dengan si mutakallim menyebut "Kullu La Ilahaillallah, Tuflihun!" (ucapkanlah La Ilahaillallah pasti kamu akan berjaya!), hingga waktu Maghrib. Mereka berjemaah di sebuah padang berdekatan hotel dengan sekumpulan besar orang tempatan mengelilingi mereka melihat ke'pelik'an yang berlaku.

Ijtima Tonggi, Bangladesh dibuat setiap tahun yang mana sekarang ini jumlah peserta antara 3-4 juta orang. Sebelum ini, jemaah dibahagi-bahagikan ikut kefahaman bahasa mereka. Bayan utama diberi dalam bahasa Urdu dan Bangladesh dengan khemah-khemah terjemahan dalam bahasa English, Arab etc. Sekarang khemah telah ditambah lagi untuk terjemahan bahasa Mandarin!

Dua contoh tersebut menunjukkan bukti kenapa usaha ini perlu dibuat. Pergerakan harus dilakukan supaya hidayah diturunkan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. tahu akan tidak kemampuan manusia tetapi Allah s.w.t. akan menurunkan hidayah apabila usaha Nabi s.a.w. dicontohi. Bila cara Nabi s.a.w. dicontohi Allah s.w.t. akan membuka hati-hati manusia.

(bersambung)

IKLAN:
Jemaah masturat (couple suami/isteri) dari Melbourne sekarang (18/4) berada di Adelaide. Boleh hantar isteri untuk program ini:
  • 1030am-12pm taklim wanita di 7 Alton Avenue, Gilles Plains
  • 4-5pm bayan untuk wanita di Lancaster Ave, Valley View

Thursday, April 16, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Part 2

Hari Ahad adalah rutin, dimulakan dengan solat Fajr berjemaah dan diikuti dengan bayan Subuh yang diberikan oleh seseorang dari jemaah Arab Saudi. Selepas sarapan kami rehat. Di luar masjid, teh dan kopi dihidangkan secara percuma. Jika ada antara kami yang tidak mahu makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah, boleh saja membeli di luar masjid. Mungkin di Malaysia, burger adalah kelaziman tetapi untuk kami di Adelaide, hanya kalau dibuat home-made baru dapat merasa. Di warung luar masjid ini, alhamdulillah ada menjual burger. Terasa sangat nikmatnya.

Jam 930am halqah taklim bermula. Kami yang berbahasa Melayu, rapat-rapat antara kami dan mendengar hadith-hadith Nabi s.a.w. yang dibaca dari Kitab Fadhail Amal karangan Maulana Zakaria Al-Kandahlawi (rah) selama hampir sejam. Kami juga duduk bertiga-tiga membuat halqah tajwid Al-Quran, mendengar dan membetulkan bacaan Al-Fatihah dan 10 surah terakhir. Suatu praktis yang sangat baik kerana bukan semua dari kami yang betul bacaannya, maka ia dibetulkan. Sejam yang terakhir, muzakarah enam perkara diberikan oleh wakil jemaah dari Malaysia. Beliau menekankan betapa pentingnya membuang kebesaran dunia di dalam hati dan selayaknya diganti dengan kebesaran Allah s.w.t. Pentingnya ini kerana, ia adalah peningkatan iman. Dan Allah s.w.t. sendiri hanya menerima iman yang 100% kepada diriNya. Jalannya ialah dengan bermujahadah keluar ke jalan Allah s.w.t. disamping sentiasa menggunakan 4 deria; mulut untuk selalu bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t., telinga untuk sentiasa mendengar percakapan tentang kebesaran Allah s.w.t., mata untuk sentiasa melihat kebesaran Allah dan minda untuk sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t.

Selepas solat Zohor, Maulana Ismail dari sebuah masjid di Melbourne memberikan bayan. Beliau berasal dari Albania. Beliau menceritakan bagaimana Albania telah dihenyak oleh komunis. Setiap perkataan berkait dengan agama adalah jenayah. Masjid dimusnahkan dan para ulama dibunuh. Namun kuasa Allah s.w.t. mengatasi segalanya. 1991, komunis hancur di Albania dan pada tahun 1993, beliau mengikuti jemaah pertama ke Pakistan ketika itu beliau berumur 14 tahun. Mereka berjumpa dengan Maulana Umar Palanpuri (rah) dan sebaik sahaja beliau berjumpa dengan jemaah ini, beliau menitiskan air mata. Kata Maulana Ismail, Maulana Umar Palanpuri (rah) telah menangisi keadaan Islam di Albania sejak 30 tahun yang lepas!

