Sunday, April 19, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Final

Bayan terakhir selepas solat Fajr juga merupakan bayan hidayat, telah diberikan oleh Syeikh Mukhtaz. (maaf, detail tidak dapat diingat ketika entry ini ditulis kerana tiada nota yang dicatat sekadar ingatan kepala je - Abang Ben).

Selepas Syeikh Mukhtaz selesai dengan bayan hidayat, beliau menjemput wakil jemaah dari Arab Saudi untuk memberikan nasihat pendek. Wakil jemaah Arab Saudi ini juga menekankan betapa pentingnya umat ini digerakkan. Beliau tidak meletakkan high expectation terhadap Australia sebelum beliau sampai. Namun apabila beliau sampai beliau terkejut melihat Islam sedang berkembang dengan pesat. Di masjid Fawkner inipun jemaah memenuhi masjid dari pelbagai bangsa dan bahasa. Doanya semoga Islam terus berkembang dan semua rakyat Australia beragama Islam.

Beliau menceritakan tentang seorang rakannya yang juga terlibat dalam usaha agama ini. Pada suatu ketika rakan yang baru balik dari kerja telah diajak oleh rakan yang lain dari satu tempat untuk memberi nusrah kepada jemaah yang baru sampai. Rakannya ini terus menyahut seruan rakan-rakannya yang lain walaupun beliau penat. Namun dalam perjalanan telah berlaku kemalangan. Rakan beliau ini meninggal dunia sedangkan yang lainnya selamat. Peristiwa itu berlaku pada hari Rabu 830pm. Beliau sendiri telah menguruskan mayat rakannya ini dan ini hanya berlaku pada hari Jumaat. Sambil beliau bersumpah beliau mengatakan mayat rakannya ini tidak keras seperti mayat yang biasa tetapi gebu seolah-olah ianya baru saja mati. Dan di mukanya terukir senyuman. Anak rakannya yang melihat wajah ayahnya pada kali terakhir, tidak mahu berganjak dari mayat. Apabila ditanya, anak ini mengatakan beliau melihat seolah-olah mayat ayahnya mahu berkata-kata sesuatu. Manakan tidak, wajah mayat yang terukir senyuman! Subhanallah.

Mereka yang membantu agamaNya, Allah s.w.t. akan balas bantuan tersebut.

Majlis ditutup dengan doa akhir yang kemudiannya disebut senarai nama mereka-mereka yang akan keluar ke jalan Allah s.w.t. Ada di antara mereka yang akan ke Canada, Indonesia dan beberapa kepulauan kecil sekitar Australia. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmat mereka-mereka ini. Moga Allah s.w.t. juga memberikan taufik kepada saya dan anda untuk berkorban di jalan Allah s.w.t. dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a. Amin.

Alhamdulillah kami dari Adelaide telah sampai ke Adelaide selepas Isya' hari Isnin 13/4. Jika anda tidak menyertai ijtima ini pada tahun ini, bersiaplah untuk ijtima seterusnya pada tahun hadapan (di waktu Easter Holidays). Jangan taksub dengan bangsa, bahasa, budaya, individu tetapi bukalah minda dan doa kepada Allah s.w.t. kerana yang memberi hidayat dan taufik, hanyalah Allah s.w.t.

Sessunguhnya agama ini untuk semua.

(Tamat)

3 comments:

  1. alhmadulillah syukur

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua diberi pertunjuk dan hidayah untuk terus berjuang dijalan Allah, bro... satu laporan pengalaman yang bagus lagi terang...

    ReplyDelete
  3. baru nari dapat baca part 3 n last part.
    thanks for sharing again.
    untung sapa dapat mati cam yang ko cerita tu..

    ReplyDelete