Thursday, April 13, 2017

Ulasan: PYOGENESIS A Century In The Curse Of Time CD (2015)

Ramai yang tak sedar tentang comeback band Pyogenesis yang dahulu kala zaman tok moyang terkenal dengan album Ignis Creatio (1992) sebelum menjadi merapu untuk album-album seterusnya. Ulasan ini sehati dengan saya. Best!

http://www.metalinjection.net/reviews/album-review-pyogenesis-a-century-in-the-curse-of-time

Mereka menggabungkan elemen death/doom metal awal mereka dan menggabungkan elemen pop/punk terkemudian.

Ya, saya telah mendapatkan boxsetnya. Album pertama dari trilogi. Mendengar album ini mengingatkan kembali kepada mini album pertama mereka. Produksi album pun autentik seperti mini album. Hasilnya ialah lagu-lagu berentak metal yang super catchy!  Album kedua untuk siri trilogi ini pun telah dibeli. Menunggu masa untuk sampai ke pangkuan.



Limited fanbox edition including:
- "A Century In The Curse Of Time"
- stamped tinplate with cover artwork
- metal pin
- signed autograph card
- hand-numbered certificate of authenticity

"Touch The Sky (When Darkest World Reached Dawn)" is a bonus track.

Sample lagu: https://www.youtube.com/watch?v=b-vaXUHGS7c

Wednesday, April 12, 2017

ROSS THE BOSS (plays MANOWAR greats), The Bannerman's Bar, Edinburgh 5 April 2017

Ok mula-mula sekali, sharing is caring gambar ni dulu hahaha...

That is right brader and sistas... ROSS THE BOSS! Damn, apsal tak tengok kamera!
 A night to remember!

Berbaloi menapak hampir sebatu tengah sejuk malam di Edinburgh dari hotel ke Bannerman's Bar. Berhampiran dengan bar, filem Avengers tengah shooting yang menyebabkan jalan kaki bertambah jauh sebab jalan tutup dan kena reroute. But it was worth worth worth it!

Venue kecik je. I missed the first opening band. Band kedua (dari Australia yang unfortunately saya tak dapat ingat namanya) banyak menghabiskan masa untuk mendapatkan respons dari penonton yang rata-rata berumur 40an ke atas. Tapi takpelah, kita share satu gambar.

Good band, but having hard times to get proper response from the crowd. All the way from Australia lagi.
ROSS THE BOSS sedang dalam siri The Discipline of Steel Tour 2017. Tak pasti tempat lain tapi di Edinburgh, RTB akan hanya memainkan lagu-lagu Manowar saja. How about that?

L to R: Ross the Boss, Marc Lopes (Let Us Prey - bass), Mike LePond (Symphony X - vocals) dan Rhino (ex-Manowar, drums). RHINO beb!
Penonton memang rata-rata umur 40an. Yang muda-muda pun ada tapi tak ramai. Mereka ni golongan heavy metal revivalist dengan semangat besi waja that add colour to the crowds. Bar pulak pun memang setting jenis otai melepak.

Stage kecik. Takde tempat pun untuk band ke belakang minum air ke. Kalau break kejap, memang berdiri je la atas stage tu.

Setlist OK walaupun macam tak cukup je. We want more! Ada sorang mamat tu asyik minta lagu All Men Play On 10 tapi hampa tak dimainkan.

Blood of the Kings
Death Tone
The Oath
Blood of My Enemies
Kill With Power
Thor (The Powerhead)
Each Dawn I Die
Gloves of Metal
Sign of the Hammer
Dark Avenger (Preceded by Bass Solo)
Fighting the World
Metal Daze
Battle Hymn
Hail and Kill

Selain dari RTB sebagai main persona malam tu, kredit juga patut diberi kepada Rhino yang menambahkan seri. Bukan sekadar berdiri di atas dasar lagenda bahkan beliau memang drummer hebat. Siap ada drum solo lagi. He was very fast with his hands. And he played all the songs (and drum solo) super clean.