Maulana Ismail terus belajar agama di Pakistan. Menjadi hafiz Al-Quran dan seterusnya menjadi alim. Pada tahun 1999, beliau berangkat dengan jemaah jalan kaki di Pakistan. Jemaah tersebut mengandungi 2 orang alim dan 2 orang al-hafiz selain dari orang awam. Kata Maulana, inilah komposisi jemaah yang perlu diusahakan. Kata beliau mereka sampai di sebuah perkampungan ketika tasykil dibuat, ramai orang kampung telah sedia untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. Namun begitu, mereka tidak mempunyai sebarang harta untuk dibuat perbelanjaan. Setelah bermesyuarat, amir jemaah mencadangkan agar mereka membawa sahaja kambing belaan mereka. Jika ada sesiapa mahu membeli ketika di jalan Allah s.w.t., maka ia boleh digunakan sebagai perbelanjaan.

Sepanjang perjalanan setiap kampung, ada saja orang kampung yang mahu keluar ke jalan Allah s.w.t. Apabila sampai di markaz Raiwind, jemaah tersebut membawa 46 orang kampung bersama mereka bersama-sama dengan 250 ekor kambing! 250 ekor kambing itu berjaya dijual di pasar oleh seseorang dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran. Subhanallah! Sesetengah orang kampung tersebut bukan sahaja dapat keluar 4 bulan dan 40 hari di jalan Allah s.w.t., malah dapat juga membawa belanja ke rumah hasil dari jualan tersebut. Benarlah kata Allah s.w.t. bahawa agama ini perniagaan yang menguntungkan untuk mereka yang beriman.

Kata Maulana Ismail, jemaah ini unik. Ketika rutin harian mesyuarat untuk aktiviti harian, bukan sahaja dimesyuaratkan siapa yang hendak diziarahi, siapa yang khidmat, siapa yang memberi bayan etc., malah dimesyuaratkan siapa yang akan membawa kambing-kambing itu ke padang ragut! Kami yang mendengar tersenyum-senyum mendengarnya.

(bersambung)

Tuesday, April 14, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Part 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. jemaah dari Adelaide telah selamat pergi dan kembali dari Ijtima Melbourne tahun ini. Program yang penuh dengan pengisian rohani dan menyedarkan kita tentang maksud dan tujuan kita didatangkan ke alam ini.

Rombongan konvoi jemaah ini terdiri daripada 2 minibas, 1 MPV dan 4 buah kereta. Beberapa brothers yang lain bertolak bersendirian (kereta ataupun kapalterbang) dan total anggaran ialah 60-70 brothers telah hadir yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, budaya, latarbelakang tetapi dengan satu fikir iaitu untuk membetulkan kefahaman terhadap agama ini.

Kami bertolak dari Adelaide seawal 730am secara berkala dan minibas terakhir bertolak jam 9am setelah dipastikan semua persiapan awal telah lengkap. Perjalanannya jauh, sejauh 800km dan minbas yang terakhir telah sampai ke Masjid Fawkner sekitar jam 8pm. Ketika itu, bayan maghrib telahpun selesai dan tasykil sedang berjalan. Difahamkan bahawa program telah bermula selepas Asar dan dua orang pembayan pada waktu Asar dan Maghrib tadi adalah pembayan dari jemaah Arab Saudi yang sedang bergerak sekitar Melbourne.

Dalam masjid penuh dengan manusia. Ada yang menyediakan diri dengan ibadat, ada yang mendakwahkan, ada yang mendengar juga ada yang sedang menyediakan makanan untuk para jemaah. Sekali imbas, ia mirip keadaan masjid Nabi s.a.w. pada zaman Baginda s.a.w. yang mana 4 perkara yang berlaku 1. Ibadat 2. Dakwah 3. Taklim wa taklum 4. Khidmat.

