Thursday, April 06, 2017

Blaze Bayley @ Heavy Scotland, Edinburgh 2nd April 2017


Hey Blaze, would do me a favour? Yes? Can you sign here?

Sukanyaaaaa!!!

Proudly BLAZE BAYLEY!

Haha... tayang memori manis dulu.

Semalamnya di Glasgow untuk Lords of the Land 2017, hari ni di Edinburgh untuk Heavy Scotland.

Heavy Scotland dianjurkan julung-julungnya tahun ini sebagai pemula festival metal untuk Scotland. Tahun ini dua malam tapi sebab band di Glasgow lebih best, maka saya skip malam pertama Heavy Scotland.

Hari kedua memang wajib, sebab ada BLAZE BAYLEY!

Tak sangka pulak beliau rendah. Lebih rendah dari saya hehehe...

Set beliau pendek saja sebab dalam festival walaupun tercatat pada baju tour beliau, ini adalah sebahagian tour. Alangkah bestnya kalau beliau dapat buat single date selepas Heavy Scotland di venue yang lebih intimate.

Tapi kita tak boleh la minta banyak-banyak. Dapat tengok yang ini pun dah syukur sangat. Semua ni tidak dirancang awal. Dapat arahan pergi ke Edinburgh pun in short notice. Notis dapat hari ini, lagi 10 hari mesti dah ada kat Edinburgh. Lepas tu saja-saja check tengok apa ada kat Edinburgh, ada Blaze Bayley la pulak. Tak happy camtu?

Anyway, set pendek dan presentation pun simple. Lighting dimudahkan. Takde lampun stroboskop macam band lain. Takde lampu warna warni. Cuma lampu putih saja. Mungkin atas permintaan Blaze kot? Pening tengok lampu stroboscope.

Dalam set yang simple tu, sempat juga dia buat gimik ala-Iron Maiden, iaitu ajak lawan sorak penonton belah kanan dan belah kiri. Apa lagi. Kita pun jerit le sekuat hati hahaha...

Superb persona this guy la.

Ya, ada dua buah lagu Iron Maiden yang dinyanyikan iaitu Futureal dan Man On the Edge. Apa lagi bingit la sing-a-long. Kalau full set mesti banyak lagi lagu-lagu Iron Maiden yang dinyanyikan.

Lagu-lagu beliau pula antara lain Silicone Messiah dan Calling You Home. Lain tak ingat buat masa ni.

Anda gembira? Sudah tentu. Menonton, berjabat tangan, ambil tandantangan, bergambar bersama dan sebelum berpisah saya peluk mengiring sambil letak kepala saya di bahu Blaze (manja gitu hahaha).

Layan video klip pendek ni, saya berada di belah kiri angkat kedua-dua belah tangan antara minit 0:00 dan 0:01. Nampak tak?


Nampak? Hahaha... Yes I was there!

Now enjoy the rest of the photos below.

Sila perhatikan bass Fender tu, warna biru metalik sebijik macam Steve Harris punya.

Blaze rilek je takde lari-lari kat pentas.

Haaa... ni la dia, suruh orang sorak ramai-ramai

Ni rasanya part slow ni

Blaze Bayley

Blaze Bayley - rendah je tinggi lagi saya

Blaze Bayley

Gitar solo

Sorak jangan tak sorak

Lawan sorak lagi

6 comments:

  1. Speechless.
    Dahsyat.
    World!!

    terbaik la kau MM

    ReplyDelete
  2. MM kau tak tanya Blaze suruh dia datang sini main?

    ReplyDelete
  3. kalau aku, aku pun boleh nangis gitu~

    ReplyDelete
  4. Doc lebih tinggi dari dia ke.haha.tgk dlm gamba ingatkan dia besar tinggi.merendah diri blaze ni.terbaik

    ReplyDelete
  5. Tumpang gembira. Blaze memang sempoi!

    ReplyDelete