Vokalis Mike Lepond pula memang tarik maut. Note tinggi tahap gaban pun boleh sampai tu. Saya rasa tanpa beliau, memang tak menjadi setlist malam tu.

Bass je kurang bergerak. Nak kata pemalu, umur dah dekat separuh abad. The only time he looked super interested was during his bass solo break. Penat kot malam sebelumnya show di Glasgow. Ataupun memang muka dia secara fitrahnya memang nampak tak berminat?

Crowd tak ramai. Tak sampai 100 kot. Venue pun kecik. Kalau berdiri kat depan stage tu, boleh buat dalam 20 orang je berdiri. Ke belakang dalam 40 maksimum. Begitulah saiz venue.

Tapi saya bertuah kerana dapat berdiri di barisan kedua belah kanan, berhadapan dengan kawasan RTB. Hidup mesti bijak. Maka disebabkan tempat pendirian yang strategik, saya dapat:

1. Lawan mata dengan RTB
2. Raise my hands high to the sky depan RTB
3. Tunjuk penumbuk ke arah RTB dan dibalas tumbukan pada penumbuk saya. WOW!
4. Hampir dapat dengar pernafasan RTB (hahaha)
5. Ambik gambar super close.

Dan yang paling BEST, inilah masanya kau nak angkat tangan camni!!!

Begini le ekspresi saya masa angkat tangan depan RTB. Puas! Kat mana lagi kau nak angkat tangan macam ni? Kat Hammersonic 2017? Hahaha...
Seperti mana show Blaze Bayley beberapa hari lepas, ada beberapa moment yang boleh bikin menitik air mata. Antaranya bila lagu Blood Of My Enemies dimainkan. Sebab? Lagu ni saya pernah main live bersama Vociferation Eternity dulu tahun 90an dan saya main bass dan vokal. Dan lagu Battle Hymns memang syahdu.

Banyak sesi sing-a-long of course. Part korus, part choir, part chanting memang wajib sing-a-long. Sampai habis suara le sing-a-long tu hahaha...

A truly night to remember. Jadi budak kecik balik malam tu hahaha...

RTB pakai Gibson SG dan ESP-LTD LP malam tu.

Bila RTB buat camtu, nak balas dengan simbol apa? Yes, you know it hahaha...

Cuba teka lagu apa dalam setlist yang ada keyboard?

Rhino on the drums. View tak berapa bagus dari depan ni adoyai.

Senyum gapo pulak RTB?

Ni part ada bass menyerlah le tu.

Soft-handed je main bass tak keras besi macam Abang Maio.

Buat muka kelakar

Powerful vocals. Boleh cecah note tinggi Everest sampai tahap mengerikan.
Cuba teka RTB main mata dengan sape tu? SAPE? Hahaha..
Masih lagi tak percaya dia pandang sape? Hahahaha...


Dan last sekali,

Sign of the hammer! Sebelah kanan kena jenguk sini
Into Glory Ride
Lepas Blaze Bayley, Ross The Boss, Venom Inc, Mayhem (playing De Mysteriis Dom Sathanas in its entirety) dan Autopsy, apa lagi yang dinakkan lagi dengan Hammersonic 2017. Tapi korang pergi le. Baik ada dari takde hahaha...

Tapi Megadeth terpaksa le pergi. Abang Mus tu hahaha...

Thursday, April 06, 2017

Blaze Bayley @ Heavy Scotland, Edinburgh 2nd April 2017


Hey Blaze, would do me a favour? Yes? Can you sign here?

Sukanyaaaaa!!!

Proudly BLAZE BAYLEY!

Haha... tayang memori manis dulu.

Semalamnya di Glasgow untuk Lords of the Land 2017, hari ni di Edinburgh untuk Heavy Scotland.