Masjid hidup.

Hari Sabtu bermula dengan solat Fajr secara berjemaah dan seterunya hadirin duduk untuk mendengar bayan dari Dr. Syafie, ex-pensyarah UKM (bersara) yang sedang bergerak dengan jemaah Malaysia sekitar Melbourne. Penulis yang masih keletihan kerana menjadi driver pada semalamnya sedar dengan tidak apa yang dibayankan oleh Dr. Syafie. Selesai bayan, tasykil dibuat dan jemaah bersedia untuk sarapan beramai-ramai di belakang masjid.

Program diteruskan dengan taklim wa taklum pada jam 10am. Halqah-halqah dibuat berdasarkan bahasa ibunda. Di ruang utama masjid, untuk mereka yang berbahasa Inggeris. Manakala halqah bahasa Urdu, Arab, Bangladesh dan Melayu juga dibuat di beberapa sudut. Penulis duduk di dalam halqah bahasa Melayu. Mereka yang duduk di halqah ini terdiri dari mereka yang berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Muzakarah 6 perkara diberi oleh Saudara Lokman, yang bergerak bersama dengan jemaah Malaysia di Australia.

Penulis teringat ketika bersama dengan Saudara Lokman di Adelaide seminggu sebelumnya. Apabila ditanya berapakah belanja untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan di Australia/New Zealand ini? Beliau menjawab, RM18,000. RM8000 untuk dirinya dan RM10,000 ditinggalkan kepada keluarga beliau di Malaysia. Subhanallah! Hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat mengorbankan harta sebegini dalam keadaan beliau yang kerja kontrak sahaja. Beliau merupakan orang termuda dalam jemaahnya, berusia 43 tahun dan mempunyai 8 orang anak.

Selesai halqah taklim wa taklum, jemaah bersiap sedia untuk solat Zohor dan duduk mendengar bayan selepas Zohor sebelum bersiap untuk makan tengahari. Penulis buat masa ini tidak ingat siapa yang memberi bayan tersebut.

Setelah makan tengahari, jemaah diberi masa untuk rehat sebelum Asar. Bayan pendek diberi oleh Imam sebuah masjid di Melbourne yang berasal dari Turki. Yang paling menarik ialah tamsilan beliau mengenai nafsu manusia. Dikisahkan begini. Seorang snake-charmer, mencari rezeki dengan ular-ular berbisa di sebuah kampung. Suatu ketika beliau berfikir bahawa jikalau beliau dapat mencari ular yang besar, maka sudah tentu lebih ramai penonton yang akan hadir melihat persembahan beliau. Maka dicarinya di dalam hutan dan beliau terjumpa seekor ular yang sangat besar yang sedang tidur, disangkanya mati. Fikir beliau, mati pun OK lagi sekurang-kurangnya ular itu besar dari biasa. Maka dibawa ke dalam kampung tersebut dan diiklankan kepada khalayak ramai. Berpusu-pusulah orang kampun berkumpul untuk melihat ular yang besar itu. Ular tersebut sebenarnya sedang tidur disebabkan kesejukan di dalam hutan. Tetapi apabila masuk dalam kampung, suasana agak panas dan ular tersebut terjaga dari tidurnya. Orang kampun bertempiaran lari sedangkan si snake-charmer tersebut berdiri tegak disangkan ular tersebut dapat dijinakkan. Terus dibaham snake-charmer tersebut. Moral kisah: Nafsu kita dalam masjid dikekang oleh suasana agama maka nafsu itu tidur. Namun apabila suasana hilang ketika berada di luar masjid (atau berada dalam kawasan yang mana nafsu itu boleh 'dihangatkan') maka ia akan memusnahkan kita. Jadi, suasana perlu diwujudkan di luar masjid supaya nafsu ini senantiasa dapat dikekang. Itulah dengan lima amal masjid yang disarankan oleh alim ulama usaha ini.

1. Fikir harian dan mesyuarat harian.
2. Taklim harian di masjid dan di rumah.
3. 2 1/2 jam setiap hari bagi masa untuk jumpa manusia sekitar masjid.
4. Gash (jaulah) mingguan di masjid sendiri dan masjid berdekatan
5. 3 hari keluar ke jalan Allah s.w.t. setiap bulan.

