That is right brader and sistas... ROSS THE BOSS! Damn, apsal tak tengok kamera! |
Berbaloi menapak hampir sebatu tengah sejuk malam di Edinburgh dari hotel ke Bannerman's Bar. Berhampiran dengan bar, filem Avengers tengah shooting yang menyebabkan jalan kaki bertambah jauh sebab jalan tutup dan kena reroute. But it was worth worth worth it!
Venue kecik je. I missed the first opening band. Band kedua (dari Australia yang unfortunately saya tak dapat ingat namanya) banyak menghabiskan masa untuk mendapatkan respons dari penonton yang rata-rata berumur 40an ke atas. Tapi takpelah, kita share satu gambar.
Good band, but having hard times to get proper response from the crowd. All the way from Australia lagi. |
L to R: Ross the Boss, Marc Lopes (Let Us Prey - bass), Mike LePond (Symphony X - vocals) dan Rhino (ex-Manowar, drums). RHINO beb! |
Stage kecik. Takde tempat pun untuk band ke belakang minum air ke. Kalau break kejap, memang berdiri je la atas stage tu.
Setlist OK walaupun macam tak cukup je. We want more! Ada sorang mamat tu asyik minta lagu All Men Play On 10 tapi hampa tak dimainkan.
Blood of the Kings
Death Tone
The Oath
Blood of My Enemies
Kill With Power
Thor (The Powerhead)
Each Dawn I Die
Gloves of Metal
Sign of the Hammer
Dark Avenger (Preceded by Bass Solo)
Fighting the World
Metal Daze
Battle Hymn
Hail and Kill
Selain dari RTB sebagai main persona malam tu, kredit juga patut diberi kepada Rhino yang menambahkan seri. Bukan sekadar berdiri di atas dasar lagenda bahkan beliau memang drummer hebat. Siap ada drum solo lagi. He was very fast with his hands. And he played all the songs (and drum solo) super clean.
Vokalis Mike Lepond pula memang tarik maut. Note tinggi tahap gaban pun boleh sampai tu. Saya rasa tanpa beliau, memang tak menjadi setlist malam tu.
Bass je kurang bergerak. Nak kata pemalu, umur dah dekat separuh abad. The only time he looked super interested was during his bass solo break. Penat kot malam sebelumnya show di Glasgow. Ataupun memang muka dia secara fitrahnya memang nampak tak berminat?
Crowd tak ramai. Tak sampai 100 kot. Venue pun kecik. Kalau berdiri kat depan stage tu, boleh buat dalam 20 orang je berdiri. Ke belakang dalam 40 maksimum. Begitulah saiz venue.
Tapi saya bertuah kerana dapat berdiri di barisan kedua belah kanan, berhadapan dengan kawasan RTB. Hidup mesti bijak. Maka disebabkan tempat pendirian yang strategik, saya dapat:
1. Lawan mata dengan RTB
2. Raise my hands high to the sky depan RTB
3. Tunjuk penumbuk ke arah RTB dan dibalas tumbukan pada penumbuk saya. WOW!
4. Hampir dapat dengar pernafasan RTB (hahaha)
5. Ambik gambar super close.
Dan yang paling BEST, inilah masanya kau nak angkat tangan camni!!!
Begini le ekspresi saya masa angkat tangan depan RTB. Puas! Kat mana lagi kau nak angkat tangan macam ni? Kat Hammersonic 2017? Hahaha... |
Banyak sesi sing-a-long of course. Part korus, part choir, part chanting memang wajib sing-a-long. Sampai habis suara le sing-a-long tu hahaha...
A truly night to remember. Jadi budak kecik balik malam tu hahaha...
RTB pakai Gibson SG dan ESP-LTD LP malam tu. |
Bila RTB buat camtu, nak balas dengan simbol apa? Yes, you know it hahaha... |
Cuba teka lagu apa dalam setlist yang ada keyboard? |
Rhino on the drums. View tak berapa bagus dari depan ni adoyai. |
Senyum gapo pulak RTB? |
Ni part ada bass menyerlah le tu. |
Soft-handed je main bass tak keras besi macam Abang Maio. |
Buat muka kelakar |
Powerful vocals. Boleh cecah note tinggi Everest sampai tahap mengerikan. |
Cuba teka RTB main mata dengan sape tu? SAPE? Hahaha.. |
Masih lagi tak percaya dia pandang sape? Hahahaha... |
Dan last sekali,
Sign of the hammer! Sebelah kanan kena jenguk sini |
Into Glory Ride |
Tapi Megadeth terpaksa le pergi. Abang Mus tu hahaha...
Melopong mulut aku baca ni post MM.
ReplyDeleteDashyat betul kau. Apa ni kau travel terus all fall in place?
Rhino pun ada?
Giler ah.
Giler ah setlist.
MM 100 orang je? Tak giler intimate tu.
Jeles tahap cipan.
Eh tolong buat blog selalu boleh
tengok setlist, aku pun boleh menangis...
ReplyDeleteHebat betul boleh hafal list setlist. Sampai harini aku fail bab nak list balik ni. Tak ingat walaupun Wings.
ReplyDeleteadohai...setlist memang best giler...untung ler....
ReplyDeleteVokalis symphony X tu mmg power.nak lagi bila time dia jerit dengan nada tinggi
ReplyDelete