Monday, February 04, 2008

LANGSUYR - pre rekoding Hari #1

Aku telah selamat sampai ke tanahair pada 30/2 yang lepas. Dari KLIA aku terus menginap di hotel Crown Princess selama 2 malam untuk menghilangkan jet-lag aku. Dalam pada masa itu, aku telah sempat jam bersama NECROTIC CHAOS kerana aku menjadi bidan terjun sebagai 2nd gitaris mereka untuk sesi gig pada 2/2.

Selesai gig tersebut aku mula menumpang di rumah Adik (NECROTIC CHAOS). Ini adalah kali ke-2 aku (dan LANGSUYR secara amnya), menumpang rumah Adik. Untuk album yang pertama pun, kami berkampung di rumah beliau. Cuma bezanya sekarang, dahulu beliau bujang, sekarang sudah beristeri. Terima kasih kepada beliau (dan isteri) kerana sudi menumpangkan kami yang tidak menetap di Kuala Lumpur ini. Aku buat lawak, nanti album ke-10 pun tumpang rumah Adik (lawak tak kelakar hahaha...).

Azmaniac dan Helmi (bassist session baru) telah datang pada malam tadi. Kemudian Azlan singgah sebentar sekadar mengambil CDR dari aku yang mengandungi lagu-lagu untuk album Bullet ini. Aku kepilkan bersama lirik yang ditulis. Tak lama kemudian Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) pula datang meminjamkan kami gitar ESP dan Washburn beliau untuk rekoding. Bukan itu sahaja malah beliau meminjamkan amp Ibanez, gitar stand, headphone, cables dan sebagainya supaya kami boleh membuat makeshift studio di dalam rumah Adik.

Malang sekali, Line6 X3 yang baru aku terima dari kotak, aku sendiri tak faham untuk mengerjakannya. Kepala serabut dengan pelbagai arrangement untuk rekoding menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian untuk membaca manual. Buat masa ini, biarlah setakat bunyi boleh keluar ke amp. Notebook recording dan sebagainya aku tangguh dulu.

Kami tidur hampir 4am semalam kerana belajar kembali lagu-lagu yang nak dirakamkan. Rekoding ini tidak begitu selesa seperti Asyik yang mana kami telah prepare as a band hampir setahun dengan lagu-lagu yang telah dihafal sepenuhnya. Kali ini disebabkan aku sendiri di Australia, jam sebenar sebelum rakaman hanya akan dilakukan esok, satu hari sebelum rakaman! Jadi pada pandangan aku, approach untuk album ini sangat berbeza. Kami tidak akan preset apa yang mahu dikeluarkan sebaliknya akan menyerahkan kepada vibe dan mood sesi rakaman sebenar untuk dijadikan hasil. Diharapkan dengan pengawasan produser Jadam (NECROTIC CHAOS), sesuatu yang menarik dapat dihasilkan.

Lagu-lagu yang akan dirakamkan adalah seperti berikut:

1. Bullet (Muzik: Bentara/Lirik: Bentara/Deathdie)
2. Ini Jalan Kita (Azmaniac/Bentara)
3. Gargantuan (Bentara/Bentara)
4. Sendonian (Azmaniac/Bentara)
5. Joget Pengantin Baru (Bentara/Bentara)
6. Penasaran (Bentara/Bentara)
7. Teraju Utama (Azmaniac/Azmaniac)
8. Tunjuk Perasaan (Azmaniac/Azmaniac)


Walaupun agak kelam kabut arrangement rekoding kali ini tetapi kami tetap excited dengan potensi album ini. Banyak idea baru terutama dari segi approach riffs gitar yang disusun begitu juga dengan kesesuaian lirik pada lagu. Apa yang boleh kami lakukan setakat ini ialah meneruskan praktis asas lagu-lagu tersebut tetapi menyerahkan sepenuhnya vibe dan mood lagu-lagu tersebut kepada suasana di dalam studio nanti.
Bersambung...



Rajah 1: Makeshift studio dalam bilik

Rajah 2: Beg pakaian yang terlantar

Rajah 3: Manusia LANGSUYR yang terlantar versi cute

4 comments:

  1. Anonymous1:16 PM

    Aisey Sam, kalau aku tau ada lagu 'Tunjuk Perasan' aku boleh contribute lirik, Tapi 'tunjuk perasan' aku ialah street demonstration :)

    Blackgoat

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:38 PM

    sesungguhnye perjalanan me'recording' tuh mmg mencabar minda, masa tido, makan etc, tp yg penting membuahkan hasil yg bakal menggegar mentaliti metal heads di luar sana... x sabar menunggu album anda kuar, gua nk 1!!

    cheers from morbid death

    ReplyDelete
  3. Salam Sam, lama x send msj kt hang. phone line aku connection brokedown. baru je setel. agak2 bila nk release album baru tu. dah bernanah telinga aku dengor bullet demo tu.. eh heee heee. ko nampak kurus sket skang ni ek... makan mahal kut kt austolia tu. durian pun x mampu beli, tgk je kan....

    ReplyDelete
  4. memang ada mirip langsuir sikit kwn ko tu.jgn marah ha.dulu aku ada gak layan underground mcm band langsuir nie.aku beli band narsamun ngan sil-khannaz punya kaset.tp jiwa aku tak cukup metal lagi nak paham amenda yang vokalis dia cuba sampaikan.tp kalau speed ker power metal boleh layan lagi..

    ReplyDelete