Tuesday, February 05, 2008

LANGSUYR - pre rekoding Hari #2

Rajah 1: Bakri dan Azmaniac rehat sebentar sambil mendengar demo Bullet.

Rajah 2: Bentara dan Bakri berposing pre-rekording (background - Jadam produser).
Rajah 3: Bakri dan Azmaniac berposing sebagai produser dan artis.
Semalam bermula sesi praktis bersama drummer session, Bakri yang terkenal melalui band GERHANA SKA CINTA (GSC).


Bakri memang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Malah beliau juga tidak asing dengan arena muzik Metal tempatan terutamanya melalui sumbangan beliau sebagai drummer band KOFFIN KANSER. Beliau juga mempunyai band projek berkonsepkan Modern Metal bernama NERVEWRECK. Menurut beliau, KOFFIN KANSER baru sahaja selesai rakaman sebuah lagu single yang akan diriliskan tidak berapa lama lagi.


Dalam praktis tersebut, Bakri telah memberikan beberapa idea yang tersangat bernas untuk beberapa lagu LANGSUYR. Pengaruh muzik ska yang dimainkan juga turut diterapkan di dalam beberapa bait lagu LANGSUYR. Nampak pelik tetapi pada masa yang sama begitu segar dan original. Yang menjadi persoalannya sekarang samada ianya akan kekal dan dirakamkan terus ke dalam album. Produser belum lagi masuk campur dalam bab ini.


Namun disebabkan perselisihan jadual, rakaman yang dijadualkan untuk bermula pada malam ini terpaksa ditangguhkan pada esok hari. Ini adalah sesuatu yang agak diharapkan memandangkan kami merasakan seperti belum cukup masa praktis bersama Bakri dan juga sebagai band. Maksudnya, kami berpeluang untuk praktis untuk kali terakhir pada malam ini.


Kami praktis selama 5 jam pada malam itu dan sesi praktis berakhir hampir jam 3:30 pagi. Aku sendiri tak larat pada jam yang terakhir menyebabkan aku menarik diri dan lena sebentar di sofa studio. Azmaniac dan Helmi meneruskan sesi tersebut bersama Bakri.



Dalam perkembangan yang berkaitan, Azmaniac merasakan lagu Teraju Utama tidak sesuai untuk rakaman album lalu menggantikan lagu tersebut kepada sebuah lagu lain bertajuk Manisan & Darah Daging. Aku merasakan lagu Teraju Utama sangat baik dari segi arrangement dan liriknya tetapi tidak juga menolak potensi lagu yang menjadi ganti. Setelah berdebat beberapa ketika, aku setuju. Lagu Teraju Utama tersebut bukan dibuang pun, sebaliknya disimpan untuk rilisan akan datang.


Studio rakaman, UTUSAN STUDIO ini pernah menjadi studio rakaman band SEARCH untuk album Gothik Malam Edan. Ini menjadi sedikit inspirasi kepada kami kerana Azmaniac sendiri adalah peminat kental SEARCH dan aku sendiri menjadi penyokong yang sentiasa menanti album-album SEARCH. Agak meransangkan juga apabila memikirkan hasilnya nanti.


Tetapi buat masa ini, kami hanya boleh sekadar mengharap. Minda kami disetkan untuk menerima apa jenis bentuk cadangan dan kritikan dalam proses rakaman ini. Ditambah lagi dengan approach yang berbeza dari album pertama, Asyik; prospek untuk menjadikan album Bullet ini sebagai lanjutan progres muzik LANGSUYR nampak cerah. Itulah sebenarnya drive kepada LANGSUYR untuk meneruskan perjuangan muzik ini.


Bersambung...

1 comment:

  1. wah!..semoga proses pembikinan terus suksess!!!!

    ReplyDelete