Heavy Scotland dianjurkan julung-julungnya tahun ini sebagai pemula festival metal untuk Scotland. Tahun ini dua malam tapi sebab band di Glasgow lebih best, maka saya skip malam pertama Heavy Scotland.

Hari kedua memang wajib, sebab ada BLAZE BAYLEY!

Tak sangka pulak beliau rendah. Lebih rendah dari saya hehehe...

Set beliau pendek saja sebab dalam festival walaupun tercatat pada baju tour beliau, ini adalah sebahagian tour. Alangkah bestnya kalau beliau dapat buat single date selepas Heavy Scotland di venue yang lebih intimate.

Tapi kita tak boleh la minta banyak-banyak. Dapat tengok yang ini pun dah syukur sangat. Semua ni tidak dirancang awal. Dapat arahan pergi ke Edinburgh pun in short notice. Notis dapat hari ini, lagi 10 hari mesti dah ada kat Edinburgh. Lepas tu saja-saja check tengok apa ada kat Edinburgh, ada Blaze Bayley la pulak. Tak happy camtu?

Anyway, set pendek dan presentation pun simple. Lighting dimudahkan. Takde lampun stroboskop macam band lain. Takde lampu warna warni. Cuma lampu putih saja. Mungkin atas permintaan Blaze kot? Pening tengok lampu stroboscope.

Dalam set yang simple tu, sempat juga dia buat gimik ala-Iron Maiden, iaitu ajak lawan sorak penonton belah kanan dan belah kiri. Apa lagi. Kita pun jerit le sekuat hati hahaha...

Superb persona this guy la.

Ya, ada dua buah lagu Iron Maiden yang dinyanyikan iaitu Futureal dan Man On the Edge. Apa lagi bingit la sing-a-long. Kalau full set mesti banyak lagi lagu-lagu Iron Maiden yang dinyanyikan.

Lagu-lagu beliau pula antara lain Silicone Messiah dan Calling You Home. Lain tak ingat buat masa ni.

Anda gembira? Sudah tentu. Menonton, berjabat tangan, ambil tandantangan, bergambar bersama dan sebelum berpisah saya peluk mengiring sambil letak kepala saya di bahu Blaze (manja gitu hahaha).

Layan video klip pendek ni, saya berada di belah kiri angkat kedua-dua belah tangan antara minit 0:00 dan 0:01. Nampak tak?


Nampak? Hahaha... Yes I was there!

Now enjoy the rest of the photos below.

Sila perhatikan bass Fender tu, warna biru metalik sebijik macam Steve Harris punya.

Blaze rilek je takde lari-lari kat pentas.

Haaa... ni la dia, suruh orang sorak ramai-ramai

Ni rasanya part slow ni

Blaze Bayley

Blaze Bayley - rendah je tinggi lagi saya

Blaze Bayley

Gitar solo

Sorak jangan tak sorak

Lawan sorak lagi

Wednesday, April 05, 2017

Lords of the Land 2017, Glasgow, UK (1 April 2017) Part 2

Sila baca Part 1

VENOM INC
Saya agak skeptikal dengan penubuhan Venom Inc tanpa Cronos. Bagaimana mungkin Demolition Man (vokal/bass) dapat menandingi persona Cronos, walaupun Demolition Man diapit oleh Mantas (gitar) dan Abaddon (drum). Ternyata perasaan sinis saya salah. Set Venom Inc adalah antara set yang menarik pada malam ini. Bukan saja Demolition Man mempunyai persona tersendiri, bahkan beliau berjaya menerajui Venom Inc sepertimana ia patut ditafsirkan kepada penonton. Mantas sudah gempal namun Abaddon nampak tidak nampak perubahan dengan spek hitam rayban beliau.

Set mereka juga menarik dengan lagu-lagu hits sepanjang zaman seperti Welcome To Hell, Black Metal, Sons of Satan, Live Like an Angel (Die Like a Devil), Witching Hour, Don't Burn the Witch, Rip Ride, Warhead dan sudah tentu diakhiri dengan lagu tema, Countess Bathory. A truly night to remember this one!


Venom Inc

Venom Inc

Tengok Abaddon... memang tak berubah.

Demolition Man. Suprisingly full of stage presence.


MARDUK
Masa set Venom Inc habis, saya terpaksa keluar venue untuk solat dan rehat. Kaki dah tak tahan berdiri. Baru terasa umur dah lanjut dan kederat tak semampu niat. Bila dah lega dan sedia untuk gig balik, Marduk sudah hampir separuh set mereka. Saya tidak rugi apa-apa sebenarnya kerana saya tidak meminati mereka dan set mereka pun tidak ada apa yang menarik pun. Plain dan simple saja. Part menarik mungkin apabila penyanyi Primordial naik ke pentas untuk berduet. Beliau lebih menarik untuk ditonton.

Marduk

Marduk

Marduk

Marduk

Marduk

PRIMORDIAL
Proudly Irish! Membawa muzik dengan semangat Irish. Muziknya pelbagai lenggok antara celtic folk dan black metal dan berjaya dibawa dengan baik di atas pentas. Vokalisnya A.A. Nemtheanga, mempunyai penguasaan pentas yang total, berpakaian sesuai dengan muzik dan mempunya karekter yang menarik. Jika sebelum ini saya mendengar album Primordial secara sekali lalu, lepas ni kena dengar betul-betul. Memang benar, persembahan di atas pentas boleh membuka mata buat kali kedua.

A.A. Nemtheanga. Power dia ni.

Primordial

Primordial

Primordial. Tu dia...

Primordial

Primordial

MAYHEM
Saya mengaku, saya hanya mendengar album De Mysteriis Dom Sathanas saja dan bukan yang lainnya. Kerana tarikan kepada Mayhem hanyalah kerana adanya Euronymous. Maka alangkah terkejutnya saya kerana set Mayhem pada malam ini adalah memainkan album De Mysteriis Dom Sathanas in its entirety! Sebab itulah announcement sebelum Mayhem mula, ialah untuk tidak menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan video.

Atmosfera Mayhem memang paling menggerunkan. Semua anggotanya berkelubung (macam Nebiras hehehe). Light pentas dimalapkan. Asap disembur. Dan nyanyian Attila Csihar meremangkan bulu roma. Necrobutcher walaupun cuba menampakkan kegerunan muzik Mayhem tapi nampak juga senyuman sebab teruja dengan reaksi penonton yang pelbagai (biasale kan, mesti ada penonton yang over the top, nak pulak dah mabuk).

Saya tak pasti kenapa album De Mysteriis Dom Sathanas dimainkan sepenuhnya. Nak kata anniversary, baru 23 tahun. Kalau 25 tahun, ada juga logiknya. Ada sesiapa tahu sebabnya?

Ini orang memang gila! Attila Csihar.

Mayhem

Necrobutcher dan Mayhem

Ghul ni sekali pandang ada iras macam Uli Jon Roth sebab misai tebal :)
AUTOPSY
Band utama malam ini sudah tentulah, Autopsy. Ini adalah gig pertama di Scotland setelah 27 tahun tak menjengah. Sudah tentulah band dan peminatnya teruja. Saya pun bukanlah peminat Autopsy tetapi aura malam ini telah masuk ke dalam diri. Sound pun mantap, bahkan mungkin sound paling mantap pada malam ini. Vokal dan main drum sekali harung nampak begitu mudah bagi Chris Reifert walaupun umur mungkin dah cecah 50.

Autopsy

Autopsy

Autopsy

Chris Reifert dan Autopsy
Show selesai 12am. Bas ke Edinburgh 130am. Menapak kembali ke stesen bas. Sampai stesen bas layan tengok orang mabuk menjerit, maki hamun dan yang nak bertumbuk pun ada. Syukur le saya ni bukan geng mabuk ;)

PENONTON











Foto kredit fb.me/SnapGotYou