Selepas maghrib, bayan diberi oleh seorang alim dari Myanmar.

(bersambung)

Thursday, April 09, 2009

Bertolak ke Ijtima dakwah dan tabligh di Melbourne

InsyaAllah, esok pagi-pagi aku akan bertolak ke Melbourne, mewakafkan diri, masa dan harta untuk fikir tentang agama untuk diri, keluarga dan ummat.

Yang dimesyuaratkan untuk pergi, hampir 40 orang dari Adelaide yang akan bertolak secara konvoi (2 minibus, satu MPV dan 3 kereta). Itu tidak termasuk mereka-mereka yang pergi secara sendiri (flight dan darat). Kami yang pergi dalam pelbagai warganegara, bangsa, bahasa, status masyarakat, warna kulit dan mazhab pegangan.

InsyaAllah, moga bertemu lagi sekembali aku lewat Isnin depan.

Wednesday, April 08, 2009

27

Kalau diumpamakan jika melakukan sesuatu perkara dapat RM27 lima kali sehari, surely kita akan sambar peluang tu. Tanpa banyak soal.

RM27 x 5 = RM135 sehari
RM125 x 30 = RM4050 sebulan
RM3570 x 12 = RM48,600 setahun
RM45,000 x 25 = RM1,215,000 (untuk 25 tahun... agak-agak baki umur le tu)

WOW!

Tapi aduh, nak ada yakin benda ghaib ni bukan mudah. Nombor 27 tu sesuatu yang ghaib!

Bukan kerana tubuh sihat, bukan kerana nak pergi tempat tu dekat, bukan kerana dia ada kereta, bukan kerana dia seorang Ustaz, bukan kerana dia seorang Mufti... bukan bukan bukan...! Bukan kerana semua itu YAKIN itu datang.

Kena ada driving FORCE...


*********************

Narrated 'Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said, "The prayer in congregation is twenty seven times superior to the prayer offered by person alone." (Bukhari, Volume 1, Book 11, Number 618)

Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "The congregational prayer of anyone amongst you is more than twenty (five or twenty seven) times in reward than his prayer in the market or in his house, for if he performs ablution completely and then goes to the mosque with the sole intention of performing the prayer, and nothing urges him to proceed to the mosque except the prayer, then, on every step which he takes towards the mosque, he will be raised one degree or one of his sins will be forgiven. The angels will keep on asking Allah's forgiveness and blessings for everyone of you so long as he keeps sitting at his praying place. The angels will say, 'O Allah, bless him! O Allah, be merciful to him!' as long as he does not do Hadath or a thing which gives trouble to the other." The Prophet further said, "One is regarded in prayer so long as one is waiting for the prayer." (Bukhari, Volume 3, Book 34, Number 330)

Ibn 'Umar reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: The prayer of a person in congregation is twenty-seven times in excess to the prayer said alone. (Muslim, Book 004, Number 1366)

*********************

Driving FORCE tu ialah IMAN.

Tapi perumpamaan RM27 tu nilai kecik sangat. Kekal takat dunia je. Masuk kubur, habis.

Sama-sama kita azam!

Saturday, April 04, 2009

Jemaah Malaysia di Adelaide

Baru-baru ni satu jemaah dari Malaysia telah sampai ke Adelaide. Mereka sedang buat usaha dakwah dan tabligh di sekitar bandaraya ini sehingga minggu depan.

Aku meluangkan masa untuk bersama dengan jemaah ini.

Dengan sebab itu, blog ni tak berapa nak update.

Untuk mereka di Adelaide, silalah datang untuk berjumpa dengan jemaah ini. Pada hari Ahad ni, insyaAllah selepas maghrib, mereka akan menjamu kariah dengan masakan istimewa. Silalah datang.

Juga mereka menjemput untuk kita hadir di ijitma dakwah dan tabligh di Melbourne (KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT). Alhamdulillah beberapa orang Melayu telah berazam untuk hadir. Kill the curiosity dengan hadir. Jadilah antara mereka yang maukan agama tanpa membezakan status, pangkat, bangsa dan bahasa. Islam adalah UNTUK semua.