Wednesday, February 06, 2008
LANGSUYR - pre rekoding Hari #3
Malam tadi rehearsal kali kedua dijalankan.
Aku baru dapat tahu dari wakil CK MUSIC pada siangnya bahawa mereka tak dapat nak commit untuk rakaman LANGSUYR kali ini kerana sibuk dengan urusan lain. Aku membayangkan bahawa ketika ini mereka pasti sibuk memandangkan Tahun Baru Cina pun tidak beberapa lama lagi. Mujur juga Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) sanggup meminjamkan amp Atomic beliau kepada kami. Utusan Studio memang mempunyai amp tetapi tak rugi kalau kami ada banyak pilihan sepanjang rakaman.
Berikut adalah senarai ringkas perkakas yang bakal digunakan untuk sesi rakaman ini:
GITARGIBSON Explorer 1998ESP MKII DeluxeWASHBURN LP copyB.C. RICH Warlock bass
EFEKPOD X3 Live
AMP (model sebenar tak ingat)FENDER 100WCRATE 100WATOMIC 50W
Malam tadi kami menghabiskan baki lagu yang perlu dirakamkan. Bakri (GSC) nampak lebih konfiden dengan nota-nota yang dibawa. Malah beliau sekali-sekala mengingatkan part-part yang berubah dalam sesebuah lagu menyebabkan kami merah pipi. Patutnya lagu kami, kami lebih arif tetapi nampaknya Bakri memang serius dengan tugasnya.
Jadam (Produser) menghabiskan masa sepanjang malam tadi menggodek LINE6 POD X3 Live. Selesai tugas menggodek, beliau memberikan sample bunyi gitar tersebut kami untuk didengar. Not bad. Mengikut kata beliau, efek ini sangat canggih dan berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah layering gitar yang biasanya mengambil masa yang sangat panjang.
Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) dan Bapak (ex-DUSK) menziarahi kami pada malam tadi sambil memberikan sedikit sebanyak tips mengenai penggunaan ATOMIC amp yang bakal digandingkan dengan POD X3 Live. Adik (NECROTIC CHAOS) membekalkan kami seplastik limau mandarin sebagai bekal sepanjang rehearsal. Kepada mereka ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Nampaknya sesi rekoding akan dilakukan pada hari ini. Tinggal beberapa jam sebelum Bakri meletakkan sentuhan beliau ke dalam album Bullet ini. Harapnya semua dapat berjalan dengan lancar.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment