Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. jemaah dari Adelaide telah selamat pergi dan kembali dari Ijtima Melbourne tahun ini. Program yang penuh dengan pengisian rohani dan menyedarkan kita tentang maksud dan tujuan kita didatangkan ke alam ini.
Rombongan konvoi jemaah ini terdiri daripada 2 minibas, 1 MPV dan 4 buah kereta. Beberapa brothers yang lain bertolak bersendirian (kereta ataupun kapalterbang) dan total anggaran ialah 60-70 brothers telah hadir yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, budaya, latarbelakang tetapi dengan satu fikir iaitu untuk membetulkan kefahaman terhadap agama ini.
Kami bertolak dari Adelaide seawal 730am secara berkala dan minibas terakhir bertolak jam 9am setelah dipastikan semua persiapan awal telah lengkap. Perjalanannya jauh, sejauh 800km dan minbas yang terakhir telah sampai ke Masjid Fawkner sekitar jam 8pm. Ketika itu, bayan maghrib telahpun selesai dan tasykil sedang berjalan. Difahamkan bahawa program telah bermula selepas Asar dan dua orang pembayan pada waktu Asar dan Maghrib tadi adalah pembayan dari jemaah Arab Saudi yang sedang bergerak sekitar Melbourne.
Dalam masjid penuh dengan manusia. Ada yang menyediakan diri dengan ibadat, ada yang mendakwahkan, ada yang mendengar juga ada yang sedang menyediakan makanan untuk para jemaah. Sekali imbas, ia mirip keadaan masjid Nabi s.a.w. pada zaman Baginda s.a.w. yang mana 4 perkara yang berlaku 1. Ibadat 2. Dakwah 3. Taklim wa taklum 4. Khidmat.
Masjid hidup.
Hari Sabtu bermula dengan solat Fajr secara berjemaah dan seterunya hadirin duduk untuk mendengar bayan dari Dr. Syafie, ex-pensyarah UKM (bersara) yang sedang bergerak dengan jemaah Malaysia sekitar Melbourne. Penulis yang masih keletihan kerana menjadi driver pada semalamnya sedar dengan tidak apa yang dibayankan oleh Dr. Syafie. Selesai bayan, tasykil dibuat dan jemaah bersedia untuk sarapan beramai-ramai di belakang masjid.
Program diteruskan dengan taklim wa taklum pada jam 10am. Halqah-halqah dibuat berdasarkan bahasa ibunda. Di ruang utama masjid, untuk mereka yang berbahasa Inggeris. Manakala halqah bahasa Urdu, Arab, Bangladesh dan Melayu juga dibuat di beberapa sudut. Penulis duduk di dalam halqah bahasa Melayu. Mereka yang duduk di halqah ini terdiri dari mereka yang berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Muzakarah 6 perkara diberi oleh Saudara Lokman, yang bergerak bersama dengan jemaah Malaysia di Australia.
Penulis teringat ketika bersama dengan Saudara Lokman di Adelaide seminggu sebelumnya. Apabila ditanya berapakah belanja untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. selama 4 bulan di Australia/New Zealand ini? Beliau menjawab, RM18,000. RM8000 untuk dirinya dan RM10,000 ditinggalkan kepada keluarga beliau di Malaysia. Subhanallah! Hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat mengorbankan harta sebegini dalam keadaan beliau yang kerja kontrak sahaja. Beliau merupakan orang termuda dalam jemaahnya, berusia 43 tahun dan mempunyai 8 orang anak.
Selesai halqah taklim wa taklum, jemaah bersiap sedia untuk solat Zohor dan duduk mendengar bayan selepas Zohor sebelum bersiap untuk makan tengahari. Penulis buat masa ini tidak ingat siapa yang memberi bayan tersebut.
Setelah makan tengahari, jemaah diberi masa untuk rehat sebelum Asar. Bayan pendek diberi oleh Imam sebuah masjid di Melbourne yang berasal dari Turki. Yang paling menarik ialah tamsilan beliau mengenai nafsu manusia. Dikisahkan begini. Seorang snake-charmer, mencari rezeki dengan ular-ular berbisa di sebuah kampung. Suatu ketika beliau berfikir bahawa jikalau beliau dapat mencari ular yang besar, maka sudah tentu lebih ramai penonton yang akan hadir melihat persembahan beliau. Maka dicarinya di dalam hutan dan beliau terjumpa seekor ular yang sangat besar yang sedang tidur, disangkanya mati. Fikir beliau, mati pun OK lagi sekurang-kurangnya ular itu besar dari biasa. Maka dibawa ke dalam kampung tersebut dan diiklankan kepada khalayak ramai. Berpusu-pusulah orang kampun berkumpul untuk melihat ular yang besar itu. Ular tersebut sebenarnya sedang tidur disebabkan kesejukan di dalam hutan. Tetapi apabila masuk dalam kampung, suasana agak panas dan ular tersebut terjaga dari tidurnya. Orang kampun bertempiaran lari sedangkan si snake-charmer tersebut berdiri tegak disangkan ular tersebut dapat dijinakkan. Terus dibaham snake-charmer tersebut. Moral kisah: Nafsu kita dalam masjid dikekang oleh suasana agama maka nafsu itu tidur. Namun apabila suasana hilang ketika berada di luar masjid (atau berada dalam kawasan yang mana nafsu itu boleh 'dihangatkan') maka ia akan memusnahkan kita. Jadi, suasana perlu diwujudkan di luar masjid supaya nafsu ini senantiasa dapat dikekang. Itulah dengan lima amal masjid yang disarankan oleh alim ulama usaha ini.
1. Fikir harian dan mesyuarat harian.
2. Taklim harian di masjid dan di rumah.
3. 2 1/2 jam setiap hari bagi masa untuk jumpa manusia sekitar masjid.
4. Gash (jaulah) mingguan di masjid sendiri dan masjid berdekatan
5. 3 hari keluar ke jalan Allah s.w.t. setiap bulan.
Selepas maghrib, bayan diberi oleh seorang alim dari Myanmar.
(bersambung)
Salam
ReplyDeleteByk 2 RM10,000 utk yg ditinggalkan. Terpulang pada individu 2. Sebenarnya bila hubby klr jln Allah, yakin Allah pelihara n mudahkn urusan. Belanja yg di beri x habis2 pun. Makin bertambah adelah.
Ahlia Azhar
Salam,,orang lama x datang ke???
ReplyDeletemenarik kisah ular tu..tq abang ben
ReplyDeletethanks for sharing mm
ReplyDeleteah ah sey, dalam mesjid pijak semut pun tak mati.. kat luar...ekekeke
Alhamdulillah
ReplyDeletebanyakkan ke jemaah dikeluarkan?